10👑+👸

2.8K 92 0
                                    

"Maaf saya lambat. Jalan jammed. Jom kita ke kereta. Nanti saya bawa terus ke hotel." Kata lelaki tersebut.

Dan terdapat seorang perempuan yang pakai baju kurung dibelakangnya. Saat lelaki itu bergerak,muka sang wanita tampak begitu terkejut. Sungguh sungguh terkejut sampai zirafah pon muat dalam mulut dia

"Abang,abang tak panas ke pakai macam tu?? Kita bukan duduk dekat London la" kata perempuan itu. Nampak macam budak high school je.

"Maaflah ya encik,saya terpaksa bawa dia sebab satu jalan je nak pergi hantar dia tuisyen almaklumlah tahun depan SPM" kata lelaki berjanggut nipis itu kepadaku.

Aku hanya menganggukkan kepala. Ni ke driver yang abang Malik cakap tu?? Nampak la jugak gayanya sebagai driver tu.

"Esok saya hendak awak datang sharp ye. Kerana esok majlis penting" pesanku kepada lelaki itu

"Okay boss. Kalau pukul 9 bos nak pergi pukul 7 lagi saya akan bertolak" katanya bersemangat. Agaknya macam mana la lagaknya selepas melihat muka di sebalik semua ini. Jangan cakap tak kenal sudah. Cukup la Si nenek kebayan tu je yang tak ada tv dekat rumah.

"ALONG!!! mana orangnya?? Dah lama tahu tak kita sampai?? Siapa yang special sangat tu??" Jujur aku rasa geram sekarang. Kata dah sampai sini tapi batang hidung tak nampak nampak lagi. Dah la dengan pakai baju kurung lagi.

"Tu hah dah sampai. Akram!!!! Sini!!" Tubuh aku keras. Tak bergerak. Betul ke along ni?? Akram Nazri kah maksud along. Jangan kata dia please long.

"Flight delay la la tadi bro. Sorry tak sempat nak inform. " katanya kepada along. Akram memandang aku yang berdiri kaku belakang along.

"Eh Ain. You buat apa dekat sini??" Aduh dah start dah. Along dah lain muka ni.

"Eh long jom la kita balik. Nanti kalau yāy cari pulak. Tu bawa beg dia." Arah ku kepada along lalu berjalan laju keluar dari airport ke kereta.

Along ni saja je tau cakap keluarga diraja la macam macam la. Padahal nak pergi ambik si Akram poyo tu. Cakap ajalah. Tapi masalahnya kalau Along cakap yang dia nak pergi ambik Akram kau nak ikut ke??

Perjalanan balik hanya bising dengan celoteh along. Banyak betul mulut. Abang siapa lahai. Mata Akram yang duduk dekat seat depan asyik pandang aku jer melalui cermin. Kau ingat aku tak perasan??

Akhirnya sampai juga rumah mak lang balik. Akram mengeluarkan begnya lalu berjalan masuk ke rumah. Tubuh yāy yang pertama dia dekati. Almaklumlah yāy dah anggap si Akram ni macam cucu dia. Sayang sangat gamaknya.

"Amboi rancak berborak. Serasi la korang dua ni. Nanti majlis korang pulak nanti. Tak sabar rasanya nak jadi pengapit korang pulak" kataku lalu duduk dimeja yang sama dengan Farhan dan Minah. Minah dah tersipu sipu malu. Farhan pulak buat muka biasa jer.

"I nak join boleh??" Pandangan dialihkan kearah kanan. Aduh tak ada tempat lain ke nak menyemak?? Tolong la

"Tak boleh. Banyak lagi meja lain. " jawabku spontan. Minah pulak hampir tergelak. Farhan buat muka tak nak masuk campur.

"Kalau i nak duduk jugak??" Akram terus mengambil tempat duduk di sebelah kananku.

"Saya bangun. Senang kan?" Aku bangun dan pergi ke tempat Kak Surihani. Aku ajaknya pergi ke dewan untuk tengok persiapan.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now