40👸+👑

2K 67 2
                                    

"Kau keluar! Baik kau keluar sendiri sebelum aku heret kau. Kalau boleh aku tak nak pegang pon kau. Aku jijik! Keluar!" Setelah luggage aku dibuang keluar bilik, Mateen menolak aku pula keluar dari bilik.

"Abang. Jasmine tak bersalah abang. Jasmine pon sedih atas kematian anak kita. Abang patut ada dekat dengan dengan Jasmine. Kita perlukan satu sama lain. Bukan berjauhan." Tangisku sambil membetulkan semula bagasi yang telah selamat mendarat di lantai.

"Mateen jangan buat macam ni dekat isteri kamu, menantu daddy. Dia tak layak makan maki hamun kamu. Kamu sepatutnya hargai dia. Bukan kamu yang bawa perut yang lebih besar dari buah tembikai tu 9 bulan yang lepas. Jasmine yang rasa semua tu Mateen. Kamu hanya menumpang kasih." Daddy yang tadinya membawa aku sendiri ke ruang tidur Mateen mula bersuara. Walaupun suaranya agak lemah ada tegasnya.

"No daddy. Kalau Mateen kutip dia balik, ianya umpama Mateen jilat ludah Mateen sendiri. Mateen tak sanggup daddy. Mateen rasa Mateen akan lalui satu lagi detik hitam kalau Mateen bersama dengan betina ni!" Jarinya ditunding kearah muka aku dan menunjal kepala aku yang berbalut selendang.

PANG!

Satu tamparan menjadi hidangan tengah hari Mateen hari ini dan ianya adalah dari daddynya sendiri.

"Kamu ni dah melampau! Macam ni ke perangai anak yang daddy jaga, beri kebahagiaan, kemewahan dan semua yang kamu inginkan? Sanggup kamu tunjal kepala menantu daddy? Manusia jenis apa kamu ni? Mana Mateen daddy yang daddy kenal? Yang baik yang sopan dan sangat sayangkan isteri dia. Mana?!"

Selamat menyemburkan kata amarah, daddy mengambil langkah meninggalkan kami berempat termasuk mama dan kak Azemah yang hanya menjuraikan air mata nya sejak tadi lagi di sudut bili tidur Mateen.

"Mama dengan kak Azemah please tinggalkan kami. Mateen ada benda nak settle dengan perempuan ni. Alone!" Kata Mateen mencerlung ke arah Azemah yang enggan meninggalkan aku sendiri. Dengan anggukan aku, kak Azemah menarik mama keluar dari bilik Mateen.

Baru sahaja pintu ditutup, Mateen melangkah ke pintu dan menguncinya untuk memastikan siapa siapa sahaja boleh mengganggunya. Sejurus dia mengunci pintu, dia berjalan ke arah aku dan mencekup sanggul rambutku yang agak tebal membuatkan aku sukar bernafas. Aku menepuk kuat tangannya untuk melepaskan cekupan rambut tetapi hanya dibalas dengan senyuman sinis.

"Hei perempuan! Ni baru sikit la. Anak aku lebih seksa dari ni kau tahu! Kau dah bunuh dia sebelum dia sempat menghirup udara bumi lagi. Kau dah hancurkan masa depan aku. Aku impikan sebuah keluarga yang bahagia, senang lenang dan aman damai dengan kehadiran bakal anak-anak aku and kau. Tapi kau dah musnahkan segalanya." Tangannya masih mencekup sanggul aku yang aku yakin leher aku yang tengah menahan kerongsang sudah berdarah.

"Abang, lepaskan Jasmine. Abang sakit abang. Abang tak sayangkan Jasmine ke? Abang tolonglah lepaskan." Kata menggeletar kerana sakit yang teramat. Bagaikan malaikat maut sudah mahu mencabut nyawa.

Mateen melepaskan sanggulan aku dan membuatkan aku jatuh tersungkur dilantai berjubin berkonsepkan flora ini. Aku mengambil nafas panjang sebelum kembali berdiri menghadap Mateen yang tengah memandang ke arahku dengan pelbagai reaksi.

Sekarang baru aku perasan yang bawah matanya lebam, mukanya sedikit cekung, jambang dan misainya mula mengambil tempat di mukanya yang mulus ini, bibirnya kering dan mula merekah. Aku cuba untuk mengangkat tangan ingin menyentuh muka si jantung hati aku ini namun cepat sahaja ditepis kasar olehnya.

Aku tak kesah sekiranya aku disakiti oleh Mateen sebab aku tahu Mateen yang ada dekat depan aku ni bukan Mateen yang aku kenal. Tapi lebih kepada Mateen yang baru dan seperti diri Mateen diguna gunakan. Ya Allah siapa yang sanggup buat begini kepada kami Ya Allah. Dan ya aku yakin dia bukan Mateen yang aku kenal.

