7 👸+👑

3K 113 2
                                    

"Tentang kita ??? kenapa dengan kita??" soalku bingung. Jangan cakap yang mamat ni dah berkenan dekat aku lepastu dia nak bincang pasal masa depan kita orang. Nak anak berapa orang,nak bagi nama apa,nak anak satu team bola sepak ke. Okay apa yang tengah aku melalut ni?

"Takkan tak faham faham lagi" kata Ben sambil buat suara gedik

"Kau kenal penampar?? Kalau tak kenal meh aku kenalkan. Cuba cakap biar terang sikit" kan akak miss malaysia baju nasi lemak ni dah naik hangin

"Ala kau ni. Buat buat tak faham pulak" semakin mendalam dan manja pula suaranya. Ni yang geram nak pergi hempuk kepala dia.

"Kau ni gang kunyit ke do?? Seram aku" kenyataan yang dikeluarkan olehku menyebabkan Ben ketawa besar

"Kau ingat aku tak tahu hukum hakam ke?? Aduh la kau ni. Kan aku datang dengan kau,takkan la aku nak balik sorang-sorang. At least hantar la aku dekat taman tu balik ke" Ben menayangkan muka simpati sebab tak nak keluarkan duit.

"Aku ingatkan apalah tadi. Cakap ajalah nak suruh hantar" omel ku tapi aku tahu Ben dengar

"Weh jom pergi kedai depan tu kejap. Aku nak cari baju" ajak Ben lalu dia jalan mendahului aku.

Kedai yang menjual barangan berjenama Polo dimasukki oleh Ben. Aku hanya ikutnya dari belakang. Oh gosh bau perfume lelaki. Aku tak suka bau tu. Buat aku rasa nak muntah

"Aku tunggu dekat luar. Kalau ada apa apa call aku. Bak sini phone kau" minta ku sambil menutup hidungku dengan hujung tudung.

"Kau dah kenapa tutup hidung bagai?? Lagipon kau nak buat apa dengan phone aku??" Sambil sambil tanya tu Ben tetap keluarkan iphone 7 red miliknya.

Disebabkan aku malas nak layan lelaki ni. Aku terus merampas phonenya dan phone dia tak ada password gais. Bahaya okay tak ada password.

"Nombor yang dekat log tu nombor aku. Nanti kalau dah selesai call aku tau" katanya kalut lalu terus meninggalkan kawasan bahaya bagi aku itu.

Kaki dituju ke kedai perfume kegemaranku. Sekarang baru nak buat niat sebenar keluar tadi. Kesian dekar yāy duduk sesorang kat rumah. Baik aku beli cepat cepat.

Selesai berurus niaga. Baru sahaja kedai baju first lady aku mahu masuki,telefon ku berdering. Nombor Ben tertera di skrin.

"Laju betul kau beli." Kataku mendahuluinya tanpa salam. Bagus betul anak dara sorang ni

"Weh tolong aku. Aku dalam keadaan bahaya sekarang. Aku masih ada dalam kedai tadi. Sekarang aku ada dalam fitting room." Okay sekarang apa yang dah jadi. Kenapa suara dia kalut??

"Kau tunggu situ. Aku datang" kaki mula berlari ke kedai tadi. Pandangan beberapa orang terhadapku hanya diabaikan.

Sampai sahaja di kedai tadi,terlihat sekumpulan manusia dalam 10 orang macam tu berkumpul di hadapan pintu sebelum masuk ke fitting room. Aku hanya berjalan perlahan menyelah diantara manusia manusia tersebut.

"Kenapa ni dik??" Tanya aku kepada salah seorang wanita kurus bertudung yang sedang bersedia dengan telefon yang dipasang kamera.

"Tadi akak cashier tu nampak putera raja brunei datang kedai ni. Tu yang kalut tu. Sekarang dia ada dekat dalam sana. Kami tengah tunggu dia keluar la ni. " katanya kepadaku tapi mata tak lepas dari pandang pintu tersebut.

Telefon diambil dari tas tangan. Nombor Puan Lily merangkap pengurus mall didail. Aku menyuruh dia membawa beberapa orang pengawal keselamatan untuk menguruskan mereka yang sedang membuat kecoh ni.

