BAB 9

14K 1K 21
                                    






"Look like someone need to be settled,"






*****

Afrina datang awal ke sekolah. Taubatlah tak nak lewat macam haritu.

Sedang Afrina meletakkan kepalanya di atas meja, dia terdengar bunyi pergaduhan di belakang kelas. Afrina menoleh.

Terkejut dirinya apabila melihat seorang junior dibelasah oleh 5A'Prince. Ditangan mereka pula ada rokok yang masih menyala.

"What!" Afrina terjerit kecil menyebabkan 5A'Prince menoleh memandangnya.

"Wow, nampaknya someone need to be settled," kata Afif dengan riak bangga.

"Kau hantar junior ni pergi tong sampah, biar aku settlekan perempuan ni," kata Adrian kepada kawan-kawannya.

"Good luck," ujar Ariq senada sambil tersenyum sinis sebelum keluar daripada kelas. Hanya tinggal mereka berdua sahaja manakala pintu pula dikunci.

Adrian mencengkam rahang Afrina kuat menyebabkan Afrina mendesis kesakitan.

"Kalau aku tahu kau lapor kat mana-mana cikgu, nahas kau aku kerjakan," kata Adrian. Afrina ingin mengeluarkan suara namun tersekat di kerongkongnya.

"KAU FAHAM TAK?!" jerkah Adrian. Segera Afrina mengangguk dengan laju.

"Good girl. Siapkan report ni," Adrian mencampakkan beberapa helai kertas di atas meja Afrina. 

"Tapi--"

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan. Better you finish all this before something bad happens," ugut Adrian lalu meninggalkan Afrina.

Afrina hanya pasrah. Sepatutnya dia nak menghabiskan masanya dengan tidur sebelum kelas, nampaknya terpaksalah dia menyiapkan kerja manusia tak bertauliah.

"Huh," Afrina mengeluh sekejap. Dia menggeliatkan badannya. Hanya beberapa orang sahaja yang sudah datang. Jam di dinding dikerlingnya.

'7 pagi,' getus Afrina

Rahangnya yang masih terasa sakit diusap perlahan. 

"Ya Allah, dah lah tak hilang kesan merahnya. Habislah kalau Princesz tanya ni," rungut Afrina.

Panjang umur, Princesz serentak masuk ke dalam kelas menyapa Afrina.

"Yow Afrina awal datang," tegur Ziya.

"Saje," jawab Afrina sepatah. 

"Kenapa leher kau merah?" tanya Ayana yang lebih peka keadaan sekeliling.

"Ha tak ada apa-apa," dalih Afrina.

"Jawab Af," kata Farha tegas.

"5A'Prince?" tanya Ziya lembut dibalas anggukan perlahan oleh Afrina.

"Heish jantan sial tu," sumpah Farha. Nampak je agak pemalu tapi mulut kemain laser.

Ayana juga apa kurangnya. Sudah seperti harimau yang tak sabar membaham mangsanya.

"Ayana janganlah marah abang awak," halang Afrina. Ayana terkejut, begitu juga dengan Ziya dan Farha.

"Abang?!" tanya mereka serentak.

"Ya saya tahu Adrian dengan Ariq tu adik beradik awak. Saya nampak awak save contact dorang semalam dan muka awak dengan dorang sama," kata Afrina.

"Caya ah kau Af. Kitorang sebulan baru dapat teka Adrian tu kembar Ayana," puji Farha.

"Cuba kau cerita apa jadi sebenarnya?" pinta Ziya. Afrina menceritakan dari awal hingga ke report kimia.

"Awak jangan marah abang awak tau,"kata Afrina.

"Tapi masalahnya dorang melampau lah," bentak Ayana.

"Ala tak apa lah. Sikit je ni," kata Afrina.

"Sikit kau kata? Sikit sekarang, nanti makin lama makin melebih!" marah Farha.

"Tak apa saya tak kisah pun. Sekarang ni ceritalah deal korang dengan dorang tu," kata Afrina.

Ziya mengeluarkan sehelai kertas dan tiga keping kad hijau berlogo mahkota.

"Bacalah," kata Ziya.


.....

PERJANJIAN ANTARA 5A'PRINCE DAN PRINCESZ.

- PRINCESZ AKAN DIJAMIN KESELAMATAN SELAMA DI SEKOLAH INI DENGAN KAD HIJAU SEKIRANYA PERJANJIAN BERIKUT DIJALANKAN.

5A'PRINCE

- DILARANG MEMBULI PRINCESZ

- DILARANG MENCARI GADUH DENGAN PRINCESZ

- DILARANG MENIMBULKAN FITNAH TERHADAP PRINCESZ


SEKIRANYA PERJANJIAN DI ATAS TIDAK DIJALANKAN:

- PRINCESZ DIBENARKAN MELAKUKAN SESUATU YANG MEROSAKKAN NAMA BAIK 5A'PRINCE

- PRINCESZ DIBENARKAN MELAPORKAN SEMUA MASALAH YANG DITIMBULKAN OLEH 5A'PRINCE KEPADA GURU

- PRINCESZ DIBENARKAN MENGELUARKAN SURAT TUKAR SEKOLAH KEPADA 5A'PRINCE


PRINCESZ

- DILARANG MELAPORKAN KEGIATAN 5A'PRINCE KEPADA GURU

- DILARANG MASUK CAMPUR URUSAN DAN AKTIVITI PEMBULIAN 5A'PRINCE

- DILARANG MENIMBULKAN FITNAH KE ATAS 5A'PRINCE


SEKIRANYA PERJANJIAN DI ATAS TIDAK DIJALANKAN:

- 5A'PRINCE DIBENARKAN UNTUK MEMBULI PRINCESZ DAN MENARIK SEMULA KAD HIJAU YANG DIBERIKAN

- SEMUA PELAJAR DIBENARKAN UNTUK MEMBULI PRINCESZ

- PRINCESZ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIMINTA PINDAH DARIPADA SEKOLAH INI


.....


"Macam ni sekali perjanjian korang?" tanya Afrina. Ayana mengangguk.

"Nak buat macam mana. Pasrah jelah, sorry kalau kitorang tak dapat lindungi kau," kata Farha serba salah.

"Nah it's okay," kata Afrina selamba. Bukannya tak biasa kena buli.

Stay With MeWhere stories live. Discover now