BAB 22

12.8K 1K 79
                                    






"You should know, with who you're playing with,"








*****

Mata pelajaran pertama pada hari Isnin iaitu add math, yang diajar oleh Miss Fasha sendiri akan bermula dalam 5 minit lagi.

Semua pelajar sudah masuk ke kelas masing-masing, begitu juga 5A'Prince kecuali Afrina sendiri.

"Woi, Ayana," panggil Ariq. Ayana menoleh.

"Asal?" tanya Ayana.

"Kawan kau mana?" tanya Ariq sambil memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah tempat Afrina yang kosong.

"Oo dia pergi tandas tadi," jawab Ayana dengan sedikit syak wasangka.

5A'Prince mengangguk serentak. Kelibat Afrina kelihatan di pintu.

Afrina melangkah masuk ke kelas dengan tersenyum seperti hari-hari sebelumnya.

Kemudian dia duduk di tempatnya. 5A'Prince menahan tawa mereka.

10 minit kemudian barulah kelibat Miss Fasha kelihatan.

"So class, hari ni saya nak buat pop quiz, so Farish and Firash, tolong agihkan kertas ni. Kalau dah siap bolehlah hantar ke depan ya," arah Miss Fasha.

Jangan salah faham tau, dorang bukannya kembar, adik-beradik or relative, cuma nama tersama je.

Farish dan Firash menurut.

Satu jam berlalu untuk 4 soalan sahaja. Eh setiap soalan ada anak-anak soalan tau.

Afrina merupakan orang pertama yang bangun menghantar kertas. Semua memandangnya terkejut.

Mana taknya, orang yang asalnya ambil bidang muzik, bila tukar aliran sains, jadi orang pertama yang siap pop quiz add math yang baru dipelajarinya.

Ayat berbelit? Fahamkan je lah. Tak tahu nak terang macam mana.

Lagi-lagi 5A'Prince. Sebab Afrina bangun sihat walafiat. Tak lekat atau apa-apa yang dorang harapkan lah.

Orang kedua bangun ialah Ariq, diikuti Afiq, Aariz, Afif dan akhirnya Adrian.

Seperti yang dijangka oleh Afrina, Adrian punya seluar melekat kat kerusi akibat gam. Afrina mengekek ketawa dalam diam.

Prak!

Okay guys, ucapkanlah alhamdulillah sebab seluar Adrian tak terkoyak. Cumanya keras akibat gam dan ber'blink' akibat glitter.

5A'Prince memandang Afrina tak puas hati.

"Kau ni memang cari pasal kan?!" tengking Adrian kepada Afrina. Terkejut satu kelas termasuklah Miss Fasha apabila Adrian tiba-tiba menengking Afrina.

"Aa..Apa salah saya?" tanya Afrina gagap, seperti tidak mengetahui apa-apa. Padahal dalam hati dah tergelak jahat.

"Kau yang tukar kerusi ni kan?!" tanya Adrian.

"Tukar kerusi apa?" tanya Afrina, sengaja ingin memerangkapkan Adrian supaya terkantoi dengan Miss Fasha yang berada di depan kelas. Namun nada suaranya membuktikan dia tak bersalah.

Pelakon terhandal 2020, jatuh kepada Tengku Afrina Eryssa Tengku Umar guys.

"Macam mana kerusi aku ada glitter dengan gam padahal aku letak kat kerusi kau? Kau yang tukar kerusi aku kan!!" marah Adrian. Afrina mengekek dalam hati apabila taktiknya berjaya. Muka Miss Fasha di hadapan sudah merah padam.

"TENGKU ADRIAN SHAH! GO TO MY ROOM AFTER MY CLASS!" marah Miss Fasha. Adrian meraup mukanya apabila menyedari kebodohannya.

Miss Fasha sudah melangkah keluar daripada kelas selepas dipesan kepada Firash supaya mengutip kertas pop quiz.

"Kau.." Adrian meletakkan tangannya di rahang Afrina.

"Kalau aku tahu kau yang buat semua ni, mati kau," kata Adrian lalu bergerak ke bilik pengetua bersama 5A'Prince.

Princesz segera berjalan ke arah Afrina. 

"Kau okay tak?" tanya Ayana risau.

Afrina mengangguk.

"Betul ke kau yang buat?" tanya Farha.

"Agak-agaklah, kalau saya buat lepastu kena tangkap, tak ke naya?" dalih Afrina menyebabkan Princesz mengangguk faham. 





Stay With MeWhere stories live. Discover now