BAB 78

10.5K 932 283
                                    






"Without you, I've got no hand to hold,"






*****

BAM!

  
   
    
    
    
   
"IQRAM!"
  
  
 
Louis dengan segera memberhentikan kereta.

Afrina terus turun dari kereta, berlari ke arah kereta miliknya. 

Tangan Afrina ditarik oleh beberapa saksi kejadian.

"Adik, jangan pergi sana, bahaya," ujar perempuan yang menahan Afrina.

Meronta-ronta Afrina melepaskan diri. Berkat selalu berlatih, dapat dia lepaskan diri dari pelukan wanita itu. Terus dia mendekati kereta miliknya.

"IQRAM KELUARLAH DARIPADA SITU IQRAM!" jerit Afrina. Sedaya upaya dia membuka pintu tempat pemandu.

Di sebalik tingkap kaca yang sudah pecah itu, Iqram yang sudah bermandi dengan darah cuba bersuara, menyuruh Afrina jauh dari kereta yang bakal meletup bila-bila masa.

Pintu berjaya dibuka selepas Afrina menyepak pintu itu berulang kali

Tubuh Iqram ditarik keluar oleh Afrina, kemudian dikendongnya.

"Kenapa... Kenapa kau datang... Dekat?" tanya Iqram lemah.

   
    
   
BOM!

Kereta itu meletup, membuatkan tubuh Afrina yang tidak terlalu jauh daripada kereta terpelanting bersama Iqram.

Kepala Afrina terhantuk pada bahu jalan, menyebabkan darah mengalir keluar dengan deras. Pandangan Afrina berbalam-balam. Dia mencari keberadaan Iqram.

Tubuh Iqram yang terbaring sedikit jauh daripadanya. Besusah payah Afrina cuba mendekati Iqram.

Kepala Iqram dipangkunya.

"Please, Iqram... Jangan tinggalkan aku... Kau dah janjikan? Kau cakap kau takkan tinggalkan aku..." Air mata Afrina mengalir bercampur dengan darahnya, menitik ke wajah Iqram.

Iqram tersenyum lemah.

"Janji... Kau selamat... Sorry," ujar Iqram lemah. Dia terbatuk darah, membasahi kemeja Afrina, pemberiannya dua hari lalu.

Afrina mendekatkan wajahnya dengan Iqram. Dahi mereka bersentuhan. Semakin deras air matanya mengalir.

"Ya Allah, jangan kau ambil dia dariku, hanya dia penguat semangatku kini Ya Allah," rayu Afrina.

Tubuh Iqram dipeluk kuat.

"Aku nak kau kuat Iqram, ka... Kalau tak, aku benci kau," ujar Afrina tersedu sedan.

Iqram menutup matanya, membuatkan rayuan Afrina bertambah kuat.

"JANGANLAH TINGGALKAN AKU IQRAM! AKU DAH TAK ADA SESIAPA LAGI! KAU DAH JANJI TAK NAK TINGGALKAN AKU KAN?! BANGUNLAH IQRAM! IQRAM KAU DAH JANJI DENGAN AKU!"

Stay With MeWhere stories live. Discover now