BAB 70

11.8K 877 44
                                    






"I hope, falling in love with you is not a mistake,"






*****

Afrina terjaga dari tidurnya. Dia memerhatikan wajah Adrian yang sedang nyenyak tidur sambil memeluk dirinya.

Kepala Afrina terasa pening. Namun sedikit berkurang berbanding 3 hari lepas. Bebannya juga seolah-olah berkurang.

"Adrian, bangun," kejut Afrina.

"Hmm?"

"Sahur. Awak bangunlah," kejut Afrina.

"Awak?" Adrian terjaga. Tangannya diletakkan di dahi Afrina.

"Wah! Syukurlah kau dah baik dari demam," keluh Adrian lega.

"Hmm? Saya demam?" tanya Afrina.

"Haah, kau demam," jawab Adrian yang sudah segar.

"Saya tak ingat apa-apa pun," gumam Afrina. Situasi di mana dia menangis meminta agar semua orang setia di sisinya pun dia tidak ingat. Dia hanya rasakan itu adalah mimpinya.

"Kau pergilah masak sahur. Masak banyak sikit tau," kata Adrian.

"Banyak? Habis ke nanti?" tanya Afrina. Sudahlah dia jenis diet. Buatnya Adrian tak habis, membazirlah jawabnya.

"Habis. Aku yakin," jawab Adrian yakin. Dia mengatur langkah ke bilik air.

Afrina masak lauk ayam masak kicap untuk sahur mereka. Dia membuka peti ais.

Terkejut dia apabila melihat lebihan makanan semalam, iaitu makanan yang dipesan Farin, personaliti keduanya yang muncul hanya ketika dia demam atau terlampau stres.

"Apahal susu kotak pun ada ni? Adrian minum susu ke?" monolognya sendirian. Ada sedikit chicken chop dan  beef lasagna.

"Panaskan jelah," Afrina hiraukan pertanyaan yang disoal kepada dirinya sendiri.
Ketika hendak memanaskan kedua makanan itu barulah dia sedar ada plaster yang tertampal di jari telunjuk kirinya.

"Hmm? Mana datang plaster ni?" Afrina menyoal dirinya sendiri. Kemudian bahu diangkat lalu meneruskan kerjanya.

"Adrian! Sahur dah siap!" panggil Adrian. Lain yang dipanggil, lain yang turun.

"Eh? 5A'Prince? Princesz? Apa korang buat kat sini?" tanya Afrina pelik.

"Afrina! Kau dah sihat ke?" tanya Ziya teruja.

Tangan Ayana melekap di dahi Afrina.

"Weh, Afrina dah tak demam duh," kata Ayana gembira. Farha memeluk tubuh Afrina.

"Hueaaaaaa, nasib baik kau dah sembuh. Sumpah aku benci bila Farin kurung aku kat sangkar ular kau tu," Farha menangis gembira.

"Baguslah kau dah sihat. Aku ibarat dibuli, kau tau?" kata Afiq tak puas hati. Masih bengang bila diugut dengan cerita hantu.

Stay With MeWhere stories live. Discover now