BAB 73

10.7K 834 50
                                    









"Don't be scared, cause I'm here for you,"







*****

"Perhatian kepada Afrina 5 Sc 1, sila hadirkan diri anda ke bilik pengetua sekarang juga, terima kasih,"

Afrina bangun meminta izin keluar daripada guru mengajar sebelum bergerak ke bilik pengetua.

"Umi, kenapa?" tanya Afrina yang terus menerjah bilik pengetua. Disangkanya hanya dia seorang dan Miss Fasha sahaja, rupanya ada orang lain juga.

"Afrina, tak reti nak bagi salam dulu ke?" perli Miss Fasha.

Afrina mencebik lantas menggeleng.

"Umi lupa nak ajar Afrina bagi salam masa kecik kecik dulu, sampai sekarang Afrina tak reti bagi salam disebabkan Umi," ujar Afrina.

"Umi, tak payah layan kakak ni, nanti makin sewel dibuatnya," kata Iqram yang turut berada di situ.

"Oh ya, kenapa Umi panggil Af? Tahulah dia rindu kita yang cantik ni, tapi janganlah sampai buat pengumuman kat sekolah," kata Afrina sambil menyelitkan pujian untuk dirinya.

Iqram dan Miss Fasha mencebik dalam diam.

"Kenalkan semua, Afrina, anak saudara angkat kesayangan saya," kata Miss Fasha sambil menekankan perkataan kesayangan.

Afrina melihat satu persatu muka yang dalam bilik pengetua.

"Eh Raiya, lama tak jumpa!" tegur Afrina selamba sambil mengangkat tangannya. Raiya membalas sapaan Afrina.

Yang ada di dalam pejabat pengetua sekarang ialah Miss Fasha sendiri, Afrina, Raiya, Azri, Iqram, Sumayyah dan Darwin. Hanya Afrina sahaja pelajar tingkatan 5, yang lain pula sebaya dengan Iqram

"Kenapa Miss?" tanya Afrina yang kini dalam mod pelajar.

"Saya dan guru-guru lain dah sepakat nak hantar awak semua pergi Korea untuk pertandingan yang akan diadakan seminggu dari sekarang,"

Pelajar di situ semua terkebil-kebil. Kecuali Afrina.

"Lorh, Af ingat apa lah tadi. Bored, ada aktiviti apa kali ni?"  komen Afrina malas.

"Memanah, taekwondo, judo, menembak, berpedang, berenang. Fun tak?" tanya Miss Fasha dengan kening terangkat. Mata Afrina membulat serta bersinar.

"WAHHH! NAK UMI! DAFTARKAN AF SEMUA PERTANDINGAN TU! ARHHH! I CAN'T WAIT TO HOLD MY BABY BOO AGAIN!" jerit Afrina teruja.

"Jadi ni borang, sila isi nama anda untuk mana-mana pertandingan yang anda nak masuk. Bebas memilih mana-mana pertandingan, nak semua pun boleh," kata Miss Fasha lalu menyerahkan 5 helai borang.

"Afrina," panggil Miss Fasha.

"Ya umi?" tanya Afrina tanpa mengalihkan matanya dari membaca borang.

"Pertandingan ni, anggaplah hadiah hari jadi kamu," kata Miss Fasha.

"Oh haha. Ada jugak rupanya orang ingat birthday Af," kata Afrina. Tujuannya memerli Iqram.

"Eh hello, aku bukan tak ingat, tapi aku wish malam ni. Sedar diri kau tu lahir nak dekat tengah malam," kata Iqram. Perli aku lah tadi tu.

"Saya pergi kelas dulu. Afrina, lepas habis isi boleh pastikan bilik saya tertutup dan kemas, okay?" pesan Miss Fasha lalu beredar ke kelasnya.

"So, kenalkanlah diri korang. Senang sikit nak berurusan dekat Korea nanti," kata Afrina setelah merebahkan diri ke sofa empuk.

"Macam yang akak tahu, Raiya Haisya,"

Stay With MeWhere stories live. Discover now