BAB 62

11K 923 85
                                    






"Sometimes, it's okay to not be okay,"






*****

Afrina masuk ke rumahnya selepas dihantar oleh Taufiq. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, dia disapa dengan kehadiran Adrian yang menunggunya.

"Mana kau pergi tadi?" tanya Adrian.

"Lepas saya hantar dia saya lepak dengan MelodyDreams," kata Afrina jujur. Memang lepas hantar Airina, dia lepak dengan RBHS. Cuma dia gantikan nama Airina kepada 'dia'.

"Tak reti bagitahu aku dulu?" tanya Adrian. Afrina terpinga-pinga.

"Saya dah mesej awak lah," kata Afrina. Adrian memeriksa telefonnya. Memang ada mesej daripada Afrina.

"Ah tak ada. Aku nak denda kau," kata Adrian. Kening Afrina ternaik sebelah.

"Kenapa nak denda pulak?" tanya Afrina pelik.

"First, kau tak minta izin aku. Second--"

"Tapi saya dah minta izin," protes Afrina.

"Mesej tak sampai kat aku," kata Adrian.

"Hmph, second sebab apa?" tanya Afrina.

Adrian terdiam. Dia fikir semula apa yang hendak dikatakannya.

"Ha! Second sebab kau buat aku gila! Kau baru pergi tak sampai sehari, semua pasal kau aku rindu! Aku asyik nampak bayangan kau je. Suara kau, muka kau, semua aku terbayang! Tu salah kedua," kata Adrian.

"Oh, aku ingat aku sorang je gila," gumam Afrina.

"Kau cakap apa?" tanya Adrina. Rasanya dia dengar Afrina cakap sesuatu.

"Eh tak ada apa-apa. Awak nak denda saya apa?" tanya Afrina.

"Malam ni kau jadi bantal peluk aku," kata Adrian. Afrina tercengang. Belum sempat dia membantah, Afrina sudah berada di awangan. Segera Afrina memeluk leher Adrian.

"Hah lepaskan saya!" jerit Afrina. Dada bidang Adrian dipukulnya dengan kadar minima. 'Kalau terkuat nanti dia terlepas pulak aku kat tangga yang setinggi Gunung Kinabalu ni,'

"Lembiknya penumbuk kau tu. Tak rasa langsung," ejek Adrian. Padahal hakikat sebenarnya dia sedang menipu.

'Senak dada aku dibuatnya. Harap je kecik,'

"Lepaskan sayalah!"

"Diam! Kalau tak aku lepas kau kat sini," ugut Adrian. Terdiam Afrina. Akhirnya, dia sembamkan wajahnya ke dada Adrian.

'Bila aku dekat dengan kau, kau buat jantung aku berdegup laju. Aku rasa berdebar. Dalam masa yang sama, aku rasa selamat. Bila kau jauh, aku jadi gila. Setiap saat, bayangan kau menghantui aku. Apa maksudnya semua ni?' getusnya.

Stay With MeWhere stories live. Discover now