BAB 79

10.7K 936 61
                                    









"Wait for me to come home,"








*****

Afrina dan Iqram berjalan-jalan di Namsan Park, menikmati keindahan malam sambil berpegangan tangan.

"Kakak," panggil Iqram.

"Hmm?" Afrina menoleh, memandang wajah Iqram yang kelihatan comel pada malam itu.

"Kalau apa-apa jadi kat aku, kau akan menangis tak?" tanya Iqram. Bahu Iqram ditolak jauh.

"Kau mengarut apa malam-malam macam ni. Jangan macam-macam boleh tak?" marah Afrina.

"Aku tanya ni, jawablah," desak Iqram.

"Even aku ni expressionless, psiko, tearless eyes, tapi kalau melibatkan kau. Aku tetap akan menangis. Bodoh ke apa tak nangis. Ingat hati aku ni kental sangat ke?" ujar Afrina, tanpa memandang wajah Iqram. Sepi menyelubungi mereka.

"Kau... Sayang aku tak?" tanya Iqram tiba-tiba, memecahkan kesunyian yang melanda.

"Kau ngarut apa ni? Mestilah aku sayang? Gila ke apa tak sayang, orang yang selalu ada untuk aku, tak kira bila aku perlu ataupun tak. Orang bodoh je tak sayang," ujar Afrina. Mereka mengambil tempat duduk di bangku berdekatan.

"Kakak, boleh tak kau janji dengan aku?" tanya Iqram.

Afrina melentokkan kepalanya di bahu Iqram.

"Kau nak aku janji apa?" tanya Afrina, memandang pokok bunga yang kembang mekar di hadapan mereka.

"Janji dengan aku, kau kena kuat, balas balik semua perbuatan orang pada kau. Jangan diam, biar dorang pijak kepala kau suka hati. Kau kena kuat bila aku pergi. Aku tak selamanya ada untuk kau," ujar Iqram, sayu sahaja suaranya.

"Tapi kau kata, kau akan selamanya ada untuk aku," gumam Afrina, masih boleh didengari Iqram.

"Memang aku janji macam tu. Tapi kita tak tahu, apa yang Allah takdirkan untuk kita," ujar Iqram. Mereka memandang langit malam yang dihiasi bintang berkilauan.

"Boleh kau janji dengan aku?" tanya Iqram sekali lagi. Afrina memandang ke dalam mata Iqram. Tubuh Iqram yang lebih tinggi daripadanya dipeluk.

"Untuk adik akak yang tersayang, semuanya akak boleh. Lagi? Adik nak kakak janji apa lagi?" tanya Afrina, ikhlas memaksudkannya.

"Sayang kau pada aku... Takkan pernah mati? Walaupun aku pergi dari dunia ni?" tanya Iqram. Sebak dia memikirkan apa yang akan jadi pada Afrina kalau dia pergi, atau apa yang akan jadi pada dia kalau Afrina pergi.

Mereka berdua saling memerlukan, saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila satu terasa lemah, satu lagi akan ikut sama. Kekuatannya adalah kekuatan Afrina. Kekuatan Afrina adalah kekuatannya. Entah apa yang jadi kalau mereka hilang salah satu dari mereka

Afrina menggeleng. Tangan Iqram diambil lalu dibawa ke dadanya.

"Sayangnya aku pada kau, takkan pernah berkurang sikit pun. Walaupun aku hilang ingatan. Rasa sayang ni, tetap akan sama. Sentiasa," ujar Afrina, tanpa mengalihkan matanya dari mata Iqram. Iqram mencium pipi Afrina sekilas. Pantas Iqram bangun dari duduknya lalu menarik tangan Afrina supaya ikut bersamanya.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" tanya Afrina kalut.

Iqram tidak menjawab. Dia berhenti di satu tempat.

Stay With MeWhere stories live. Discover now