BAB 37

11.8K 919 39
                                    






"When you get hurt, it actually teaches you to become braver and stronger,"






*****

"Ayana, saya nak pergi tandas tau," kata Afrina. 

"Okay jom aku teman," Ayana bangun dari tempat duduknya.

"Eh tak apa, saya pergi sendiri je. Tandas dekat je. Lagipun awak belum siapkan kerja Sejarah lagi kan?" kata Afrina.

"Eh haahlah. Kau pergi sekejap je tau," kata Ayana. Afrina mengangguk laju. Dia berjalan keluar daripada kelas.

Seusai membasuh muka, Afrina terus keluar dari tandas.

"Afrina,"

Afrina menoleh. Dia cuba mengingat wajah itu. Macam kenal...

"Yes..."

"Taufiq," Taufiq memperkenalkan dirinya.

"Ouh Taufiq. Yes why?" tanya Afrina malas mahu beralas kata.

"I'm sorry," ujar Taufiq. Dahi Afrina berkerut.

"Why?" tanya Afrina pelik.

"Nothing," Taufiq berlalu pergi.

"Pelik," gumam Afrina. Tiba-tiba dia terbau sesuatu asap rokok.

Afrina yang memang lemah dengan asap terus pengsan di situ.

Sebelum matanya tertutup, dia dapat melihat sepasang kaki berdiri di hadapannya.

"I'm sorry," itulah perkara terakhir yang didengarnya sebelum matanya tertutup.

.

.

.

.

.

"Ugh," Afrina cuba menggerakkan tubuhnya. Namun pergerakannya seakan-akan disekat. Dia cuba membuka matanya.

Terbeliak matanya.

Dia berada di sebelah Adrian. Atau lebih tepat lagi dalam pelukan Adrian!

"Erh," Afrina bergerak sedikit cuba melepaskan diri namun cukup membuatkan Adrian terjaga. Adrian terlompat daripada pembaringannya.

"Hoi! Apa kau buat kat sini hah?!" tengking Adrian terkejut.

Pintu diketuk daripada luar.

"Ad!! Kau ada kat luar ke?!" tanya Afiq dari luar.

"Bongok! Dia ada kat dalam lah bengong!" Aariz di luar meluku kepala Afiq.

"Af! Kau dengan abang aku ke?!" tanya Ayana dari luar.

"Jap korang, aku tendang pintu ni!!" jerit Ariq.

Afrina dan Adrian berundur.

Dengan dua kali tendangan, pintu itu tercabut dari tempat yang sepatutnya.

Geng Afrina menerpa ke arah Afrina. Tubuh Afrina dibeleknya.

"Weh kau okay tak?" tanya Ziya cemas.

Adrian berjalan ke arah Afrina lalu...


Pang!!



"Abang kenapa ni?" tanya Ayana. Afrina hanya menunduk, langsung tidak memberi apa-apa tindak balas dengan apa yang jadi terhadap dirinya.

"Kau tahu tak perempuan ni perangkap aku! Aku dah cakap aku akan cancel kan perkahwinan tu! Sebab tu dia buat semua ni! Sebab dia memang nak kahwin dengan aku! Dia memang nak hancurkan hidup aku!" jerit Adrian tak puas hati.

Rambut Afrina ditarik lalu tubuh Afrina yang tidak bermaya disepaknya.

"Ja..Jangan..Sss..Sakit," rintih Afrina.

"Huh, aku menyesal kenal kau lah sial!" tengking Adrian di telinga Afrina.

Seseorang yang memerhati dari jauh terkedu.

"Aaa..Afrina.. Aku...Dah buat salah ke? Aaa..Aku minta maaf," monolognya sendirian. Perasaan serba salah menghurungi dirinya apabila melihat Afrina diseksa sebegitu.

"Aku cuma nak kau rasa apa yang patut kau rasa... Maafkan aku,"

"Aya..na..Hantar a...ku pergi hos...pital," kata Afrina sebelum buat kali keduanya dia pengsan.

"Afrina!" jerit Ayana. Miss Fasha yang turut ada bersama mereka terus memapah tubuh Afrina masuk ke keretanya.

"Ayana pandai drive kan?" pertanyaan Miss Fasha dibalas anggukan.

"Ayana drive kereta Umi ni, hantar Afrina pergi hospital, okay?" pinta Miss Fasha. Ayana mengangguk lagi.

Miss Fasha berjalan ke arah Adrian.

"Adrian!" panggil Miss Fasha. Adrian hanya menghiraukan panggilan tersebut. Rambutnya yang kusut menandakan bahawa dia benar-benar serabut. Lawak hambar Aariz yang cuba meredakan kemarahannya dihiraukan.

"Adrian! Kenapa Ad pergi tendang dia?! Ad tau kan yang dia baru je discharge? Ad memang nak Afrina tu mati ke apa?" marah Miss Fasha.

"Ha baguslah! Biar dia mati! Biar dia mati! Tak adalah susahkan hidup Ad! Dari dulu, waktu Ad tak kenal dia pun memang dia bawa bala untuk Ad! Perempuan tu memang menyusahkan! Dasar perempuan --"

"Mulut Ad tu jaga sikit! Fikir dia nak sangat ke kahwin dengan badboy macam Ad ni? Dengan lelaki panas baran macam Ad? Memang taklah! Entah apa yang si Elly tu pandang Ad sampai dia boleh suka kat Ad,"

"Jangan kaitkan nama Elly! Dia tak ada kena mengena lah dengan perempuan tu!" amuk Adrian sebelum meninggalkan Miss Fasha dan 5A'Prince.


Stay With MeWhere stories live. Discover now