BAB 23

12.9K 1K 109
                                    

"Betul ke apa yang kamu cakap dekat kelas tadi Adrian?" tanya Miss Fasha.

"Betullah tu," jawab Adrian selamba.

Miss Fasha mengetap bibirnya

'Astaghfirullah budak ni. Nasib anak buah je, kalau tak dah lama aku humban kat loji je,' rungut Miss Fasha dalam hati.

"Haihlah Adrian oi. Umi tak tahu nak cakap macam mana lagi. Penat tahu tak? Nanti kalau mummy daddy kamu tanya apa Umi nak jawab?" rungut Miss Fasha.

"Jawab jelah, 'Adrian tu nakal sangat lah kat sekolah,' bukannya dorang kisah pun. Dorang pun dah tak tahu nak cakap apa," kata Adrian. Miss Fasha mengurut pelipis nya.

"Budak bertuah betul. Umi hantar kat bawah jambatan kang," 

"Adrian guna waze patah balik rumah, kan senang. As simple as ABC," 

"Dahlah pergi balik kelas tuh," halau Miss Fasha.

"Umi....Nak tumpang tengok CCTV boleh tak?" tanya Ariq sambil mata dikedipkan beberapa kali.

"Bukannya comel pun kau buat macam tu. Nak muntah lagi adalah," ujar Afif sambil menunjal bahu Ariq.

"Nak buat apa?" tanya Miss Fasha.

"Nak tengok betul ke tak Afrina yang tukar kerusi kamu tu?" belum sempat Adrian hendak memberi alasan coverline, Miss Fasha terlebih dahulu meneka dengan tepat.

"Hehe haah," kata Adrian.

"Tengoklah. Umi ada kelas nak mengajar ni. Jangan lupa masuk kelas," kata Miss Fasha lalu meninggalkan 5A'Prince.

Mereka membuka CCTV kelas 5 Sc 1. Mereka menonton CCTV yang membosankan itu bermula detik 6.50 pagi hingga 8.30 pagi. CCTV dicepatkan.

"Kosong siyot. Tapi rakaman kita buat dajal tu ada pulak," ujar Afiq.

"Habistu macam mana kerusi tu boleh bertukar?"

Masing-masing memikirkan jawapan terhadap persoalan tersebut.

.....

"Duh malas nak fikir," keluh Ariq.

"Spoil lah kau ni," marah Aariz.

"Weh cuba undurkan balik," arah Afif.

"Aku dah malaslah, bukannya ada apa pun," rungut Ariq.

"Aku cakap buat, buat jelah," arah Afif.

Ariq hanya menurut sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah Afif.

"Lepas tu?" tanya Ariq.

Afif hanya diam.

"HA STOP CEPAT!" jerit Afif mengejutkan semua yang ada di situ. Ariq pula dah tertekan butang speed 2x.

"Aku suruh stop bukannya speed!" marah Afif.

"Siapa suruh kau menjerit kat telinga aku! Hish budak tak reti bersyukur ni!" balas Ariq.

Mata mereka bersabung.

"Tapi kan korang..." Aariz menggantungkan ayatnya.

"Apahal?" tanya Afiq.

"Apa kaitan bersyukur dengan situasi kita sekarang?" tanya Aariz polos.

"Kau ni spoiler betul lah!" marah Afiq lalu mengetuk kepala Aariz.

Ini rupanya 5A'Prince yang gangster tu...

"Be serious," ujar Adrian senada. Terus mereka berempat memberi tumpuan ke arah skrin komputer yang sedang menyala itu.

"Okay stop kat situ," arah Afif. Ariq buat seperti yang disuruh.

Afif mengeluarkan telefonnya lalu menangkap gambar paparan.

"Pergi kat 5 saat seterusnya," 

"Then zoom kat kerusi Afrina dengan Adrian,"

Kemudian Afif meletakkan telefonnya di sebelah skrin komputer, membandingkan antara dua gambar.

"Eh asal kerusi ni senget sikit dari yang asal?" tanya Afiq setelah meneliti gambar dan paparan CCTV.

"Cuba tengok, kerusi Adrian tiba-tiba basah kan?" kata Afif.

"Weh haahlah!" kata Ariq.

"Weh bunian mana yang buat semua ni?" tanya Aariz risau. Dia berlari keliling bilik pengetua.

"Aduh!" Aariz mengaduh sebaik sahaja kotak pensel yang dibaling Adrian tepat mengena kepalanya.

"Weh aku benjol nanti aku curi kepala kau," kata Aariz sambil mengusap kepalanya yang sakit.

"Curilah," Adrian menjelir lidah. Maka dengan itu bermulalah aksi kejar mengejar antara Adrian dan Aariz. Afiq turut membantu menambah rencah suasana. 

"Weh halang jalan dia weh!" arah Aariz kepada Afiq.

"Roget that sir!" sahut Afiq lalu menghalang laluan Adrian.

"Ketepilah woi!" marah Adrian. Namun Afiq masih tidak berganjak.

"Afiq!! Aku bagitahu crush kau yang kau suka dia!!" ugut Adrian. Terus Afiq beralih ketepi.

"Sorry bro. Tapi maruah aku lagi penting, malu woi kalau crush aku tahu aku suka dia!!" kata Afiq apabila Aariz merenungnya tajam.

"Hish menyusahkan! Aku bagitahu crush kau yang kau pernah terkencing dalam seluar waktu form 1!" ugut Aariz pula.

"Woi fitnah apa yang kau cuba buat ni hah?!" marah Afiq pula. Akhirnya, Afiq mengejar Aariz dan Aariz mengejar Adrian.

Afif dan Ariq saling berpandangan.

"Aku rasa, dia bukan orang yang kita cari," kata Afif.

"Dan dia bukan biasa-biasa," sambung Ariq.

Mereka terdiam seketika....


"WOI TOLONGLAH AKU KEJAR MANGKUK HAYUN NI!" jerit Aariz. 

Bilik pengetua sudah bersepah dengan kusyen merata-rata.

"Korang main pillow fight ke apa?" tanya Afif.

"Nak join!!" Ariq berlari lalu mencapai satu kusyen. Afif juga tidak ketinggalan.


BAM!


Muka Miss Fasha sudah memerah menahan geram apabila melihat bilik kerjanya bersepah.

"DASAR ANAK PUNGUT KORANG KEMAS BILIK UMI SEKARANG!!" marah Miss Fasha.

Mereka menunduk menekur lantai.

"Maafkan kami Umi," ujar Aariz seperti budak-budak yang takut dimarahi ibu bapanya.

"Kemas. Sekarang," ujar Miss Fasha senada. Terus mereka bergerak mengemas bilik pengetua yang sudah serupa kapal karam.

Kecuali Adrian yang masih berdiri di hadapan Miss Fasha.

"Tapi kan Umi...."

"Kenapa?" potong Miss Fasha. 

"Adrian anak sah tau, Ariq anak pungut," ujar Adrian. Dan satu kusyen tepat mengena kepalanya.

"Aku anak sahlah weh!" kata Ariq. Dan bermulalah perang kedua mereka.


Stay With MeWhere stories live. Discover now