BAB 89

13K 924 189
                                    






"Challenges are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful,"






*****

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" tanya Tengku Umar kepada doktor yang baru sahaja keluar daripada wad Iqram.

"Anak Tengku sudah sedar dari koma. Keadaan dia semakin membaik. Tiada kecederaan serius," kata doktor. Seluruh ahli keluarga itu memanjatkan kesyukuran.

Mereka masuk ke wad Iqram. Idlan meluru memeluk Iqram. Terpinga-pinga Iqram dibuatnya.

"Weh aku rindu gila kat kau. Apahal lambat sangat bangun?" tanya Idlan. Iqram terkebil-kebil di tempatnya. Matanya terkelip-kelip. Segera dia turun dari katil lalu melangkah keluar. 

"Iqram!" seluruh ahli keluarganya mengejarnya.

Idham berjaya menyaingi Iqram. Kedua bahu Iqram dipegang.

"Eh kau ni apahal?! Lepaskan akulah!" jerit Iqram, meronta-ronta untuk melepaskan.

"Kau lupa aku ke? Ni akulah, abang kau. Along," ujar Idham.

"Mana kak Af?" tanya Iqram tanpa berdalih.

"Huh, kenapa kau bangun-bangun kau terus cari dia?" tanya Idlan. Ada nada menyampah dalam ayatnya.

"Aku tanya, jawab jelah!" tengking Iqram. Suara Afrina malam tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia terlalu risaukan Afrina. Dia takut jika ada sesuatu terjadi pada Afrina.

'Ya Allah, aku tak nak kehilangan dia Ya Allah,'

"Dia yang rancang supaya kau accident, kenapa kau masih cari dia?" tanya Idlan. Papa pula hanya berdiam diri, tidak menyalahkan Afrina seperti selalunya.

"Hey, Iqram yang beria nak bawa kereta dia, tak kasi dia pandu kereta sendiri. Kenapa pulak semua orang tuduh dia yang punca Iqram kemalangan?" tanya Iqram.

"Kereta dia? Tu bukan kereta Iq ke?" tanya Idham.

"Tengoklah sekarang. Betapa korang tak kisahkan kewujudan kitorang kat dalam rumah tu kan? Atau lebih tepat, kewujudan kak Af," sindir Iqram.

"Kenapa kau cakap macam tu pulak?" tanya Idlan.

"Kereta aku elok je tersadai kat rumah sebab rosak sebelum aku pergi Korea Sport Tournament! Kitorang saje beli kereta sama jenis, sama warna sempena hari lahir Iqram tahun lepas! Tak ada siapa yang kisah pun kan?!" marah Iqram. Mereka berdua tersentak.

"Kakak mana? Jawablah long, ngah, papa," rintih Iqram. Dia jatuh melutut di situ. Air matanya mengalir, berjuraian.

"Dia je yang sokong apa yang Iq minat, lindung Iq bila Iq tak reti nak pertahankan diri sendiri, jaga Iq bila Iq sakit, teman Iq bila sekolah buat program. Papa selalu jaga Kak Rina, along selalu fly hantar orang. Angah selalu lebihkan kerja dengan kawan-kawan. Mama dah susah nak nampak kat rumah sejak kejadian papa tertampar mama. Iqram ni? Siapa yang jaga? Kakak juga yang jaga Iqram," tangis Iqram. 

Stay With MeWhere stories live. Discover now