25 👑+👸

2.3K 65 1
                                    

"Daddy,Mateen nak kahwin. Mateen dah ada calon dan Mateen yakin perempuan tu dapat pimpin cucu cucu daddy nanti ke jalan yang lurus." Kataku selepas bersalam dan berlaga pipi dengan daddy.

"Surprisingly! Daddy ingat anak daddy ni masih belum boleh move on dengan anak pengkhianat negara tu." Sultan Hassanal Bolkiah tersenyum gembira. Sesekali kopi disisip perlahan.

"Mateen pon tak percaya yang Mateen dah nak bersedia nak pikul tanggungjawab yang besar sebegini. Mateen akan jalankan tanggunggjawab ini dengan baik dan betul daddy. Mateen akan jadikan daddy sebagai role model Mateen. Walaupun hubungan daddy dengan mama tidaklah berkekalan tapi insyaAllah hubungan kita sekeluarga tidak akan pernah terputus."

"InsyaAllah Mateen,walaupun semua anak anak daddy duduk dengan daddy tapi daddy akan pastikan hubungan ibu dan anaknya tidak akan terputus. Itu janji daddy. Btw siapa perempuan itu? Siapa orang tuanya dan asalnya dari mana?" Soal daddy bertubi tubi.

"Nama dia Ain Jasmine. Chief Executive Officer J&M's Company. Dia seorang yang baik dan jugak sopan. Mateen berkenan dengan dia sebab Mateen tahu dia sangat layak untuk isi kekurangan Mateen sebagai seorang muslim." Jawabku lalu menyulam jari jemariku. Sedikit gugup sebenarnya ingin mengadap daddy.

"Wah! Bukan calang calang orang nampaknya bakal menantu daddy. Lagipula sebenarnya keluarga kita sudah kenal dengan keluarga Ain Jasmine itu. Senang la nanti daddy nak uruskan mana yang patut. Kamu memang pandai memilih pasangan hidup. Semua keturunan mereka baik baik belaka orangnya." Nampaknya daddy dah bagi green light. Tapi mama macam mana pula nanti? Tanpa keizinan dan keredhoan bonda tersayang,aku tak boleh melakukan apa apa.

KERETA yang dipandu Pak Mat berjalan lancar dan steady diatas lebuhraya pantai timur ini. Sekarang aku dan Minah dalam perjalanan ke negeri asalku iaitu negeri di pantai timur.

Ni kalau bukan sebab mummy yang call cakap ada benda urgent,tak adanya aku aku balik secepat ini. Selalunya mummy call suruh balik hari Ahad,hari Sabtu baru tersongeh muka ni di muka pintu rumah banglo mummy tu. Dalam beberapa jam sahaja lagi sampai la di tempatnya.

Aku melihat Minah disisi. Perempuan ni tidur aja kerjanya. Macam tak ada kerja lain. Dah la sambil peluk teddy bear yang Farhan hadiahkan. Eh sekarang baru aku perasan yang Farhan dah lama tak keluar. Haha

"Minah! Aminah Balqis! Bangun. Kita dah sampai dah pon. Tu tengok mummy dengan abah aku tengah tunggu aku dekat luar pagar tapi kenapa rumah kau macam senyap je Minah?" Tanyaku setelah melihat kawasan rumah parents yang hanya terletak dihadapan rumah mummy dengan abah aku.

"Abah dengan umi pergi Russia. Ikut abah aku kerja sambil berhoneymoon lagi. Biarlah diorang. Malam ni aku tidur rumah makngah kot. Takut tido sesorang." Kata Minah lalu turun dari kereta setelah kereta berhenti betul betul di hadapan rumahku.

"Makngah! Minah rindu sangat dengan makngah. Wah makin slim makngah sekarang. Pakngah pon semakin segak!" Puji Minah sambil berpeluk dengan mummyku. Dah macam setahun tak jumpa. Padahal dua minggu lepas kitorang dah balik sini.

"Amboi Minah! Melebih lebih pulak kau ya. Aku pon tak tergedik macam tu dengan mummy aku. Dah tepi aku nak cium mummy dengan abah aku ni" aku menolak Minah lalu bersalaman dan mencium pipi mummy dan abahku. Aku peluk sekuatnya mereka berdua.

"Dah masuk,kita makan lepastu kamu semua naik bersihkan diri. Dah nak masuk Asar ni nanti kita solat berjemaah" kata mummyku sambil memimpin tanganku masuk ke dalam rumah.

"Makngah pimpin la jugak tangan Minah ni! Nak jugak bermanja." Laju sahaja Minah mengambil tempat disebelah kiri mummyku. Aku pula taknak bagi dia pegang so aku berjalan sambil pegang dua dua tangan mummy aku. Mummy dengan abah aku dah gelak sakan nampak Minah sudah memuncungkan mulutnya. Haih bahagia sungguh.

