BAB 8

14.5K 1K 5
                                    






"The purpose of our lives is to be happy,"






*****

Disebabkan waktu makan mereka diganggu manusia tak bertauliah, semua berpakat hendak membungkus makanan sahaja. Masing-masing melayang mood disebabkan jantan tak guna tu.

Afrina membawa makanan yang dibelinya dan meletakkan di atas meja makan. Hilang seleranya kerana pergaduhan tadi.

Tiba-tiba dia tersengih sendirian.

"Mesti kau suka kan? Aku bagi kau jelah," gumam Afrina.

Afrina segera ke garaj rahsia yang menempatkan motor kesayangannya bersama makanan di tangan. Ada satu lorong yang menghubungkan dengan dunia luar tanpa diketahui sesiapa selain dirinya dan tiga orang lagi manusia. Even mama, papa, Iqram, Idlan dan Idham pun tak tahu tentang lorong ni.

"I love you atukk..." gumam Afrina. Dia memecut motor kesayangannya ke Hospital Crystalline.

Dia berjalan seperti perompak, tidak ingin kehadirannya diketahui sesiapa. Lebih-lebih lagi mata-mata tak guna tu.

Tok tok tok.

Afrina mengetuk pintu wad nombor 404 sebelum perlahan-lahan membuka pintu.

"Hai Rina," sapa Afrina sebaik masuk ke dalam wad tersebut. Gadis yang sedang membaca majalah hiburan mengangkat muka apabila merasakan dirinya dipanggil.

"Hai Af. Yow buat apa datang mengejut ni?" tanya Airina sebaik sahaja Afrina duduk di sisinya.

"Melawat pun tak boleh ke?" Afrina memuncungkan bibirnya. Airina tergelak kecil lalu menolak wajah Afrina menggunakan majalah yang membosankan itu.

"Kau ni. Bukannya tak boleh. Tapi mana buah tangan? Aku lapar tau duduk sini. Kau perlu bawa makanan kalau nak melawat aku. Makanan kat sini cam hape je," rungut Airina. Giliran Afrina pula tergelak kecil.

"Aku bawa fav kau. Nah," Afrina membuka bungkusan makanan yang dibungkus di Food Court tadi.

"Woah, ni barulah aku ngaku member," ujar Airina teruja lalu terus mengambil bungkusan tersebut.

"Ceh, makanlah dulu. Aku teman kau," kata Afrina lalu mengeluarkan telefonnya.

"Tak apa ke? Kau tak makan ke?" tanya Airina serba salah. 

Haha tipu, yakinlah, Airina tak pernah rasa serba salah.

"Ha tak apa," jawab Afrina.

"Ha baguslah, kalau kau lapar pun jangan harap aku nak kongsi," kata Airina sambil menyuap yee mee itu ke dalam mulutnya. Kan dah cakap, budak ni mana reti rasa serba salah.



PRINCESZ

You
Korang.

Saya nak tanya boleh tak?

Ayana hots
Nak tanya apa Af?

Ziya babygirl
Tanya je la

You
Apa maksud korang pasal deal tadi?

// seen


"Yah dorang seen je?!" tanya Afrina tak puas hati.

"Asal woi?" tanya Airina yang baru selepas meneguk air mineral. Tersedak woi dengar Afrina menjerit tiba-tiba.

"Aku--"

Ting!

"Jap aku buka mesej sat," kata Afrina.


PRINCESZ

Farha peony
Esok kitorang cerita


"Hmm," Afrina hanya menggumam.

"Asal woi? Kau tahu tak tersedak dengar kau menjerit macam langsuir tadi?" marah Airina.

"Kawan aku," kata Afrina.

"Kawan baru ke?" tanya Airina dengan kening bertaut. Afrina hanya mengangguk.

Mata Airina bersinar.

"Woah nanti kenalkanlah dengan aku. Nak tahu jugak siapa yang jadi kawan kau ni," kata Airina.

"Ye lah nanti aku cuba," kata Afrina pasrah.

"Janganlah sedih-sedih member ku. Tujuan kita hidup ni kena happy-happy selalu, tak gitu?" ujar Airina ceria sambil menumbuk manja bahu Afrina. Afrina hanya tersengih.

"Tapi masalahnya tujuan aku hidup cuma nak buli kau je," gurau Afrina. Airina memukul bahu Afrina kuat.

"Dasar budak kecil tak reti menghargai! Nyah kamu dari sini!"


Stay With MeWhere stories live. Discover now