2 👑+👸

4.8K 140 3
                                    

Aku melihat sekitar penginapan kami sepanjang di Malaysia. Nampaknya yang sudah sunyi sepi.Kelihatan bilik mama sudah gelap begitu juga dengan bilik kakak ku

Pintu kecil dibahagian belakang rumah agam aku buka perlahan.Sebenarnya ada sahaja pengawal yang berjaga tetapi semua sedang sedap dibuai mimpi.

Pukul 9 malam tadi aku keluar senyap senyap menuju ke tempat yang sering menarik minatku.Aku pergi ke sana hanyalah untuk minum jus epal makcik yang ada tahi lalat dekat dahi tak sangka pula berlaku macam ni sekali.

Dah la muka aku penuh dengan luka.Matilah kalau mama atau sesiapa nampak.Nak buat apa ni? Hah fikir fikir.Masa ni la idea tak nak datang.
Tu la pandai sangat cari masalah dengan aku aku sekali yang kena.Kononnya nak jadi hero last last sekali masuk kubur.

"Mateen?? Kamu tak tidur lagi??" Tegur seseorang dari belakang iaitu mama la siapa lagi

"On the way ma" jawabku dengan tidak memalingkan mukaku ke arah mama yang sedang berdiri di pintu.

"Okaylah kalau macam tu.Good night sweet dream and jangan lupa mandi dulu ya.Badan kamu ni dah kenapa bau macam sate??"

"Ye mama,Mateen nak pergi mandi la ni.mama keluar la dulu ya" aku meng'halau' mama sebab takut kantoi.

"Yela yela. Mama keluar dulu." Akhirnya bonda keluar.Betul ke badan aku bau sate?? Aku sempat la jugak makan beberapa batang tadi.Oh ya..aku makan dekat meja yang berdekatan dengan tempat bakar sate.

Eh tunggu! Mana jacket aku?? Oh man. Tolong la jangan cakap aku tertinggal dekat rumah perempuan mulut pedas tu. NO! Jacket made in Jerman aku!

Readers sekalian jom teman beta menangis sebab jacket kesayangan beta sudah 'diambil' orang.😣😣

Nampaknya aku kena pergi ambil balik jacket tu tapi dah malam sangat ni nanti kang jumpa dengan penjaga rumah agam pulak.Haduh macam macam masalah datang

Muka aku ni nak sorok macam mana.Nampaknya aku kena bertapa la dalam bilik lebih kurang satu minggu.Jadi tak perlu la risau sangat sebab minggu ni tak perlu pergi luar negara wakil ayahanda.

Kenapa perempuan tu tak tahu yang aku ni anak raja? Anak raja Brunei lagi. Rumah dia tak ada televisyen ke? Tapi cantik jugak perempuan tu.Garang garang pon.Dah kenapa dengan aku ni? Angau semacam

Tetiba bayangan perempuan yang aku begitu cintai datang kembali.Syara Aina.

"Mateen i love you so much tolong jangan tinggalkan i" Aku tak kuat aku tak sanggup tengok Syara merayu menangis seperti itu

"Syara,bangun!!! Tinggalkan Mateen.Tolong pergi dari istana beta sebelum beta panggil pengawal datang heret kamu.Kami sudah tahu segalanya Syara dan dengan ini beta lucutkan jawatan Mustapha Zakaria sebagai menteri pertahanan" arahan ayahanda itu mengejutkan seisi istana.

"Tolong tuanku.Ampunkan patik.Patik tahu patik bersalah tapi ini semua rancangan ayah patik.Jangan pisahkan Mateen dengan patik tuanku.Patik mohon" Syara ingin bersujud di kaki ayahanda tapi sempat disekat oleh para pengawal.Akhirnya Syara dihalau oleh penjaga istana.

'Kau tak serik ke?? Lupakan masa lalu kau Mateen.Jangan bagi hati kau luka lagi.Lupakan Syara Aina,Ben.Jangan mudah percaya dengan orang baharu.Mulakan hidup baharu.Mungkin ada hikmahnya ayahanda putuskan hubungan kau dengan Syara' Satu bisikan bertandan di telingaku

•••••

"Siapa pulak yang sakit??" Tanya Minah

"Kawan aku" Jawabku simple lalu bergerak ke bilik sakit untuk meletakkan kembali ke tempat yang sepatutnya.

"Kenapa kau tak ajak dia masuk?? Sejuk tau malam malam ni" kata Minah sambil menjenguk keluar rumah melalui sliding door

"Dia dah balik dah pon.Aku penat la weh aku naik dulu ye.Nanti esok aku story.Bye Assalamualaikum." Seusai berkata begitu.
Kaki diheret menuju ke lif.

Sebelum masuk ke bilik,kebiasaannya aku akan singgah bilik yang berada di bumbung rumah.Buaian kain yang berada di hadapan tingkap aku duduki.Pemandangan ku kini hanya difokuskan kepada langit yang dihiasi dengan taburan bintang dan bulan separa penuh.

Cantik sungguh ciptaanMu Ya Allah.Saat begini la tiba tiba rindu pulak dekat insan yang telah tiada.Mukram Nazri.

'Ya Allah kau tempatkanlah dia di tempat orang² yang beriman.Ampunkanlah dosanya dan jauhkanlah dia dari sebarang seksaanMu Ya Allah'

Minggu hadapan cukup 2 tahun pemergiannya.Aku begitu rindukan dia.Dia sumber kebahagiaanku.Terima kasih kerana pinjamkan dia kepadaku walaupun seketika.

"Tadi cakap nak masuk tidur" satu suara menegur dibelakang.Cahaya dari luar masuk mencerahkan bilik yang gelap.

"Aku nak duduk sini kejap.Nak tengok pemandangan malam" jawabku tidak memandang kearahnya kerana masih leka memandang ke arah langit malam

"Sudah sudah la tu Jas.Redha la atas pemergiannya.Minggu depan kita lawat kubur dia ya.Aku pun rindu gila dekat dia" pujuk Minah lalu mengambil tempat di tepi ku.

"Aku redha atas pemergiannya Minah.Aku bersyukur sangat Allah bagi aku sedikit masa mengenali hatinya" jawabku senang

"Dah jom tidur.Dah malam sangat ni.Esok kita kerja." Minah mengheret tanganku menuju ke tingkat dua dimana terletaknya bilik kami.

"Good night Minah.Kalau aku bangun lambat esok tolong kejutkan ye" jeritku sebelum mengambil tempat di atas katil milikku

"Good night too.Macam la kau tu pernah bangun awal!!" Jerit Minah pula daripada luar.Akhirnya aku selamat mendarat di dalam mimpi.

"Saya sukakan awak" kata lelaki itu

"Kau ni dah kenapa??" Tanyaku keliru

"Saya kan jo..jodoh awak" jawabnya lalu melutut sebelah kaki lalu menghulurkan sebuah kotak baldu merah hati kepadaku

"Apa ni??" Tanyaku lalu membuka kotak tersebut.

"Arghhhh!!!! Weh kau main main kan?? Kau memang nak kena dengan aku.Siap kau kalau aku dapat tangkap" Mulalah aksi kejar mengejar antara aku dengan lelaki jo..jodoh tu

Mana taknya,aku ingatkan rantai ke gelang ke.Ni bukak bukak ada katak sedang lena dibuai mimpi.

Lelaki tersebut lari daripada aku tapi dia hanya lari lari manja aja.

Gedebukk!!!

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now