BAB 72

11.5K 863 99
                                    

"Kept the pain in silence, while your face shows nothing,"

*****

"Sila beratur sekarang," kata seseorang yang tak dikenali. Mungkin fasilitator.

"Okay, selamat datang ke tapak perkhemahan hutan simpan, jadi, kitorang, fasilitator korang akan bimbing korang sampai esok petang, betul?"

"Betul," rata-rata pelajar menyahut.

"Jadi, untuk memudahkan kelangsungan aktiviti kita, kitorang akan perkenalkan diri. Nama aku Naufal,"

"Arif,"

"Hai semua, nama saya Khairul,"

"Assalamualaikum, hai korang! Saya Nazran,"

"Panggil Syed,"

"Assalamualaikum semua, nama saya Mayraa,"

"Hai, nama saya Melur,"

"Saya Sofea,"

"Clarine, panggil Clarine,"

"Asy,"

Mereka memperkenalkan diri.

"Akak Mayraa, kenapa akak pendek? Pft," tanya Raf, salah seorang ahli Starz.

Mayraa tersenyum sinis.

"Ketinggian aku ni sesuai dengan umur aku. Kau tu, 17 tahun kenapa tinggi lebih kurang aku?" sindir Mayraa.

"Kau pun pendek. Ada hati nak cakap orang," sindir Syed pula.

Raf mengepal penumbuk.

"Oh ya, peringatan mesra untuk akak dan abang semua. Jangan panggil kitorang dengan gelaran akak atau abang. Cause, yelah kan, akak dengan abang tu lagi tua daripada kami semua," kata Nazran ceria.

"Korang umur berapa? 15?" tanya Zack, biadap.

"Haha, hampir tepat. 14," jawab Clarine dengan senyuman.

Watak dorang ni sebenarnya dalam story lain cerita Naika, tapi Naika selit je. Malas nak ingat nama sangat.

"Jangan minta kitorang hormat korang sebagai senior kalau korang tak hormat kitorang sebagai manusia," pesan Sofea, ringkas.

Semua pelajar ELHS terdiam. Cikgu pengiring pula menahan tawa.

Tulah, nakal sangat selama ni. Hadaplah Silverians untuk 2 hari 1 malam ni. Dijamin, berdisiplin!

"So, lepas ni akak dan abang semua bolehlah pergi kabin masing-masing. Ingat, ni kem motivasi, bukan percutian ke luar negara. Jangan merungut tak ada air-cond bagai," kata Naufal.

"Satu kabin 12 orang. Bergerak sekarang," apabila Asy bersuara, semua menurut.

Princesz, Aqila, Zahra, Elly dan lagi lima orang pelajar berada di dalam satu kabin yang sama.

Mereka memilih katil masing-masing. Katil double decker di dalam kabin itu disusun memanjang rapat ke dinding.

Elly memilih katil atas, lalu Afrina sengaja memilih katil di bawah Elly.

Elly menjeling Afrina dibalas jeliran lidah.

"Jom, ada ceramah," ajak Ziya.

.

.

.

.

.

"Haih bosannya kem ni," rungut Ziya. Afrina mengiyakan di dalam hati.

Mana tidaknya, harapan mereka, setidak-tidaknya adalah satu dua aktiviti lasak. Namun jadual mereka hanya dipenuhi dengan ceramah dan ceramah

Stay With MeWhere stories live. Discover now