"KENAPA mummy suruh balik kalut kalut ni? Apa benda yang mummy nak bincangkan?" Tanya aku sebelum menyuap nasi ke dalam mulut. Malam ni mummy aku masak special untuk aku. Pelik ni selalunya Mak Tam yang masak bukan dia.

"Ala salah ke kalau mummy nak suruh anak kesayangan mummy ni balik? Takkan la kena ada benda penting baru adik nak balik. Tak sayangkan mummy eh?" Tuduh mummy. Laju sahaja aku gelengkan kepala. Mummy la orang yang paling aku sayang okay.

"Gila tak sayang? Mummy orang yang paling adik sayang tau. Sorry abah,abah duduk di bawah mummy. Hihi" muka bersalah aku tayangkan kepada abah yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia. Minah pula? Tengah melantak di dekat tepi aku

"Tak apa adik,abah redho. Abah terima ketentuan takdir." Pecah ketawa kami melihat abah aku cakap dan betul betul buat muka redho.

"Ada orang masuk merisik kamu. Dia cakap dia dah bincang dengan kamu. Betul ke?" Mood serius diambil. Aku hampir sahaja menyemburkan air yang sedang aku teguk saat mummy berbicara.

"Betul ke ni makngah? Alhamdulillah akhirnya aku dah boleh kahwin. Dah lama aku tunggu kau Jas. Tiap tiap malam aku doa supaya kau jumpa calon dan aku boleh la langsungkan perkahwinan aku dengan paan kesayangan aku tu" Minah yang tengah teruja di tepi aku jeling. Amboi seronok nampak.

"Siapa? Dia tak ada bagitahu nama dia ke? Bila dia datang? Dia bawak wakil berapa orang datang merisik adik?" Sampai tak bernyawa aku dengan memberi soalan bertubi tubi kepada mummy.

"Hai takkan la kamu tak kenal? Kamu bercinta dengan dia kan? Ke kamu ni kahwin paksa? Kamu ada buat apa apa ke? Dia ugut kamu?" Kali ni aku jugak yang rasa putus nyawa dengan soalan abah. Abah ni jangan tau sekali bukak mulut,orang lain dah tak mampu nak jawab.

"Tak lah abah! Orang saja je tanya macam tu. Tak sporting langsung la abah ni. Abah jangan risau. Adik yakin dia lelaki yang baik dan dari keluarga yang baik. InsyaAllah dia mampu jaga adik." Aku tersenyum kearah mummy dan abah . Sungguh aku rasa nak nangis sekarang. Sebab nanti aku dah tak boleh balik sini selalu. Nanti raya mesti balik rumah mertua aku dulu. Nasib badan. Tapi tak apa aku akan make sure aku tetap balik sini first day raya.

"Dia datang merisik dua hari lepas. Dia datang dengan beberapa orang yang lebih tua dan mak ayah dia tak datang. Dia wakilkan sahaja. Tapi bagi mummy kalau mak ayah dia sendiri yang datang merisik itu lagi elok." Ujar mummy menghabiskan nasi didalam pinggannya.

"Tak apalah mummy. Kita fikir positif sahajalah. Mungkin mak dengan ayah dia busy. Nanti adik punya pertunangan dengan perkahwinan mummy jumpa dan berkepit la puas puas dengan besan mummy tu" gurau ku mengundang ketawa abah. Mummy mngerutkan muka dia tanda tak puas hati sebab abah asyik ketawakan dia sahaja. Haih bahagia sungguh pasangan ni. Harapnya begitu la juga aku nanti.

"Ala kau nak bertunang dulu ke? Nampaknya lambat lagi la aku boleh kahwin. Kau tak boleh ke kahwin terus?" kali ni bukan aku seorang sahaja yang jeling ke arah Minah,mummy dan abahku juga turut serta. Aminah menelan air liur. Akhirnya dia mengangkat napkin putih yang digunakan tanda menyerah kalah. Untuk sekian kali ketawa kami pecah.

Alhamdulillah urusan Ben dan aku dah hampir selesai. InsyaAllah kami dapat ke jinjang pelamin nanti.

________________
Sabar ye anak anak. Ben dengan Ain Jasmine belum kahwin lagi. Brunei memang penuh dengan adat tradisi. Salah satu adat tradisi yang paling banyak sekali adalah adat dan majlis majlis yang diadakan semasa perkahwinan. Ready sahaja la 2@3 bab yang akan datang untuk perkahwinan mereka sahaja nanti..hehe okay chau

P/s-abaikan typo(cam biasa)

_23 March 2018_

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now