BAB 56

11.6K 876 156
                                    






"Keep your face to the sunshine and you cannot see a shadow,"






*****

"Perhatian kepada semua pelajar, sila berpecah mengikut rumah sukan masing-masing sekarang," 

Semua pelajar berpusu-pusu melangkah ke destinasi masing-masing. Ruby di gelanggang bola keranjang, Sapphire di padang bola sepak, Topaz di padang ragbi dan Emerald di gelanggang bola jaring.

Elly, Aqila, Afrina dan Adrian berada di rumah sukan Ruby, Afiq, Ariq dan Ayana di rumah sukan Sapphire, Zahra, Afif dan Farha di rumah sukan Topaz manakala Aariz dan Ziya di rumah sukan Emerald.

"Hari ni kita akan buat pemilihan organisasi rumah sukan. Jadi seperti biasa, siapa yang kamu nak undi jadi ketua rumah sukan?" tanya Cikgu Aina, salah seorang pembimbing rumah sukan Ruby.

"Adrian!"

"Haidar!"

"Haikal!"

Para pelajar mencadangkan idola mereka.

"Okay kita buat undian,"

Dan hasil undiannya menentukan Adrian sebagai ketua mereka.

"Cadangan untuk penolong?"

"Elly!"

"Aqila!"

"Cikgu, cikgu!" Elly mengangkat tangan. Semua pelajar diam.

"Ya Ellysha?"

"Saya cadangkan Afrina," kata Elly, sengaja. Afrina mencerlung ke arah Elly dibalas kenyitan dalam diam.

"Hmph," Afrina menumpukan perhatian ke hadapan semula.

"Cikgu," panggil Adrian.

"Ya Adrian?"

"Saya nak pilih penolongnya boleh?" pinta Adrian. Cikgu Aina terdiam sejenak kemudian mengangguk.

"Saya pilih samada Elly atau Afrina. Suruh dorang undi," kata Adrian.

"The hell?" gumam Elly. Afrina menunjuk thumbs up kepada Elly tanpa disedari sesiapa, memandangkan mereka berdua berada di belakang sekali.

"Saya tarik diri. Sebab saya asma!" tipu Elly, memberikan alasan yang tidak logik. Mata Afrina membuntang. 

"Nak tarik diri tu cakap jelah tarik diri. Tak payah bagi alasan tak logik," sindir Afrina geram.

"Okay, secara automatiknya, Afrina penolong rumah sukan kita. Sekarang, kamu bergerak ke padang. Ada percubaan acara. Afrina, kamu bantu Adrian," kata cikgu Aina. Afrina mengangguk pasrah.

"Adrian," panggil Afrina.

"Apahal?"

"Kita ada acara apa?" tanya Afrina.

Stay With MeWhere stories live. Discover now