BAB 47

11.7K 983 13
                                    






"Dear wind, please blow away all sadness,"






*****

MALAM PERSANDINGAN


Afrina menunggu pemandunya pada malam itu di hadapan rumah keluarganya.

5 minit dari waktu yang dijanjikan, sebuah kereta limousine hitam berhenti di hadapannya.

Afrina masuk ke dalam kereta tersebut. 

Dalam perjalanan, telefonnya berdering, namun pemanggilnya bukan salah seorang kenalannya. Panggilan misteri itu diangkat. 

"Hari bahagia kau?" tanya si pemanggil terus.

"Apa kau nak?" tanya Afrina datar.

"Aku dah siapkan surprise untuk kau. Hadiah sempena perkahwinan kau. Mesti kau suka," kata si pemanggil.

"Simpan jelah hadiah kau tu buat pekasam. Sedap jugak," kata Afrina malas.

"Jangan risau, hadiah ni special untuk kau je," talian diputuskan.

Lama kereta itu memandu, masih belum tiba di dewan persandingan. Afrina mengerling ke arah jam di telefonnya.

"Wait, patutnya aku dah sampai sekarang ni?" desis Afrina. Dikerling pula pemandunya itu.

Pisau lipat yang sentiasa disimpannya dikeluarkan.

"Pakcik, stop kejap kat tepi jalan boleh tak?" pinta Afrina.

"Kenapa? Dah nak sampai dah ni. Nanti lambat pula majlis kamu," kata pemandu tersebut.

"Alaa sekejap je. Jangan risau, saya bukannya nak lari pun," kata Afrina. Kereta berhenti di tepi jalan. Terus pisau itu diacu ke leher pemandu tersebut.

"Baik kau cakap, kau diupah kan?" tanya Afrina. Pemandu itu tergelak sinis.

"Awalnya kau perasan. Sikit lagi nak jumpa bos, baru sekarang kau perasan?"

"At least aku perasan, daripada kau, terus je berhenti tanpa fikir apa-apa. Aku bukannya bodoh macam kau," sindir Afrina. Pemandu itu mengetap gigi.

"Baik kau hantar aku ke tempat sepatutnya," arah Afrina. 

"Kalau aku tak nak?" 

"Biar aku tolong hantar kau ke tempat sepatutnya kau berada,"

.

.

.

.

.

Adrian menunggu di pintu dewan. Seketika dia menilik jam tangannya.

Lewat 11 minit.


SRETTT


Satu kereta limousine muncul brek tepat di hadapannya. Terkocoh-kocoh Afrina keluar dari tempat pemandu dengan dress kembangnya.

"Sorry, ada accident tadi," Afrina menunduk sedikit badannya tanda maaf. Adrian sekadar mengangguk, masih lagi terpaku dengan kecantikan Afrina.

"Hello?" Afrina petik jari di hadapan Adrian bagi menyedarkan Adrian.

"Jom," ajak Adrian. Afrina berpaut pada lengan sasa Adrian.

"Mengumumkan ketibaan mempelai pengatin baru kita, pasangan raja sehari, Tengku Adrian Shah bersama bidadarinya, Tengku Afrina Eryssa," umum emcee pada majlis mereka itu. Pintu dewan terbuka. Dua pengawal yang bertugas di bahagian pintu dewan menundukkan badan mereka.

Adrian melangkah tanpa senyuman, hanya menayang muka dinginnya. Manakala Afrina hanya tersenyum kecil, namun cukup menggetarkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Hanya make up nipis sahaja yang dipakai, namun wajahnya yang sememangnya semulajadi cantik tanpa make up memang menarik perhatian ramai. Dress kembang berwarna biru keunguan dan rambut stail flower crown memukau semua tetamu.

Tetamu mereka pula terdiri daripada CEO atau wakil syarikat yang berkerjasama dengan syarikat keluarga mereka, kerabat keluarga dan orang-orang terapat dan dijemput pengantin sahaja.

Selesai upacara menepung tawar dan sesi fotografi, kini kedua mereka melayan tetamu yang hadir. Ada yang datang bersama hadiah, ada yang sekadar ucapan tahniah.

Afrina memukul lengan Adani. Rupa-rupanya, Danisya, Irwan dan Lia dipanggil untuk bermain alat muzik di majlisnya sendiri.

"Selamat pengantin baru Afrina," sapa seseorang. Afrina menoleh.

"Uu..Uwais? Bukan kau ada family meeting ke?" tanya Afrina.

"Hahaha, family meeting? Macam mana nak family meeting kalau semua family aku datang majlis kau?" Uwais tersenyum. Afrina menggigit bibirnya. Dia menjeling kesemuanya kawannya.

"Jahatlah korang ni! Suka sangat prank aku! Eish! Tak nak kawan!" rajuk Afrina. Dia memeluk tubuh lalu membelakangkan kawan-kawannya.

"Tak nak kawan ke?" tanya Reen.

"Hmph!" Afrina masih meneruskan rajuknya.

"Oh my-la friends,"

Afrina tersentak. Matanya terus memandang Zuhayr dan Hana yang memegang mikrofon. Di sisinya, Karl setia berdiri memetik gitar. Manakala Danisya, Lia dan Irwan sudah mengundur diri.

"We go and go,
Never look at the past,
It's now, just you-and-me,
No one can break the wall

Oh my-la friends,
Where did you go?
You run away at the midnight,
Never turn, leaving us without notes
Leaving us with all the worries

Oh my-la friends
We build the wall
We make only sweet things
We create our hope together
Our hope in Nature

When the wind blows,
Let it dry the tears
Let's recall all the memories,
Blow away, all  sadness 
Bring back, our my-la friends

When the rain flow,
Let's play together
With the raindrops
Let the water clean up the mess we did
You and me, we are destiny

When the night falls
We sat on the balcony
Let the cold greets us
And let a hug warm us
We just need each other

Oh my-la friends
We need your certainty
Will you promise us
To stay together
And forever, with us?

This is our hope in Nature,"

Hana yang menamatkan nyanyian tersebut terus melepaskan mikrofonnya. Dia meluru ke arah Afrina, lalu tubuh Afrina dipeluk seeratnya, bagai tidak mahu dilepaskan.

"Aku minta maaf. I'm sorry. Kalaulah aku percayakan kau, mesti kau takkan tinggalkan kitorang kan? Ni semua salah aku, aku minta maaf. I'm sorry Af, aku salah,"









Vote and comment!

Btw, gambar tak disediakan sebab korang boleh gunakan imaginasi sendiri.

Stay With MeOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz