48👸+👑

2.4K 80 2
                                    

Langkah aku atur perlahan mendekati pagar rumah. Selepas menghantar aku di persimpangan kawasan perumahan elit ini, Amir laju membelah jalan kerana sudah lewat katanya.

Celahan pagar aku intai. Pintu utama terbuka luas dan keriuhan dalam rumah yang sedikit bising kedengaran.Banyak pula kenderaan yang tersidai di bahu jalan di kawasan rumah aku dan Minah ini. Kereta abah dengan abang abang aku juga ada. Mungkin ada majlis diadakan tapi majlis apa yang melibatkan keluarga aku juga.

Bunyi ketawa yang kuat dari dalam rumah membuatkan aku menelan air liur kesat. Ya Allah sakitnya hati aku. Mereka bahagia tanpa aku disisi. Kecewanya aku. Aku rasa seperti sudah dibuang keluarga. Tapi memang padanlah dengan muka aku yang nak lari dan tak nak balik sangat kan.

Dari sini aku sudah lihat anak Lisa yang sudah membesar berlari mengelilingi seorang perempuan yang sedang membawa perut di ruang rumah. Aku tidak kenali perempuan itu. Ouh itu mungkin pengganti aku semenjak aku 'dibuang' keluarga. Kehadiran Mukram yang memeluk bahu perempuan itu menyedarkan aku yang wanita itu sebenarnya isteri Mukram. Sudah setahun aku tinggalkan Malaysia dan pelbagai benda sudah berubah.

Aku mengatur langkah ingin meninggalkan perkarangan rumah. Mereka sudah bahagia tanpa aku dan untuk apa lagi aku duduk disini.

Saat aku mahu berpaling ke arah bertentangan untuk berjalan keluar dari kawasan ini, aku terlihat seorang kanak kanak lelaki berjalan terkedek kedek dalam lingkungan satu tahun keluar dari rumah berseorangan tanpa memakai kasut. Melihatkan sebuah kereta meluncur laju ke arah kanak kanak tersebut. Aku laju berlari kearah kanak kanak tersebut dan melarikannya ke tepian jalan hingga aku terjatuh. Kaki aku yang sakit teramat itu aku hiraukan dan hanya memeriksa keadaan kanak kanak itu.

"Ya Allah! Kak okay tak ni? Maafkan saya, saya...saya..." Kata orang itu tergagap gagap.

"Saya saya apa?! Kau tahu tak bahaya? Macam mana kalau budak ni mati sebab pemanduan bodoh kau tu tadi? Dah tahu ni kawasan perumahan bawak la kereta elok elok! Lesen beli ke apa kau ni?!" Jerkah aku kuat sambil mengambil kanak kanak itu ke pangkuan aku dan aku berdiri bertongkatkan kereta perempuan bodoh yang bawak kereta sama banyak dengan tak nak bawak ni.

"Kenapa ni? Ya Allah Jazmi! Macam mana boleh sampai kel luar rumah ni?" Aku berdiri membelakangkan Aminah yang sedang bertanya kepada budak dipangkuan aku. Mungkin budak ni yang bernama Jazmi.

Aku menghulurkan kanak kanak tersebut tanpa menunjukkan wajah aku ke arah Aminah. Aku menutup muka aku dengan tudung dan mengheret kaki aku yang terseliuh jauh dari mereka. Pergerakan aku menjadi perlahan kerana kaki aku sakit sangat.

"Cik tunggu! Kaki cik bengkak tu. Mari saya bawa ke hospital dulu." Pinta Aminah yang sempat memegang bahu aku. Aku hanya menggeleng. Langkah aku lajukan walaupun aku tahu langkah aku semakin perlahan.

"Apa yang dah berlaku? Aminah kenapa ni? Kenapa Jazmi ada dekat luar ni?" Ya itu suara Mateen. Aku kenal sangat suara dia. Suara lunak yang aku rindu untuk ucap kata kata sayang kepada aku.

"Anak daddy ni susahkan aunty Minah lagi ke? Berapa kali daddy dah pesan jangan keluar dari perkarangan rumah. Bahaya tau tak sayang"Mateen berkata seakan akan kanak kanak itu faham. Ya Allah pedihnya hati aku. Dia sudah pon memiliki anak dengan Syara. Untuk apa lagi dia ada dirumah keluarga aku? Untuk sakitkan keluarga aku ke? Tapi keluarga aku menerima Mateen dengan Syara dengan hati terbuka. Kalau tidak takkan la seronok sahaja orang dalam rumah itu. Aku memang sudah dibuang keluarga.

Air mata aku mengalir menuruni pipi. Esakan aku menarik perhatian mereka yang berada di belakang aku. Bahu aku sudah terhenjut. Sudahlah mempunyai anak bersama Syara dan meletakkan nama budak itu hampir dengan nama aku pula. Sebab apa? Mahu meraikan kebuangan aku?

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now