Setelah keadaan sedikit beransur tenang,aku masuk ke dalam bilik itu lalu membuka satu persatu pintu fitting room and yang mana ada lima buah semua.

Pintu ketiga aku buka. Oh my!!! Indahnya ciptaanmu. Astaghfirullahalazim. Apa semua ni. Maafkan aku Ya Allah. Jantan ni pon satu dah tahu tak pakai baju kunci la pintu.

 Jantan ni pon satu dah tahu tak pakai baju kunci la pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Boleh tak kalau nak masuk ketuk pintu?? Tangan tak ada ke?? Main tolak jer. Selamat aku just tak pakai baju,kalau tak pakai seluar??" Marahnya

"Yang kau tak pakai baju dah kenapa?? Lain kali kunci la pintu" marah ku kembali tapi membelakangi dia

"Baju aku terkoyak la. Ni semua pasal minah cashier tu punya hal. Boleh pulak dia tarik baju aku. Dah la siap ajak gang. Mana tak koyak. Pintu ni kunci dia rosak bukan salah aku okay." Ben mula membela diri

"Kau tunggu sini la kejap. Aku pergi beli baju untuk kau dekat luar. Kau pakai saiz apa??" Tanya tapi masih membelakanginya.

"M dan beli yang warna hitam eh." Amboi amboi amboi ngengada pulak dia.

Langkah aku dibawa ke luar. Baju hitam yang aku nampak,hanya itu menjadi pilihan. Tak ada masa nak pilih pilih. Langsung aku bawa pergi kaunter

"Kak, dekat dalam tu betul kan putera raja? Prince Mateen Bolkiah?" Tanya cashier yang asyik pandang je pintu fitting room macam nak tembus.

"Berapa ye?? Cepat sikit boleh tak sebab kawan saya dah lama tunggu dekat dalam tu" aku cepat cepat menukar topik. Tak ada masa nak layan

Baju yang sudah dibayar aku hulur kepada Ben. Tangan aja yang hulur mata pandang siling. Gila kau nak pandang dia yang tengah tak pakai baju tu. Walaupun seksi dan menawan tetap berdosa tau.

"Okay jom balik. Hantar aku kat taman balik." Dia berjalan mendahului aku dan nampak macam pencuri sebab dia sampai merangkak keluar dari kedai tu. Aku hanya ketawa melihat gelagatnya.

Tempat letak kereta VVIP dituju. Di sini hanyalah terdapat kereta mewah para pelanggan dan dijaga ketat oleh pengawal. Kunci kereta jatuh la pulak. Baru sahaj aku nak ambil,tangan Ben sudah mendahului.

Disebabkan itu, tangan kami bersentuhan dan menyebabkan mata kami bertentangan. Sedang asyik memandang antara satu sama lain. Tetiba terbunyi deheman dari seseorang yang lain dan membuatkan kami kembali ke dunia nyata.

"You buat apa ni,Ain?? Rupa rupanya dah pasang lain ya. I ingatkan you setia dengan abang i walaupon dia dah tak ada" bidas Akram yang boleh buat mall ni terbakar bila bila masa sebab kemarahan ku.

"Kalau tak tahu apa apa, jangan nak tuduh ya." Sindir ku dan meneruskan perjalanan ke keretaku yang hanya terletak di bersebelahan kereta Akram.

Aku nampak Akram menyambar tangan tangan kiri Ben dan berkata sesuatu di telinga Ben. Malah Ben juga turut mengatakan sesuatu lalu tersenyum sinis.

"Ben jom balik. Kita dah lewat" Akram yang cuba untuk mengenggam lebih kuat lengan Ben dilepaskan lepas dengar aku menjerit nama Ben.

Kini banyak persoalan yang ada di fikiran aku. Apa maksud diorang yang diorang nampak putera raja?? Dan dalam fitting room tadi hanyalah ada Ben sorang je. Apa pula yang dua teruna tadi bincangkan sampai naik berasap kepala Akram aku lihat.

Siapa kau sebenarnya Ben??


K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now