41👸+👑

1.9K 64 1
                                    

Sampai sahaja di airport, aku membawa diri ke deretan bangku kosong di tempat menunggu. Bagasi disandar ditepi. Laju sahaja tapak tangan aku naik menekup muka. Tangisan dilepaskan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Miss. Are you okay?" Satu suara garau menegur dan mencuit bahu aku. Sudahlah selendang aku masih tidak terurus dan seperti yang disangka, leherku berdarah hasil sentuhan manja BEKAS suami aku.

"Am i look fine to you? Go away! Don't disturb me. Go! Stop asking me about my conditions now. I'm sick with that kind of question! You know nothing man!" Terkebelakang lelaki itu setelah aku melepaskan segala tekanan diriku kepadanya. Maafkan aku. Aku tak mampu bertahan lagi. Baran aku dah kembali.

Laju sahaja aku mengheret bagasi aku semula (Jasmine dan bagasinya berpisah tiada) menuju ke kaunter pembelian tiket. Aku beli sahaja tiket penerbangan yang akan terbang secepat mungkin tanpa mengetahui hala tujuku.

Aku melihat di tiketku kemana hala tuju yang akan aku terbang dalam masa 30 minit lagi. Oh Prague rupanya. Nice Jasmine. Kau tak pernah jejakkan kaki kau dekat sana pon. Aku bergerak ke gate.

Aku menghantar sms terakhir kepada Minah yang mengatakan tidak perlu mencari aku dan aku tahu jaga diri aku sebelum telefon pintar aku ditutup. Cukuplah setakat ini sahaja penderitaan aku. Aku tidak mahu disakiti dan dikacau lagi.

Hampir 30 jam perjalanan aku kesini akhirnya aku selamat sampai disini. Aku keluar dari Haclav Havel Airport dengan keadaan aku yang sudah sedikit terurus. Aku sempat mencuci muka dan luka aku di ladies tadi selepas mendarat. Seterusnya aku bergerak ke Cosmopolitan Hotel Prague untuk menginap disana buat seketika sebelum aku memikirkan tentang kehidupan aku disini nanti.

"KAMU keluar dari istana daddy. Kamu takkan dapat satu sen dari daddy Mateen. Just live happy ever after with your new wife. Cubalah untuk hidup dengan air tangan kamu sendiri. Kamu jangan harap daddy akan bagi satu sen pon dekat kamu. Selagi kamu belum berjaya cari Jasmine dan bawak balik dia dengan status dia isteri kamu, kamu jangan harap pintu istana ni terbuka untuk kamu." Daddy yang sedang terlantar diatas katil mengamanatkan aku supaya aku keluar dari istananya.

Aku tanpa membalas katanya perlahan memebawa diri keluar dari istana daddy. Buat seketika waktu ini mama mengajak aku tinggal dirumahnya. Sementara aku berkahwin dengan Syara.

Entah apa yang difikirkan oleh aku sehingga aku sanggup ceraikan isteri kesayangan aku tapi firasat aku mengatakan betina tu yang bunuh anak aku. Dengan adanya Syara disisi aku, aku rasa sangat selesa. Ya mungkin aku perlukan dia untuk meneruskan kehidupan aku. Aku tak sanggup hilang Syara buat sekian kalinya.

"Mateen esok kamu dengan Syara ikut mama pergi butik pengantin tau. Masa sebulan tu singkat sahaja. Kita tak boleh buat endah tak endah sahaja. Ini hari penting untuk mama, Syara dan kamu. Jangan kecewakan mama again Abdul Mateen" mama mengusap pipi aku dan aku hanya membalasnya dengan anggukan dan senyuman manis.

Sebenarnya perasaan aku sekarang bercampur baur. Perasaan sedih,kecewa, gembira,excited dan sebagainya. Aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku. Diri aku dah mula addicted dengan Syara Aina. Aku hanya mahukan dia sahaja dalam kehidupan aku. Aku tidak mahu perempuan lain. Hanya dia seorang sahaja boleh bahagiakan aku dan mama. Ya aku yakin.

SETELAH berjaya mendapatkan kelulusan dengan duta negara ini untuk aku mulakan kehidupan di sini, aku tersenyum lega. Tidak perlulah lagi aku kembali ke tempat terjadinya kejadian hitam dalam hidup aku.

Sekarang aku sedang mencari tempat penginapan aku. Cukuplah yang kecil sahaja untuk aku sepanjang aku akan tinggal disini dan kalau boleh aku tidak mahu kembali ke Asia lagi. Biarlah aku hanya meneruskan kehidupan aku dekat sini dengan bahagia.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now