"If you feel don't want to continue your life, then you should think about who always there for you, love you as you are the precious thing for them,"
*****
Afrina kini berada di taman, niat mahu ke hospital terbantut apabila orang-orang suruhan 'dia' sedang berjaga di lobi hospital.
Tiba-tiba dia terdengar suara tangisan kanak-kanak. Afrina mencari arah punca suara itu. Dapat dia lihat seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis teresak-esak di lantai tanpa sesiapa memujuknya.
Afrina melangkah mendekati budak itu. Perlahan-lahan dia menyapa.
"Adik, adik okay tak?" tanya Afrina. Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya. Muka putih budak lelaki itu kemerah-merahan.
"Kakak cantik, kaki kita luka," kata budak lelaki yang umurnya lingkungan 5-6 tahun itu.
"Kenapa ni?" tanya Afrina sambil membelek kaki budak itu.
"Kita jatuh tadi. Daddy kerja. Mummy pun sama. Riel bosan kat rumah, Riel keluarlah pergi taman," kata budak itu membahasakan diri sebagai Riel.
"Riel ikut kakak okay? Kita pergi klinik cuci luka tu," kata Afrina. Riel menggeleng laju.
"Tak nak klinik. Takut," ujarnya.
"Doktor baik lah. Jom, nanti makin sakit tau. Lepas pergi klinik kakak belanja aiskrim, okay?" pujuk Afrina. Mata Riel bersinar.
"Betul ke kakak cantik? Nak!" katanya teruja.
"Betul, jom. Mari kakak dukung," kata Afrina. Tiba-tiba Riel terdiam.
"Kenapa ni?" tanya Afrina prihatin.
"Kalau Riel nak belikan aiskrim untuk adik Riel jugak boleh?" tanya Riel. Afrina mengangguk tersenyum.
.
.
.
.
.
"Ni ke rumah Riel?" tanya Afrina kepada Riel yang didukungnya.
Riel mengangguk, ralit menjilat aiskrim vanilanya.
Afrina meneguk air liurnya kesat. Rumah Tengku Fairuz dengan Tengku Adelisha ni woi.
Afrina menekan loceng rumah.
Muncul wanita lingkungan 40-an, yang diyakini oleh Afrina Tengku Adelisha, sebaik sahaja pintu terbuka.
"Ya Allah Zafriel? Kamu pergi mana? Risau tau mummy bila kak Ika call mummy kata Riel tak ada kat rumah," Tengku Adelisha mengambil Riel dari dukungan Afrina.
"I'm sorry mummy. Riel bosan tadi. Riel pergi taman, lepastu Riel jatuh. Then, kakak cantik ni tolong Riel and belanja Riel aiskrim. Sedap mummy! Mummy nak rasa?" ujar Riel petah.
Tengku Adelisha hanya tersenyum mengusap kepala anaknya.
Dia memandang Afrina.
"Terima kasih ya..." dia menggantungkan ayat membenarkan Afrina mencelah.
"Afrina," Afrina memperkenalkan dirinya.
"Terima kasih ya Afrina tolong aunty. Kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan dia ni," katanya.
"Eh jemputlah masuk, minum-minum dulu," ajak Tengku Adelisha. Afrina hanya menurut memandangkan Riel turut mengajaknya.
"Terima kasih Tengku," kata Afrina.
"Eh tak payahlah ber-Tengku bagai. Panggil aunty Sha je," kata Tengku Adelisha. Afrina hanya menurut.
"Mummy, boleh tak Rish nak makan aiskrim? Riel ada belikan aiskrim untuk Rish," kata Riel sambil menunjuk ke arah aiskrim yang dibeli tadi.
"Hah aiskrim? Nak!!" jerit satu suara teruja. Mereka memandang ke arah punca suara tersebut. Seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian seperti lelaki turun dari tangga dengan laju.
"Nah," Riel menghulurkan aiskrim perisa coklat itu kepada adiknya, Rish.
"Tu kembar dia. Zafriel abang, Zafrisha adik," kata Tengku Adelisha sambil menghidangkan air teh.
"Terima kasih aunty. Comel je saya tengok dorang," kata Afrina. Matanya tak lepas memerhatikan keletah Riel dan Rish.
Afrina menyisip perlahan air yang disediakan kerana masih panas.
Tiba-tiba telefon Afrina berdering.
"Sekejap ya aunty," Afrina meminta izin mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Hello kenapa?" tanya Afrina terus tanpa berdalih.
"Weh aku nak inform ni. Pengetua suruh kau datang sekolah esok settle pasal fitnah tu,"
"Seriuslah Farha?" tanya Afrina tak sangka.
"Ya esok jangan lupa datang,"
Farha terus mematikan talian.
Baru Afrina hendak menyimpan telefonnya, satu lagi panggilan masuk. Terkejut Afrina apabila nama yang tertera ialah 'Jared'.
"Hello kenapa ni?!" tanya Afrina kalut.
"Bad news about your future, miss,"
"What?!" tanya Afrina. Ish mamat ni pun bagitahu straight teruslah. Ni sekerat-sekerat.
"I think better you come here first, your palace,"
Talian dimatikan oleh Jared.
"Aunty, sorry sangat tapi Af ada hal nak kena settle first," kata Afrina sambil menyalam tangan Tengku Adelisha.
"Eh tak apa, lain kali datanglah lagi," kata Tengku Adelisha.
Bajunya ditarik daripada bawah. Afrina memandang muka Riel dan Rish yang menarik hujung bajunya.
"Akak nak balik dah ke?" tanya Rish. Afrina mengangguk lalu mengusap kepala kembar itu.
"Nanti ada masa akak datang lagi okay? Nanti akak bawa aiskrim sekali," kata Afrina lalu berlari anak ke motornya.
YOU ARE READING
Stay With Me
Teen FictionMenjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang cliche. Tak ada satu pun yang menarik perhatian, atau luar biasa. Tak pernah ambil serius keadaan s...