45👑+👸

2.3K 77 2
                                    

"Kenapa awak tak nak balik Malaysia?" Soal Amir sambil menyuap roti berjem yang aku buat di meja.

"Saja. Saya dah tak ada hati la nak balik sana. Kisah saya dekat sana memeritkan" aku tersenyum sambil membasuh perkakasan yang digunakan untuk memasak tadi. Madam Barbara pula ada tu dekat luar tengah bersihkan rumah.

"Oh ya Amir. Siapa yang call semalam? Maaflah sebab saya main jawab sahaja. Saya ingatkan awak tertinggal phone." Kataku sambil mengelap tangan yang basah menggunakan kain yang tersangkut ditepi singki.

"Kawan saya. Tak apa miss american, selamat juga ada awak tolong angkat panggilan tu. Family dia kena guna guna dengan orang. Almaklumlah perosak rumah tangga. Tidak boleh tengok orang senang." Amir berkata dengan roti memenuhi mulut. Aku tersenyum riang. Lucu dengan perwatakan Amir yang kebudak budakkan. Nasib aku juga begitu Amir tapi benda ni berlaku kerana keinginan sendiri. Ya aku masih lagi sedih.

"Kesiannya. Habis tu macam mana mereka sekarang?" Tanya aku mengambil tempat dihadapan Amir.

"Alhamdulillah dah selesai. By the way miss american, malam ni saya kena keluar tau pergi kerja. Kena fly pergi India. Mungkin next fly baru balik dalam seminggu lebih jugak." Amir sudah pun mendaki tangga sambil memeberitahu itu kepada aku.

Tiba tiba sahaja perasaan takut menyelinap dalam diri. Entah kenapa aku berasa sangat takut apabila Amir beritahu yang dia kena pergi untuk masa yang lama. Aku takut masa dia balik nanti perkara yang aku tak inginkan terjadi berlaku. Aku takut.

Aku mengambil tas tangan aku dibilik sebelah bilik Amir dan berjalan terus pulang ke rumah aku. Pintu hadapan aku kunci rapat. Aku tak sanggup nak seksa diri aku lagi. Cukuplah dengan perkara buruk yang sentiasa berlaku masa Mateen balik dari military. Ini adalah salah satu sebab aku tak nak kenal dengan Amir pon pada mulanya. Aku takut aku kehilangan dia pula.

Telefon baru yang aku baru beli bersama Amir semalam berdering. Terpapar nama Mr David di kaca telefon.

"Good morning Mr. David." Aku menyapa dengan lembut. Dia merupakan orang yang penting untuk aku sekarang.

"Really? Thank you so much Mr. David. Thank you so much. Tomorrow morning at nine a.m i will go to your office. See you there. Bye" aku mengucap alhamdulillah terlebih dahulu. Alhamdulillah kerana aku telah ditawarkan untuk menjadi arkitek di sebuah syarikat pembinaan yang terbesar di Prague.

Aku bersiap untuk pergi membeli barangan dapur dan diri aku sedikit. Aku menghubungi driver aku yang diupah tempoh hari untuk menghantar aku ke mall. Aku rasa aku kena beli satu kereta supaya senang untuk bergerak kemana mana.

"MINAH betul ke kau tak tahu dekat mana Jasmine sekarang? Kau kan rapat dengan dia. Takkan la dia tak ada bagitahu kau? Tolong aku Minah. Anak kami perlukan mummy dia." Bukan setakat merayu, melutut pon aku sanggup kerana Jasmine.

Aku betul betul sudah hampir gila dibuatnya. Baru sehari aku sedar aku sudah kehilangan Jasmine tapi rasa macam setahun. Anak kami sudah pon mengeluarkan suara merdunya yang sentiasa aku dengari semasa aku jaga dia semalam. Rintihan sang anak yang mahu bertemu dengan ibunya. Maafkan daddy.

"Aku betul betul tak tahu. Dia hanya kirimkan aku sekeping mesej sahaja. Lepastu aku cuba call tapi dia dah offkan phone dia. Last location dia hidupkan phone dia ialah dekat airport Brunei lepastu dia dah tak onkan balik dah. Aku cuba jugak cari kemana Jasmine ni terbang tapi pihak penerbangan tidak membenarkan sewenang wenangnya maklumat pelanggan dibocorkan." Muka kusut Aminah aku pandang sepi.

Kalau setakat dia kusut seperti hilang laki apatah lagi aku. Nampaknya aku kena guna kuasa veto aku sebagai anak raja untuk tengok maklumat Jasmine dengan airport tapi mesti daddy tak bagi. Daddy masih lagi merajuk dengan aku. Semakin kusut jadinya. Nanti timbul gosip pula aku kehilangan bini. Sudahlah berita aku mahu menikah lagi sudah pon tersebar luas.

K I N G ? ? ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora