BAB 1

22.1K 1.3K 36
                                    






"Mess with me and you will die,"






**********

Afrina terpisat-pisat membuka matanya. Jam locengnya yang sudah berhenti berbunyi sedari tadi diambil. Matanya terbeliak.

"WTH?! Pukul 8??!" terus Afrina meluru masuk ke dalam bilik air. Sekadar mandi kerbau, asalkan tak ada bau sudahlah.

Terus Afrina menyarungkan uniform rasmi hari Isnin di badannya. Terkial-kial dia memakai kerana itu kali pertama dia memakai uniform tersebut.

Kemudian Afrina turun ke ruang tamu rumah banglo tersebut. Terdapat sebekal makanan, sebuah fail dan empat sticky note di atas meja makan.


'Makan tau sayang. I'm sorry sebab tak dapat nak hantar first day sayang pergi sekolah, mama ada meeting mengejut. Nanti angah tolong handlekan urusan pendaftaran kamu ya,'

Afrina tersenyum lalu mengintai isi bekal tersebut. "Wow! Nasi Lemak handmade by mama,"


Sticky note berwarna biru pula diambil. Warna kesukaan Idham.

'Sorry babe. Along lupa nak wish semalam. Pagi ni along kena fly pergi Aussie. So, good luck kat sekolah baru nanti,'

Afrina hanya tersenyum.


'Weyh sorry sumpah sorry. Aku tak dapat nak settlekan pendaftaran kau harini. Sumpah sorry. Ni aku ada beli macaron kesukaan kau, sorry tau. Ni fail pendaftaran kau, kau bawa pergi sekolah nanti'

"Harapkan pegar, pegar makan padi. Hampeh punya angah," omel Afrina.


'Woi, aku lupa nak kejutkan kau. Pandai-pandailah kau bangun. Aku kena bertugas hari ni. Kau tak apalah. Murid baru, datang lambat pun tak apa,' 

"Ni lagi sekor, aku lesing nanti bila dapat kau kat sekolah," Afrina menahan geram.


Segera basikal di dalam garaj diambil. 

"Eh, cik muda. Biar saya hantarkanlah," kata Louis, pemandu peribadi Afrina.

"Ah tak apa. Sekali sekala nak jugak bawa basikal ni," kataku menolak secara baik. Basikal mula dikayuh dengan laju. 

Sampai di tengah jalan, barulah Afrina menyedari kebodohannya.

"Astaghfirullah, bongok lah kau ni Afrina. Kau mana tahu sekolah tu kat mana, ish," rungut Afrina sambil menepuk dahinya sendiri.

"Ah kayuh jelah. Kalau lambat pun siapa kisah," gumam Afrina lalu mengayuh basikalnya.


VROOM!

VROOM!

VROOM!

VROOM!

VROOM!


"Hoi! Tak reti bawa motor elok-elok ke hah?! Kalau terlanggar tadi macam mana?! Heish!!" bentak Afrina. Kalau dia terlambat mengelak ke tepi tadi, mahunya arwah kat situ jugak.

"Eh jap, macam uniform sekolah baru aku. Ah ikut je lah," Afrina mengayuh basikalnya laju mengikut jejak motor-motor tadi.

Sampai di pagar sekolah, terdapat seorang guru sedang memarahi 5 orang murid lelaki. Tapi paling membuatkan Afrina geram, 5 orang lelaki tersebut seperti tidak kisah dengan bebelan cikgu tersebut malah berborak sesama sendiri sewaktu cikgu tersebut membebel.

"Eleh kau Afrina, geram orang buat macam tu. Diri sendiri pun pernah buat macam tu," hati kecil Afrina berbisik.

Afrina hanya menghiraukan permandangan yang menyakitkan hati itu. Dia meletakkan basikalnya di tempat letak basikal, and know what? Hanya dia sahaja pelajar yang menggunakan basikal.

Dah nama pun Elite Light Highschool, siapa je yang datang naik basikal atau jalan kaki. Paling kurang pun parents or driver yang hantarkan. Kalau yang lagi power datang sendiri pakai kereta atau motor.

Afrina melangkah ke arah pejabat berpandukan papan tanda yang disediakan. Kalau tak ada papan tanda mahunya dia tersesat dalam sekolah yang besar ni.

Afrina menyerahkan fail kepada kerani pejabat bersama senyuman di bibir.

"Tengku Afrina Eryssa?" tanya kerani tersebut sambil membelek fail milik Afrina. Afrina mengangguk mengiyakan.

"Awak kelas 5 Sc 1, kelas sains. Tengku okay?" tanya kerani itu sambil menghulurkan fail milik Afrina dan sebuah lagi fail pelajar.

"Okay, tapi akak janganlah panggil Tengku. Panggil Af je," kata Afrina.

Kerani tersebut mengangguk.


Stay With MeWhere stories live. Discover now