BAB 12

14K 1K 33
                                    






"You should appreciate everyone that come to your life,"






*****

Afrina melangkah masuk ke dalam sekolah. Semua pelajar memandangnya dan berbisik-bisik.

"Hai korang!" sapa Afrina kepada Princesz.

"Hai Af!" balas Princesz serentak.

"Korang, kenapa dorang pandang saya macam saya buat salah?" tanya Afrina sambil matanya meliar memandang ahli kelasnya yang mengumpat dirinya. Dalam hati terbit rasa menyesal kerana wujud sebagai personaliti lain.

"Kau tak tahu ke? Dah jadi hot gosip tau. Gambar kau tengah peluk Iqram, pengawas junior hot tu tersebar. Kat papan pun ada. Caption gambar tu, 'Pelajar baru yang menjadikan sekolah sebagai tempat maksiat. Dikatakan pernah melepak di kelab malam dan diwarkan pernah ada hubungan sulit dengan Sir Ash, bekas cikgu ELHS, kaki seks,'    Ha aku ingat lagi ayat dia," kata Ziya.

"Siapa Iqram tu sebenarnya?" tanya Farha kepada Afrina.

"Oo Iqram, adik saya lah. Biarlah orang yang nak mengumpat tu, dorang tak tahu cerita sebenar sebab tulah jadi macam tu," kata Afrina selamba menyentakkan ahli kelas 5 Sc 1. 

Afrina yakin mendedahkan hubungan sebenar di antara Iqram dan dia kerana dia tahu yang Iqram tidak menggunakan gelaran Tengku di sekolah. Dan tiada siapa yang tahu, Afrina dan Iqram merupakan anak kepada Tengku Umar, usahawan antara 5 paling terkaya kat Malaysia!

Ramai-ramai berdiri menghadap Afrina.

"Afrina kami minta maaf mengumpat awak. Kami tak tahu cerita sebenar," kata Naim sebagai wakil.

"Ah tak apa saya tak kisah pun. Tapi siapa yang letak gambar tu?" tanya Afrina. Masing-masing mengangkat bahu.

"Ha aku tahu!" kata Ziya teruja sehingga terlanggar Ayana menyebabkan Ayana hampir terjatuh.

"Hoi kau ni!" marah Ayana. Ziya hanya tersengih.

"Aku syak 5A'Prince lah," kata Ziya dengan nada berbisik, tidak mahu orang lain dengar selain Princesz.

"Alah biar jelah dorang tu," kata Afrina lalu duduk di tempatnya.

"Kau nak biar je ke?" tanya Farha tak puas hati.

Afrina hanya mengangguk. "Lagipun tak teruk mana pun,"

"Kau ni. Haih, aku sendiri tak tahu nak cakap apa kat kau," Ayana mengeluh.

"Dahlah, tak payah lah fikirkan pasal tu," kata Afrina. 

"Well well well. Look who's here? A whore, huh?" kata seseorang dari pintu belakang. Semua menoleh.

5A'Prince, dan yang berkata itu mestilah Tengku Afiq Airiel, si mulut laser.

Afrina hanya mengendahkan, manakala pelajar lain terus bergerak ke tempat masing-masing, takut akan 5A'Prince.

"Hoi kau dengar tak apa kawan aku cakap hah?" tanya Afif kasar.

"Dengar," takut-takut Afrina menjawab.

"Datang sekolah orang, buat cara nak belajar. Bukannya jadikan sekolah ni tempat maksiat kau! Kau fikir ni sekolah kau ke apa hah?!" marah Ariq.

"Tt..Tapi--"

"Kau kalau datang sekolah ni nak hancurkan rekod baik sekolah ni boleh berambus lah!" marah Aariz pula.

"Tt..Tapi--"

"Tapi apa?! Kau nak cakap kau tak buat ke hah?" kata Afif.

Afrina hanya menunduk, tak mampu membalas kata-kata 5A'Prince.

Nak pertahankan diri pula langsung tak diberi peluang.

"Disebabkan perangai jijik kau ni, kau digantung sekolah selama seminggu. Balik semula ke sekolah ni, kau kena jadi kuli batak kitorang. Get it?" ujar Adrian menyebabkan Princesz melopong. 

Baru Ayana mahu membuka mulut, Afrina mengisyaratkan supaya jangan bersuara.

"Bb..Baik," kata Afrina.

5 saat menyepi.

"Tunggu apa lagi?! Kemas barang kau, blah lah sekarang!" amuk Adrian. Segera Afrina mengambil begnya lalu melangkah keluar daripada kelas 5 Sc 1. Dia menuju ke arah blok belakang yang terbiar, tempat Iqram ditumbuk semalam.

Kaki dilangkah menuju satu benda yang ditutup menggunakan kain hitam.

Afrina menyelak kain hitam tersebut. Terserlahlah motor kesayangannya yang diseludup keluar dari garaj.

"Cuma seminggu aku tak jenguk kau, rindu macam setahun dude. Kau bagi aku minyak pengasih ke apa?" monolog Afrina. Motor itu dipecut menuju ke Hospital Crystalline.

Stay With MeWhere stories live. Discover now