BAB 14

13.5K 1K 27
                                    






"We're not done yet,"






*****

Afrina berjalan longlai ke pejabat pengetua. Wajahnya jelas kelihatan letih dan lesu. Pintu pejabat diketuk sebanyak tiga kali. Dia masuk setelah diberi kebenaran untuk masuk.

Terpaku dia melihat, bukan pengetua sahaja yang ada di dalam pejabat tersebut, namun turut ada bersama mereka ialah 5A'Prince dan seorang junior perempuan yang menunduk ketakutan.

"Assalamualaikum pengetua," sapa Afrina sopan.

"Waalaikumussalam Afrina. Duduklah," lembut Miss Fasha, pengetua Elite Light Highschool berkata. Afrina duduk di sebelah junior perempuan. Dalam hatinya meneka perempuan itu mungkin dari tingkatan 3.

"Boleh saya mula sekarang?" tanya Miss Fasha. Semua mengangguk manakala junior itu membisu. Afrina mengerling ke arah name tagnya yang berwarna hijau, menunjukkan pelajar itu datang dari tingkatan 3.

'Dah agak dah form 3. Raiya? Nama sedap je, harap perangai pun samalah,' getus Afrina.

"Boleh saya tanya kamu Afrina, apa maksud semua ni?" tanya Miss Fasha sambil menghulurkan kertas salinan gosipnya dan Iqram.

"Saya tak tahu pengetua, saya datang sekolah semalam, kertas ni dah tersebar luas. Tapi kalau ikut pemerhatian saya, mungkin ini kerja orang yang tak puas hati dengan saya, dan kemungkinan besar pelajar yang buat benda tak berfaedah ni datang dari Kelab Sidang Redaksi," ujar Afrina tenang menyentakkan 5A'Prince dan Raiya.

"Macam mana kamu yakin tentang tu?" tanya Miss Fasha tertarik dengan hujah Afrina.

"Sebab, bergantung pada caption gambar, susunan ayat gubahan dia memang jadi influence kepada sesiapa je yang baca, automatik semua orang akan percaya dengan mudah. Setahu saya, ilmu ni cuma dipelajari oleh Kelab Sidang Redaksi. 

Lagipula, cerita ni dah tersebar ke webpage rasmi sekolah. Cuma Kelab Sidang Redaksi dan guru-guru sahaja yang ada akses webpage rasmi sekolah, saya tak rasa cikgu sekolah ni seteruk tu nak jatuhkan maruah sekolah. Am I right pengetua?" terang Afrina tenang sambil membelek helaian kertas tersebut.

"Bagus hujah kamu Afrina. Saya ada minta tolong orang kepercayaan saya dalam Kelab IT, dan sumber saya mengumpul bukti yang segala fitnah ni datang dari Raiya Haisya. Betul ke Raiya?" tanya pengetua tanpa unsur sindiran atau tuduhan.

"Tak mungkinlah Umi! Takkan ni semua fitnah. Okaylah, mungkin sekarang caption dia fitnah, tapi masalahnya mana boleh bersentuhan atau berduaan dengan mahram. Lagi-lagi dia bawa imej sekolah Umi! Terang-terangan dorang berpelukan," bantah Adrian sekerasnya.

"Afrina, can you tell us what your relationship is with Iqram?" ketahuilah, apabila Miss Fasha berbahasa English, terserlah elegannya dan, itu tandanya dia penat, serius atau malas.

"Not more than siblings," jawab Afrina turut berbahasa English. Terkedu 5A'Prince mendengar jawapan Afrina.

"Is it clear, 5A'Prince?" tanya Miss Fasha dengan nada sindiran.

5A'Prince pula diam tidak berkutik. Oh ya, Miss Fasha merupakan maksu kepada Adrian. So jangan pelik kalau Adrian panggil Miss Fasha as Umi sebab tu memang panggilan dorang. Dan jangan pelik kalau Adrian and the gang buat ELHS macam sekolah tu dorang yang punya.

"Raiya?" panggil Miss Fasha.

"Err..Sa..Saya mengaku saya yang buat. Se.S..Sebab saya cemburu kak Afrina dapat rapat dengan Iqram. Maafkan saya," ujar Raiya perlahan.

"So, apa kita nak buat untuk clear kan nama kamu Afrina?" tanya Miss Fasha lalu bersandar ke kerusinya. Penat woi hadap perangai pelajar ELHS.

"Saya cuma nak gosip tu dipadam, tak perlu terangkan perkara sebenar pada dorang yang saya dengan Iqram tu siblings. Tu je," kata Afrina ringkas.

Terkejut 5A'Prince dan Raiya, manakala Miss Fasha hanya tersenyum nipis.

"As expected from Afrina Eryssa," gumam Miss Fasha perlahan.

"Baiklah kalau itu yang kamu minta. Jangan risau, pergantungan kamu akan ditarik balik kerana alibi yang tidak kukuh. Semua boleh bersurai. 5A'Prince, saya harap kamu semua lebih berhati-hati dan selidik dulu sebelum keluarkan apa-apa hukuman," tegur Miss Fasha.

5A'Prince masing-masing keluar dengan tidak puas hati. Afiq membisikkan sesuatu kepada Afrina.

"We're not done yet,"

Raiya pula seperti hendak cepat-cepat pergi daripada situ, namun Afrina lebih pantas memaut lengan Raiya.

"Akak tahu bukan Raiya yang buat kan?" tanya Afrina lembut.

Raiya menepis tangan Afrina.

"Mm..Mana ada, memang saya buat," dalih Raiya.

"Apa yang 5A'Prince ugut Raiya?" tanya Afrina.

Raiya menangis di situ. Afrina memeluk Raiya lalu mengusap belakang Raiya, cuba menenangkan gadis mangsa keadaan itu.

"Raiya minta maaf kak. Raiya tahu Raiya tak patut fitnah akak macam tu," ujar Raiya.

"Eh tak apa, akak tak kisah pun. Dah, no worries okay? Akak tak marah Raiya pun. Sebab tu akak taknak kenakan apa-apa tindakan kat Raiya. Dah shh jangan nangis," pujuk Afrina.

"Thanks akak," ujar Raiya lalu pergi ke kelasnya. Afrina mengeluh perlahan.

Stay With MeWhere stories live. Discover now