BAB 74

11K 1K 329
                                    











"Biar seteguh manapun kepercayaan, namun jangan sampai kosong untuk keraguan. Sungguh, aku bukan Tuhan,"









*****

"Adrian," panggil Afif.

"Hmm?" sahut Adrian, namun masih tidak menoleh.

Mana-mana dia pergi, dia teringatkan Afrina. Kadang-kadang dia tertanya, betul ke dia dah jatuh cinta kat Afrina?

"Kau betul-betul sukakan Afrina ke?" tanya Aariz.

Adrian tersentak. Tak sangka soalan itu yang bakal keluar dari mulut mereka.

"Well, it was a plan," jawab Adrian selamba, tanpa mengetahui ada satu hati yang retak mendengarkannya.

"Ha?! Plan?!" tanya Afiq tak sangka.

"Yup plan. Memandangkan dia punca aku break up dengan Elly, so aku nak dia rasa macam mana aku patah hati waktu tu," kata Adrian.

"Ego duh kau. Kau still salahkan Afrina dengan benda yang belum tentu betul atau tak tu?!" marah Afif.

"Chill lah. Apahal korang nak marah sangat ni?" tanya Adrian. Dia masih teguh mempertahankan egonya.

"Wey sumpah. Kalau bab kau buli orang aku memang boleh join sebab memang best. Tapi bab ni, sumpah aku tak sokong. Weh, bab hati perasaan kot?!" kata Afiq pula.

"Dia isteri kau kot. Lupakan jelah hal lama tu. Kenapa kau kena ingat benda tu lagi?" tanya Aariz tenang.

"Memang, pertahankan sangat ego dia yang melampau tu," sindir Ariq.

"Apa masalah korang ni?! Aku buat aku tanggung lah risiko tu sendiri! Bukannya aku ajak korang pun kan? Salah dia jugak! Bukannya salahkan aku seorang!" bentak Adrian kasar.

BANG!

PAK!

Pintu ditolak kuat oleh seseorang. Serentak mereka menoleh. Tergamam mereka melihat siapa yang berada bersama mereka.

Wajah Afrina yang putih putih kemerahan itu sudah dibasahi dengan manik-manik jernih. Esakan kecil terbit di bibirnya.

Afrina menggigit bibirnya, menahan tangisan dari terus keluar.

"Hiks, hiks,"

"Aa... Afrina... Apa yang kau dengar tadi tu--"

"Salah faham? Tu ke yang awak nak cakap?" tanya Afrina sambil tersenyum sinis. Mereka semua tersentak.

"Wow, rupanya apa yang aku dengar tadi, semuanya prank eh? Salah faham? Hahahahhaha," Afrina tergelak hambar. Hilang sudah penggunaan saya-awak dalam ayatnya.

Hiraukan semuanya, hatinya yang kembali berdarah kini lebih penting!

"Kenapa Adrian? Kenapa? Lepas aku jatuh suka pada kau. Lepas aku percayakan janji-janji manis kau. Lepas aku cintakan kau. And today aku dapat tau, semua tu hanyalah dusta. Sekadar perancangan untuk hancurkan hati aku? Lawak apakah ini? Are you kidding me Adrian? What the joke on the earth is going on right now?" Afrina luahkan perasaannya disitu tanpa rasa malu. Adrian tergamam mendengar luahan Afrina.

"Kau nak hancurkan hati aku? Tepuklah tangan, kau dah pun berjaya. Hati ni, sakit sangat," Afrina pegang dadanya yang berombak kencang menahan tangis.

"Afrina, aku--"

"Diam," ujar Afrina sepatah. Langkah Adrian ingin mendekati Afrina terhenti.

"Kenapa? Betul-betul lepas aku tahu aku cintakan kau. Betul-betul lepas aku bagi sepenuh kepercayaan aku kat kau. Kenapa baru sekarang kau hancurkan hati aku? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi?" Afrina mempersoalkan Adrian.

"Betullah orang kata, biar seteguh manapun kepercayaan, jangan sampai kosong untuk keraguan," Afrina kesat air matanya kasar. Namun, semakin lebat pula air matanya mengalir.

