BAB 65

11K 881 85
                                    






"Beauty is a light in your heart,"






*****

HARI TERAKHIR SUKAN SEKOLAH


Warga Elite Light HighSchool berkumpul di dewan sekolah. Acara penutup sedang diadakan, iaitu penyampaian hadiah buat para pemenang.

Seperti semua tahu, hanya seorang sahaja tidak mengambil endah tentang hal sekelilingnya.

Afrina menyibukkan diri dengan jurnalnya. Adrian pula mencuri pandang ke arah Afrina. Sesekali dia cuba menjengah isi jurnal tersebut, namun Afrina lebih pantas, terus menghalang mata Adrian. Bukan apa, dia tidak mahu menghantar suaminya ke Hospital Bahagia.

"...Johan bagi acara memanah berkuda kategori perempuan pula, beliau berjaya mengutip mata penuh bagi setiap panah yang dilepaskan. Berikan tepukan gemuruh kepada... Tengku... Eh maafkan saya, berikan tepukan gemuruh kepada... Afrina!"

Dan Afrina masih lagi ralit dengan dunianya.

"Afrina! Nama kau!" jerit Ziya di sebelah telinga Afrina.

"Ha nama saya?" tanya Afrina yang masih lagi terpinga-pinga. Ziya mengangguk laju.

"Dah pekak lah tu," kata Elly saat Afrina berjalan di sebelahnya. Afrina sekadar menjeling.

Pelajar lain masih melopong. Gadis paling sopan dalam sekolah itu berjaya mengumpul mata penuh bagi setiap panah?

"Johan pada tahun ini, jatuh kepada..."

"Emerald!"

"Sapphire!"

"Ruby!"

"Topaz!"

Semua pelajar menyokong rumah sukan masing-masing. Tidak ketinggalan juga para guru pembimbing.

"RUBY!"

"Yeay!" ahli rumah Ruby bersorak.

"Ruby?!" jerit Adrian.

"BEAT THE UNBEATEN!" laung ahli rumah Ruby. Cikgu Aina, cikgu Amirul, Adrian dan Afrina naik ke pentas bagi mengambil hadiah mereka.

"Berkat mata yang dikumpul Afrina, mata yang dikumpul Ruby berjaya menyaingi Emerald dengan beza satu mata sahaja!" 

Ahli rumah Emerald terkejut. Satu mata sahaja?!

Adrian sudah mengagak hal ini. Kerana kebanyakan atlet terdiri dari kalangan Emerald. 4 tahun berturut-turut, Ruby tidak lagi menjuarai sukan sekolah.

Selepas tamat sesi bergambar, Adrian menarik Afrina mendekatinya.

"Thanks sebab tunaikan harapan aku," bisik Adrian.

Afrina tersenyum kecil.

"Welcome. My pleasure," jawab Afrina. Adrian mengalihkan pandangannya. Jantungnya pula berdegup kencang.

Stay With MeOnde as histórias ganham vida. Descobre agora