Tiba tiba sahaja Mateen mengheret aku kasar keruang legar Istana Nurul Iman dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya mengeheret bagasi pakaian aku. Aku hanya mengikuti langkahnya dengan fikiran yang celaru dan tak faham apa langkah Mateen seterusnya.

Diruang legar itu adanya mama, kak Azemah, Abang Malek, daddy dan perempuan yang paling aku rasa nak bunuh hidup hidup, Syara Aina. Syara hanya duduk berkepit dengan mama. Kak Azemah mengheret lembut aku dari Mateen yang sudah melemahkan pegangannya. Kak Azemah menyapu airmata aku yang masih belum berhenti bergerak.

"Baguslah semua ada dekat sini. Senang sikit jadi saksi." Kata Mateen dengan penuh kata kata tersirat. Syara mengambil tempat di tepi Mateen pula. Mateen menggenggam erat tangan Syara tanpa disuruh oleh wanita itu. Senyuman puas ditayangkan kepada aku.

"Bulan depan. Mateen dan Syara akan berkahwin and tiada siapa yang boleh halang keputusan Mateen." Ucap Mateen membuatkan aku hampir tersungkur ke lantai.

"Ya Allah betulke Mateen! Thanks sayang. I love you so much my son. Terima kasih sebab sudi nak kahwin dengan pilihan mama. Thank you so much dear" mama memeluk erat tubuh dua insan itu yang hanya berjarak 50 meter dari aku.

"Mateen! Apa yang ada dalam fikiran kamu ini Mateen?! Kamu jangan buat kerja gila Mateen! Isteri kamu ni masih ada depan kamu. Kamu sepatutnya ada dengan dia! Jangan buat dia macam ni!" Bangkang daddy yang hanya duduk disofa sebelah aku dan kak Azemah. Kak Azemah pula asyik menggosok bahu aku memberi ketenangan.

"Mateen sedar apa yang Mateen cakap. Dan Mateen berhak untuk bahagia. Syara dah bagitahu Mateen yang dia boleh bagi Mateen anak. Mateen nak anak daddy"

'Allah' aku terdengar daddy mengucap panjang disebelah. Aku pula hanya diam membisu menahan sakit yang tadinya masih belum hilang.

"And you Ain Jasmine!" Aku mengangkat kepala berbalas pandangan dengan suami tercinta. Bukan bermaksud ingin berkurang ajar tetapi ingin menunjukkan yang aku bukan lemah.

"Aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Dum! Sebiji batu pantai menghempap kepala aku. Aku tidak mampu mengeluarkan kata. Hanya esakan tangisan yang semakin kuat didengari.

"Mateen! Allah!" Daddy yang menggenggam dada kirinya dan ingin tumbang sempat disambut oleh abang Malek. Aku berlari kearah daddy. Tangannya aku genggam.

"Jasmine, maafkan daddy nak..." Belum sempat daddy habiskan ayatnya, pegawai istana sudah datang dengan pegawai hospital lantikan istana untuk memeriksa keadaan daddy.

Aku bangun dan terus menerpa Mateen yang hanya membatu dek terkejut dengan keadaan daddy. Dadanya aku tumbuk kuat.

"Abang jahat! Jasmine tak bersalah abang! Jasmine hanya mangsa keadaan. Baiklah kalau ini yang abang inginkan. Jasmine akan tinggalkan Istana Nurul Iman, Jasmine akan tinggalkan abang,mama dan semua benda ni. Dan Jasmine takkan berpaling lagi. Terima kasih Abdul Mateen. Terima kasih banyak banyak." Aku menguatkan juga semangat aku untuk mengeluarkan kata kata tersebut.

"Ini yang kau inginkan kan? Kau nak Mateen sangat kan? Sekarang Mateen dah jadi milik kau Syara. Selamat berbahagia. Aku harap kau tak cari aku dekat padang mashar nanti untuk minta maaf." Aku mencerlung mata ke arah Syara yang asyik tersenyum sahaja kerjanya.

"Terima kasih mama sebab sudi jaga Jasmine masa Jasmine mengandung. Terima kasih atas segalanya. Jasmine tak pernah terasa hati pon dengan layanan mama dekat Jasmine. Jangan bimbang ma, Jasmine dah maafkan semua nya" aku hanya berputar ke arah bagasi pakaian aku semula tanpa bersalaman dengan mama.

"Jasmine pergi dulu kak Azemah. Terima kasih atas segalanya. Assalamualaikum" aku mengheret perlahan bagasi aku menuju ke pintu gerbang istana walaupun dihalang oleh kak Azemah.

Aku menelefon teksi dan memintanya datang mengambil aku dan bawa ke aiport. Aku inginkan ketenangan dan masa untuk diri aku sendiri. Dan aku yakin Allah ada dengan hamba dia yang susah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

________

Ps;abaikan typo

_9 Disember 2018_

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now