BAB 76

11K 855 87
                                    

"Let's have fun,"

*****

Elly melangkah penuh elegan ke perkarangan rumah itu bersama beg galas di belakangnya.

"Assalamualaikum!" laung Elly.

"Waalaikumussalam, eh Elly? Bila sampai?" tanya Tengku Adelisha. Mereka bersalaman.

"Baru je sampai tadi," kata Elly.

"Elly tumpang rumah makcik sampai bila ni?" tanya Tengku Adelisha.

"Aii, bunyi macam menghalau je tu," gurau Elly.

"Eh mana ada. Apalah Elly ni,"

"Maybe sampai daddy habis outstation lah kot. Daddy pun tak cakap apa-apa kat Elly," tipu Elly.

Sebenarnya, ayahnya tidak keluar negara untuk bekerja, namun untuk bercuti, itupun disuruh oleh Elly. Dua malam dipujuk Elly supaya bercuti di luar negara, membiarkan dirinya menumpang di rumah Adrian.

"Jemputlah masuk. Elly tidur bilik tetamu. Okay je kan?" Elly mengangguk.

"Okay je,"

Elly masuk ke bilik tetamu. Tubuh dihempaskan ke katil empuk itu.

Teringatkan tugasnya, Elly terus mengeluarkan alat pendengar dan kamera tersembunyi dari beg galasnya. Bilik Adrian, Ariq dan Ayana dimasukinya.

Kedua alat itu diletakkan di tempat sedikit tersorok.

"Ha! Buat apa tu?!" sergah seseorang. Elly menoleh.

"Eh Rish. Rish sihat?" tanya Elly. Kamera yang tidak sempat diletakkan disorok di belakangnya

"Akak buat apa kat dalam bilik abang Ad hah?!" marah Rish.

"Err, sebenarnya akak tersesat. Akak dah lupa mana bilik tetamu," tipu Elly.

"Tipu! Tadi Rish nampak akak masuk bilik tetamu letak beg. Macam mana boleh sesat pulak?!"  bidas si kecil Rish.

Elly merengus dalam diam.

'Hish budak kecil ni, tak padan dengan kecil!' rungutnya sekadar dalam hati.

"Rish, boleh Rish tunjukkan akak mana bilik tetamu?" pinta Elly.

"Huh, penipu," ujar Rish sebelum meninggalkan Elly sendirian.

"Hei budak kecil. Kau ni kan! Aku bunuh abang kau tu baru kau tau!" marah Elly.

Kamera tadi diletakkan ke tempat yang tersorok. Terus langkah diatur keluar sebelum terkantoi.

"Eh Adrian? Apa pulak dia buat kat sini?" monolog Elly saat melihat kelibat Adrian.

"Eh Elly?"

"Err makcik, kenapa Adrian ada kat sini? Bukan dia kat rumah dia dengan Afrina ke?" tanya Elly. Ayat diatur terlebih dahulu, supaya tidak menampakkan bahawa kedatangan Adrian mengundang masalah buatnya.

"Oh, Adrian stres sangat tu. Sebab Afrina tinggalkan dia. So makcik suruh dia tinggal sini buat sementara waktu, tak ada lah dia buat benda bukan-bukan," terang Tengku Adelisha.

Saat ini, ingin sahaja Elly menepuk dahi.

"Eh kenapa tepuk dahi tu? Elly okay tak?" tanya Tengku Adelisha. Elly terpinga.

"Elly tepuk dahi ke tadi makcik?" tanya Elly. Tengku Adelisha mengangguk.

"Eh, tak ada apalah. Ingatkan Ad tinggal rumah dia dengan Afrina," ujar Elly dengan senyuman palsu.

Stay With MeWhere stories live. Discover now