BAB 3

16.8K 1.1K 91
                                    






"Don't  mess with them or you will suffer,"






**********

Dua orang perempuan mendekati tempat Ayana dan Afrina.

"Hai Afrina. Nama aku Tengku Nazriya Amalis boleh panggil Ziya. Aku manusia paling cantik kat sekolah ni dan sebelah aku ni Tengku Farhatul Khaira, panggil dia Farha. Manusia paling gedik kat sekolah ni," ujar gadis berambut hitam beralun lalu diselekeh oleh gadis di sebelahnya yang bertudung.

"Hish kau ni aku boleh kenalkan diri aku sendiri lah," marah Farha.

"Ala sorrylah," kata Ziya sambil membuat muka comel.

"Haha, jangan layan dorang ni. Kalau jumpa memang asyik gaduh je. Jom pergi Cafe," kata Ayana.

"Emm makanan luar boleh bawa masuk tak?" tanya Afrina.

Ayana memandang pelik.

"Ah maksud saya, bekal boleh bawa masuk ke Cafe tak?" tanya Afrina dengan lebih jelas.

"Oh, boleh je. Tapi kalau kau rasa nak lebih tenang aku prefer kau makan bekal kat pondok je. Sebab kalau kat Cafe takut nanti ada yang buli kau," terang Ayana. Afrina mengangguk.

"Ziya, kau teman Af pergi pondok. Aku dengan Farha pergi beli makanan. Kau nak apa Ziya?" tanya Ayana. Ziya mengetuk dagunya tanda berfikir.

"Aku nak sandwich telur je. Dengan air koko panas," kata Ziya sambil menghulur not RM5.

"Baki boleh ambil," ujar Ziya seperti tahu apa yang bermain di fikiran Farha.

"Yeay! Sayang kau Ziya!" Farha memeluk Ziya sesaat kemudian berlari anak ke arah Ayana yang sedang menunggu dirinya.

"Ziya," panggil Afrina setelah beberapa saat sunyi menguasai.

"Oh ya Af? Kenapa?" tanya Ziya.

"Siapa punya tempat kosong kat kelas tadi?" tanya Afrina tertanya-tanya.

"Ouh, tempat 5A'Prince. Kau jangan cari pasal dengan dorang. Jangan berbual dengan salah seorang daripada dorang pun. Jangan cuba masuk campur hal dorang. Jangan lawan dorang. Jangan tegur dorang," kata Ziya yang tiba-tiba berubah watak menjadi seorang yang serius sambil memegang kedua bahu Afrina.

Afrina meneguk air liurnya kesat lalu mengangguk laju kerana takut dengan Ziya.

Ziya mengeluh perlahan.

"Aku bukan apa. Aku cuma takut kau jadi mangsa dorang," kata Ziya. Afrina mengangguk sahaja.

"In shaa Allah, saya pun tak nak cari masalah since dah masuk sekolah ni," kata Afrina sambil meneguk air mineral yang dibawa daripada rumah.

"Masalahnya dorang dah target kau sejak dorang ada gambar kau," gumam Ziya perlahan.

Bukannya Ziya tak tahu kenapa Ayana beriya menyuruhnya menemankan Afrina di pondok ini. Sebenarnya boleh je kalau dia tinggalkan sekali Afrina kat sini memandangkan kawasan ni bukannya sunyi pun. Ramai sahaja pelajar yang lalu lalang di sekitar kawasan rehat ini.

Tapi sebab 5A'Prince sudah ada gambar Afrina.

Tanpa Ziya tahu, Afrina terdengar apa yang digumam Ziya.

"Awak takutkan apa sebenarnya?" tanya Afrina.

"5A'Prince, kumpulan paling berkuasa kat sekolah ni. Pengawas dan juga penjahanam rekod sekolah. Semua orang akan tunduk arahan dorang.

Pelajar yang ditarget dorang akan dalam bahaya sebab dorang sentiasa ada mata-mata memerhati. Kalau misal kata kau cari pasal dengan dorang, nama kau bila-bila masa akan naik kat papan Hot'Z sekolah, beserta warna kod.

Kalau kau dapat kod warna kuning, bahaya sebab satu sekolah akan buli kau.

Kalau kod warna merah, bermaksud kau akan dibuang sekolah. Atau something bad will happen. And still, satu sekolah boleh buli kau.

Kalau kod hijau, kau tak boleh dibuli oleh orang lain. Kalau ada orang buli kau, maksudnya dia tengah cari pasal dengan 5A'Prince

So peraturan untuk hidup kat sekolah ni simple, don't mess with them or you will suffer," ujar Ziya panjang lebar.

Afrina mengangguk faham. Tapi satu perkara yang bermain di mindanya.

'Dorang ada gambar aku? Tapi kenapa?' getus Afrina.



Stay With MeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora