BAB 28

12.7K 1K 65
                                    






"If you want to fly higher, then you should leave everything that weighs you down,"






*****

"Kakak cantik!"

Afrina dan semua orang yang ada di situ tersentak. Afrina mengangkat wajahnya dan melepaskan lengannya dari leher Iqram, wajah pertama yang menyapa pandangannya ialah...

"Eh? Rish! Riel!" sepasang kembar itu menerpa laju memeluk Afrina. Afrina membalas pelukan mereka.

"Akak dah lama tak jenguk kitorang," rengek Riel.

"Nak tahu tak, Riel menangis nak akak lawat kitorang lagi," usik Rish.

"Eleh, daripada Rish, menangis dalam bilik sorang-sorang sebab rindu kakak cantik, tak apa pulak," ejek Riel.

"Eh mana ada?! Akak tak payah layan Riel ni, Rish baru je pukul dia sikit, terus jadi tak betul. Akak nak dukung," pinta Rish sambil mendepakan tangannya dengan mata dikedipkan beberapa kali. Afrina mendukung Rish. Riel pula hanya memegang sebelah tangan Afrina.

Afrina mengangkat wajahnya memandang tetamu mereka pada malam itu. Sungguh, tak sangka pula apa yang dilihatnya.

Tak tak. Memang dia expect keluarga Adrian yang akan datang, tapi tak sangka pulak Tengku Adelisha ni mummy Adrian.

"Eh aunty Sha," tegur Afrina lalu menyalam tangan aunty Sha.

"Kamu kenal ke dengan aunty Sha?" tanya mama dengan riak bingung.

"Haritu Af ada jagakan si Riel ni. Nakal sangatlah katakan. Rish pun dah ngam dengan dia, tu yang boleh kenal," celah aunty Sha. Afrina sekadar mengangguk.

Tercengang Adrian, Ayana dan Ariq yang mendengarnya. Adrian membuat muka tak puas hati.

'Dengan adik beradik sendiri kemain bekunya, dengan Afrina semudah tu boleh ngam. Oi tak boleh jadi,' rungut Adrian dalam hati.

"Hai Ayana," sapa Afrina. Mereka berpelukan.

"Kenal jugak?" tanya mama.

"Dorang satu sekolah dengan Af lah ma. Ayana kawan baik Af tau. Mama rancang dengan aunty Sha ke apa untuk bagi kitorang satu sekolah?" tanya Afrina selamba. Mama tersedak. Aunty Sha pula terkejut namun cepat-cepat dineutralkan semula wajahnya.

"Eh mama, kenapa tersedak ni? Afrina gurau je. Takkanlah betul kut," Afrina mengusap belakang badan mamanya. Dalam hati dah tergelak besar.

Mama merenung wajah Afrina tak puas hati. Bukan dia tak kenal puterinya itu, semua benda boleh dikatakan ada dalam tangannya. Dan satu hal, Afrina selalu acah innocent tak tahu apa-apa padahal setiap kata-katanya, dia memaksudkannya. Macam situasi sekarang.

"Hmph, eh jemputlah masuk," ajak mama. Rish yang masih di dukungan Afrina cuba diambil oleh aunty Sha.

"Rish duduk dengan mama lah ya. Kesian kakak nak makan," pujuk aunty Sha.

"Ta..Tapi, Rish nak duduk dengan kak Rin, boleh tak?" tanya Rish. Hampir sahaja dukungan Afrina terlepas mendengarkan nama yang disebutkan oleh Rish, namun apabila teringat ada anak orang yang dia tengah dukung, terus dikuatkan balik pegangannya.

"Boleh je sayang, jom," Afrina tersenyum manis, ikhlas memukau 3 adik-beradik itu. 

Mana taknya, kat sekolah cuma senyum nipis je woi. Nampak yang manis, lebar, dan yang paling penting, ikhlas. Memang memukau teruk. 

"So, puteri Rish nak makan apa?" tanya Afrina setelah mengambil tempatnya di sebelah Iqram berhadapan dengan Adrian.

"Rish nak makan udang. Taknak sayur. Taknak lauk lain," ujar Rish ceria. Afrina hanya menurut. Namun tidak sekalipun suapan itu sampai ke mulutnya. Hanya Rish sahaja yang makan.

Iqram yang melihat itu mengeluh perlahan. 'Dalam apa-apa jua keadaan, dia tetap fikir orang lain. Diri sendiri yang parah tak nak fikir,' kutuk Iqram. Selamba jelah mengutuk sebab bukannya ada orang dengar kan.

Segera Iqram mengisi pinggannya dengan daging stew, walaupun dirinya tak suka makan daging. Iqram terus menggaul nasi lalu menyuakan ke arah Afrina.

"Makan, jangan pentingkan orang lain je. Kau tu ada gastrik, aku taknak kau sakit. Kau faham kan?" kata Iqram dengan nada berbisik. Hanya mereka bertiga sahaja yang dengar.

Rish terus memandang Afrina dengan mata bulatnya.

"Rish susahkan kak Rin ke? Sorry, Rish duduk dengan mummy je lah," Rish berura-ura untuk turun dari riba Afrina namun sebelah tangan Afrina cekap menahan.

"Tak apa, stay je. Apa kata, Kak Rin suap Rish, Rish suap abang Iqram, abang Iqram suap akak?" tanya Afrina mengangkat kening. Rish berfikir sebentar sebelum mengangguk laju.

Kemesraan mereka bertiga menjadi tumpuan dua keluarga, lagi-lagi keluarga Rish. Dalam hati Tengku Adelisha dan Tengku Fairuz memanjat kesyukuran apabila anak bongsu perempuan mereka menunjukkan perilaku yang sesuai dengan umurnya, manakala 3 beradik itu hanya menahan cemburu kerana tidak mampu menceriakan adik mereka sendiri sebagaimana yang Afrina lakukan. Riel pula hanya tersenyum gembira melihat karenah kembarnya.

"Kejap lagi semua berkumpul dekat ruang tamu. Ada benda yang nak dibincangkan," kata Tengku Umar selaku tuan rumah. 

Stay With MeWhere stories live. Discover now