"Kau tahu, tarikh hari ni? 13 Ogos, aku dipisahkan dengan kembar aku yang aku tak pernah tahu pun kewujudan dia. 13 Ogos, orang yang yang aku sayang, yang lindungi aku, diculik depan mata aku. 13 Ogos, papa mula bencikan aku. 13 Ogos, bersaksikan dunia dan media, papa mengaku aku bukan anak dia. 13 Ogos, aku hilang orang yang aku percaya. 13 Ogos, aku dapat tahu, semua orang kat dunia ni, semua menipu aku. 13 Ogos, aku hilang penguat semangat aku," luah Afrina.

Memang sakit jika hendak diingatkan semula segala memori pahitnya itu. Tapi apakan daya, manusia yang dicintainya kini yang mengingatkan semula segala parut lukanya.

"Semalam, aku mimpi lagi. Taman bunga yang indah, jambatan ungu yang menjadi medan pertemuan aku dengan lelaki yang aku tak kenal siapa dia. Baju hitam, aku kenal baju tu. Tu baju nikah kita. Dan wajah lelaki tu semakin jelas. Kau tahu apa yang aku nampak? Kau, Adrian. Aku nampak kau. Aku datang sini, nak bagitahu kau tentang mimpi tu. Tapi tak sangka pulak aku dapat kejutan istimewa daripada kau. Kau faham apa maksudnya?"

Adrian tersentak. Maksudnya...

"Ya Adrian. Hari ni, 13 Ogos, ulangtahun kelahiran aku yang ke-17, bersaksikan kawan-kawan kau. Dengan megahnya kau mengaku, ungkapan cinta yang kau berikan selama ni, palsu. Ucapan kosong semata. Oh, bahagianya hati aku yang terluka ni, bila kau bagi harapan palsu sebagai hadiahnya. Hahaha, ni balasan untuk aku rupanya," Afrina ketawa palsu.

"Aku pergi dulu. Terima kasih untuk harapan palsu yang kau berikan. Aku hargainya," ucap Afrina lalu berlari laju.

Dia penat. Dia mahu berlari sejauh mungkin dari masalahnya ini. Mengharapkan ini semua bukanlah realiti, sekadar mimpi buruk yang selalu menghantuinya. Namun apakan daya, pahit macam mana pun, itulah hakikat yang perlu dia telan.

Buk!

Afrina terlanggar seseorang akibat tidak memandang ke hadapan.

"Eh Afrina! Eh? Kau menangis?" tanya Elly tak sangka dengan apa yang dilihatnya.

Sudahlah temannya yang seorang ini susah nak menangis, melainkan dia terlalu penat. Tapi siapa yang buat dia penat?

"Kau bagitahu aku, siapa buat kau menangis?" tanya Elly. Afrina memeluk tubuh Elly.

"Elly... Adrian... Adrian... Dia," tergagap-gagap Afrina hendak bersuara.

"Ssh, tenangkan diri kau dulu. Kau ikut aku, okay?" ajak Elly. Afrina pengsan dalam pelukan Elly.

"Hei! Afrina! AFRINA!"

.

.

.

.

.

Adrian pulang ke rumah keluarganya dengan perasaan cemas.

Segala pelosok di rumahnya sudah dia cari, namun Afrina masih tidak dijumpai!

"Ayana!" Adrian menerjah masuk ke dalam bilik Ayana.

"Eh abang? Kau buat apa kat sini?" tanya Ayana pelik.

"Afrina ada jumpa kau tak?" tanya Adrian.

"Hmm, pagi tadi dia datang macam biasa. Dia cari kau, tapi kau kan lepak kat port biasa kau. Lepas tu dia pergi bilik pengetua, Umi panggil. Then aku terus tak nampak dia sampai sekarang. Kenapa?" tanya Ayana.

"Dia hilang!"

"Hah? Hilang?!" tanya Ayana tak sangka.

"Cuba kau call dia, aku call dia tak dapat," kata Adrian. Ayana terus mendail nombor Afrina

"Tak dapat," Ayana menggeleng, tiba-tiba terdapat mesej yang masuk ke peti pesanan Adrian.

"Maafkan aku keluar rumah tak minta izin kau. Aku cuma nak tenangkan diri. Jangan cari aku,"

"Dia tinggalkan aku,"









Vote and comment!

Kesian Afrina, dahlah semua benda buruk jadi waktu hari jadi dia.

Jom kita tumbuk Adrian berjemaah!

Stay With MeWhere stories live. Discover now