BAB 10

14.3K 1K 26
                                    






"You keep breaking my heart,"






*****

"Aku dah cakap jangan ganggu urusan aku! Kenapa semak sangat sial?!" Adrian membelasah seorang junior di blok terbiar sekolah.

5A'Prince yang lain pula hanya memerhati. Malas nak masuk campur, katanyalah.

Kebetulan, Iqram sedang meronda blok terbiar bersama Azri, rakan baiknya.

"Weh macam mana ni?" tanya Azri sebaik sahaja nampak pergaduhan tersebut.

"Kau nak masuk campur? Mati kita weh," kata Iqram mengingatkan.

"Habis tu takkan nak biar?" tanya Azri. Iqram mengeluh.

"Entahlah. Masalahnya sekarang ni dorang pun pengawas," jawab Iqram.

"Weh bro, ada pengawas junior ah kat sana," kata Afif kepada Ariq sambil menunjuk ke tempat persembunyian Iqram dan Azri.

"Kau settlekan junior ni, biar aku, Afiq dengan Aariz pergi sana," kata Adrian lalu mengajak Afiq dan Aariz ke arah Azri dan Iqram.

"Kau buat apa kat sini hah?!" jerkah Afiq. Terkejut Azri dan Iqram dibuatnya.

"Aa..aa.. kitorang ronda kat sini je," jawab Azri tergagap-gagap.

"Kau nak lapor cikgu ke tak?" tanya Aariz.

Azri menggeleng manakala Iqram pula berdiam di tempatnya. Mata Iqram terpaku pada Adrian. Ada satu perkara yang melayang dalam fikirannya.


"Sayang maafkan saya," ucap Adrian.

"Hmm," tiada jawapan yang diberikan oleh perempuan itu.

"Maafkan saya, saya tahu saya banyak buat salah," kata Adrian lagi.

"Kenapa awak minta maaf lagi?" tanya perempuan itu.

Adrian mati kata.

"Awak minta maaf jugak sebelum ni. But what have you done after that? You keep breaking my heart. And it's too hurt, until I can't feel the hurt. I can't see the silver lining after the heavy raining," ujar perempuan itu. Dia menangis teresak-esak.


Buk!

Pipi Iqram ditumbuk kuat. Pecah bibirnya mengalirkan darah.

"Kau dengar tak budak?!" jerkah Adrian mengejutkan Iqram.

"Dengar dengar," jawab Iqram takut-takut.

Sekali lagi Adrian melepaskan tumbukan di muka Iqram. Iqram jatuh sehingga lengannya terlanggar kayu. Darah pula mengalir keluar dari hidungnya.

"Blah sekarang! Aku tahu perkara ni sampai kat cikgu mati korang aku kerjakan!" marah Adrian. Segera Iqram dan Azri melarikan diri.

"Kau okay tak Iqram?" tanya Azri risau.

"Ah aku okay," jawab Iqram lalu mengesat darah di hujung bibirnya dan di hidungnya.

"Dda..Darah?" Iqram jatuh terbaring di situ. Perkara terakhir yang dia lihat adalah Afrina berlari mendekatinya.

"Ss..Sama," gumam Iqram sebelum pengsan.


Beberapa minit sebelum itu. (Afrina)  

"Kita rehat kat pondok macam biasa kan?" tanya Afrina meminta kepastian.

"Haah. Kau bawa apa pulak kali ni Af?" tanya Ziya teruja. Sudah 2 minggu Afrina masuk ke sekolah mereka dan sepanjang 2 minggu itu jugalah Afrina bawa bekal yang banyak untuk berkongsi bersama. 

"Saya bawa mee goreng je, pedas lebih," jawab Afrina. Mata Farha dan Ziya bersinar.

"Pedas lebih? Nak!!" jerit mereka berdua teruja. Manakala Ayana hanya menggelengkan kepala melihat telatah kawannya.

"Saya ada bawa sebekas tak ada sayur tak pedas," kata Afrina ditujukan kepada Ayana. Dan ternyata reaksi Ayana sama seperti Ziya dan Farha tadi.

"Nak!!" kata Ayana teruja.

"Makanlah," Afrina menghulurkan bekal tersebut.

"Kau tak makan ke?" tanya Farha dengan mulut penuh.

Ziya memukul bahu Farha.

"Bagilah kosong mulut tu dulu," tegur Ziya.

Farha cuma tersengih.

Afrina menggeleng.

"Puasa," jawab Afrina ringkas.

Mata mereka membulat.

"Puasa?! Kenapa tak cakap?!" tanya mereka serentak.

"Dah tak tanya," kata Afrina sambil tergelak kecil.

Tiba-tiba matanya menangkap kelibat dua orang lelaki berlari.

Afrina mengecilkan matanya.

"Eh, tu bukan Iq dengan Azri ke?" monolog Afrina. Dia kenal Azri kerana baru sahaja minggu lepas Azri melepak di rumah dengan Iqram atas alasan kerja berkumpulan.

"Eh kau kenal ke dua pengawas tu? Dorang tu pengawas hot tau," kata Ayana.

Afrina tidak menjawab soalan Ayana malah bangun menuju ke arah adiknya itu.

Membulat matanya melihat Iqram yang berdarah di bibir dan di hidung.

"IQRAM!!" jerit Afrina memanggil Iqram.

Malangnya Iqram sudah pun pengsan di situ.

Afrina meriba kepala Iqram.

"Iq, aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku Iq. Iq," rintih Afrina. 

Azri piggyback Iqram manakala Afrina membuntuti mereka.

"Nak hantar pergi klinik sekolah ke kak?" tanya Azri. Air mata Afrina masih mengalir.

"Tak apa, biar akak yang bawa dia," Iqram yang masih pengsan itu dipapah oleh Afrina pula.

"Terima kasih ya Azri," kata Afrina sebelum ke ruang menunggu.

Afrina mengeluarkan telefonnya.

Pelik kenapa Afrina bawa telefon? Benda biasa bagi rulebreaker macam Afrina lah.

"Louis ambil saya sekarang!" arah Afrina lalu terus mematikan talian.

Afrina memeluk tubuh Iqram.

"Iqram maafkan kakak. Kakak salah. Kakak tak tunaikan janji arwah. Kakak tak tunaikan janji kak Ery. Kakak tak tunaikan janji Iq semua. Akak minta maaf Iq. Janganlah asyik pura-pura pengsan je kalau nampak darah lepas ni," di akhir ayat Afrina tergelak kecil.


Tanpa sesiapa sedari, gambar Afrina memeluk Iqram elok ditangkap oleh seseorang.

"Boleh jadi bahan ni," gumam orang itu lalu berlalu pergi.



Stay With MeWhere stories live. Discover now