BAB 11

13.8K 1K 55
                                    

"Macam mana dengan adik saya doktor?" tanya Afrina sebaik sahaja doktor keluar dari wad Iqram.

"Iqram tak bagi saya bagitahu cik. Maafkan saya, tapi dia baik-baik sahaja," jawab doktor tersebut as simple as ABC.

Afrina terus merempuh masuk wad Iqram.

"Iq kau okay tak?" tanya Afrina kalut.

"Okay je kak. Kena tumbuk je pun," kata Iqram riak.

Afrina memulas telinga Iqram.

"Kena tumbuk je lah sangat. Nampak darah sikit terus pengsan. Kau ingat aku tak tahu ke kau pergi fight kelmarin hah?" marah Afrina.

"Aduh sakit kak ampun tak buat lagi," kata Iqram menahan sakit.

Afrina melepaskan telinga Iqram.

"Asal kau pergi fight semalam hah?" tanya Afrina.

"Mana ada aku fight," dalih Iqram. Telinga dipulas kali kedua.

"Kau nak cakap ke tak?" tanya Afrina dengan suara creepy.

"Ampun ampun, Iqram pergi fight lepas rindu je alah kak," kata Iqram. Afrina melepaskan telinga Iqram.

"Kau fikir aku tak tahu yang sebenarnya kau bukannya fobia darah pun. Acah je lebih. Kau nak tipu mama ke abang ke memang lah lepas. Dengan aku jangan harap," kata Afrina.

"Yelah yelah. Iq tak fobia darah pun. Iq pengsan sebab hilang banyak darah je. Luka pisau semalam terbuka. Patutnya Iq pergi fight satu round je, tapi masa otw balik tu ada orang nak merompak, tu yang mendapat luka pisau. Kenalah jahit. Tadi masa kena tumbuk tangan Iq terlanggar kayu, luka jahit tu terbuka, ha sebab tulah Iq pengsan," jelas Iqram. 

Afrina mengangguk faham mendengar keterangan Iqram.

"Siapa tumbuk kau tadi?" tanya Afrina. Terkedu Iqram mendengar soalan kakaknya itu.

'Mati abang Adrian kalau kakak tahu dia yang tumbuk aku,' getus Iqram.


"Woi aku tanya nih," Afrina memetik jarinya di hadapan Iqram.

"Oh tak ingatlah," jawab Iqram selamba. Afrina mengecilkan matanya menandakan bahawa dia tidak mempercayai jawapan Iqram. Baru kena tumbuk dah amnesia ke budak ni?

"Oh ya akak kenal tak Adrian?" tanya Iqram.

"Adrian? Adrian mana? Bukannya sorang dua je nama Adrian kat dunia ni," kata Afrina tak puas hati.

"Tengku Adrian Shah, 5A'Prince," kata Iqram.

"Ooh dia. Kenal je. Kenapa? Dia ke yang tumbuk kau?" tanya Afrina. Iqram segera menggeleng.

Nak jujur? Memang matilah Adrian tu dikerjakan Afrina.


"Akak pernah kenal dia tak sebelum masuk ELHS?" tanya Iqram dengan muka serius. ELHS adalah singkatan bagi Elite Light HighSchool.

"Tak," jawab Afrina dengan yakin menyebabkan dahi Iqram berkerut.

"Kenapa? Kau nampak aku dalam mata dia ke?" tanya Afrina prihatin. 

Dia tahu Iqram punya kebolehan lihat masa lalu atau masa depan melalui mata seseorang. Tapi tak selalu. Jarang-jarang je. Mungkin dua minggu sekali atau sebulan sekali. Entahlah.

"Tak ada lah," jawab Iqram sekadar menyedapkan hati kakaknya.

'Siapa yang aku nampak dalam mata abang Adrian tu? Sama muka macam kakak, tapi mungkin juga tu masa depan. Tapi dalam mata abang Adrian, kakak tak happy langsung. Sedih je aku tengok,' fikir Iqram.

Tiba-tiba satu ayat yang perempuan dalam mata Adrian bermain di fikirannya.

"Awak minta maaf jugak sebelum ni. But what have you done after that? You keep breaking my heart. And it's too hurt, until I can't feel the hurt. I can't see the silver lining after the heavy raining," 










Stay With MeWhere stories live. Discover now