BAB 63

11.1K 923 211
                                    









"Ya Allah, janganlah kau ambil mereka dari hidupku,"









*****

DI ELITE LIGHT HIGHSCHOOL

"Weh, jom tengok acara larian!" ajak Ziya.

"Kau nak usyar Aariz lah tu," usik Ayana.

"Tak ada kerja aku nak usyar dia. Baik aku usyar Ameer Hakim kelas Sastera tu, lagi hensem," nafi Ziya.

"Eh? Setahu aku, budak sekolah kita tak ada nama Ameer Hakim. Mana datang nama tu?" tanya Farha pelik.

"Ah...Ah sesiapa jelah. Jom tengok larian!" tangan mereka berdua ditarik Ziya manakala Afrina seperti budak baik yang hanya mengikut sahaja kata emaknya.

"5A'Prince!"

"OMG hensemnya pakwe aku!"

"Dia aku punya kau jangan ambil!" 

"Ah aku cair aku cair," 

Bingit telinga mereka mendengar semua jeritan budak-budak tak cukup umur.

"Weh bingitlah telinga aku," adu Farha. 

"Aku pun," sahut Ayana.

"Jap lagi 5A'Prince nak lawan, sama acara. Acara 4 kali 400 meter and lari berpagar," kata Ziya.

"Jom duduk depan sikit," ajak Ayana. Mereka bergerak ke hadapan sedikit, menyaingi para pelajar yang sibuk mengidolakan 5A'Prince.

"Weh dorang dah mula!" jerit Ziya teruja.

"Ha sokong Aariz lah tu," usik Farha.

"Eh mestilah. Eh?" Ziya menutup mulutnya yang terlepas kata

"Hahahah, aku dah agak dah!" Ayana tergelak jahat.

"Maksud aku, mestilah aku sokong Aariz, dia kan team aku," kata Ziya.

"Alah jujur jelah. Kau sokong dia sebab kau suka dia kan?" tanya Farha.

"Err... Ha tu weh! Giliran dorang dah sampai!" kata Ziya mengalihkan perhatian mereka.

Memang betul, sekarang  5A'Prince sudah memulakan larian mereka.

"Aariz!"

"Afif!"

"Adrian!"

"Afiq!"

Mereka semua menyokong idola dan ketua rumah sukan masing-masing.

Kini, Aariz berada di hadapan, diikuti Afiq, Afif dan Adrian.

Adrian cuba menyaingi larian Afif. Namun agak jauh ketinggalan.

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Afrina ketika di dalam kereta.

"Kalau awak menang acara 4 kali 400, awak boleh minta apa-apa je. Saya akan bagi. Kalahkan Aariz tau!"

Seakan-akan seperti baru sahaja dicas, Adrian memecut laju. Dia berjaya menyaingi 3 orang sahabatnya itu dan sekaligus mendapat tempat pertama bagi acara 4 kali 400 kategori lelaki.

Princesz berjalan ke arah 5A'Prince termasuklah Afrina. Dia sekadar bersembunyi di belakang Ayana.

"Afrina. Sini," panggil Adrian.

"Hmm? Ya?" Afrina mendekati Adrian.

"Nak air," Adrian menayang muka comelnya. Terdiam terus satu sekolah termasuklah para guru dan sahabatnya. Afrina yang polos tidak tahu menahu sekadar menyerahkan air mineral miliknya.

Stay With MeWhere stories live. Discover now