BAB 69

11.1K 921 66
                                    






"Could you, stay with me?"






*****

"Kenapa kau tak habis-habis menyakitkan hati aku hah?!" tengking Elly sambil menarik rambut Afrina kuat.

"Lle...Lepaslah," Afrina cuba melawan namun Elly lebih kuat menarik rambut Afrina.

"Kau ni suka sangat menyusahkan orang!"

BUK!

Dengan sekali tumbukan, rambut Afrina terlepas daripada cengkaman Elly.

"Kau okay tak?" tanya Az risau. Afrina hanya mengangguk perlahan.

"Kau tak habis-habis tak puas hati dengan Af tu kenapa hah?!" marah Az.

"Dan kau pulak apahal nak semak? Ni antara aku dengan Af jelah! Kau kawan aku kan asal back up perempuan bodoh ni?!" balas Elly.

"Sebab dia kawan aku juga lah aku kena semak hal ni!" marah Az.

"Sebab dialah aku break dengan boyfriend aku! Kalau tak sebab perangai gedik plus jalang dia tu, aku takkan break dengan boyfriend aku lah!" marah Elly lalu meluru ke arah Afrina.

BAM!

"AF!!"

"AZ!!"

Elly sempat memeluk tubuh Afrina sebelum Kasyila sempat menolaknya ke tengah jalan. Akibatnya, tolakan Kasyila tersasar ke arah Azrina lalu Azrina dilanggar oleh kereta.

"AZRINA!" jerit Afrina. Dadanya berombak laju. Pelukan Elly ditepis lalu dia berlari ke arah tubuh Azrina yang terdampar di tengah jalan. Kepala Azrina dipangkunya.

"Az aku minta maaf! Janganlah tinggalkan aku! Azrina! Aku sayang kau! Please, bertahan!" Afrina menangis semahu-mahunya.

Air mata Afrina menitik ke wajah Azrina yang dibasahi dengan darahnya sendiri.

"Az bertahan! Aku call ambulans sekejap!" sempat Elly menitipkan pesanan dengan air mata yang berjuraian. Dia sedih, dia mahu menangis. Namun ketika situasi ini, dia perlu pastikan Azrina selamat!

Azrina cuba mengangkat tangannya untuk menyapu air mata Afrina. Sungguh, sakit mana pun badannya ketika ini, lagi sakit hatinya melihat kembarnya menangis kerananya.

"Aa..Aku...Aku minta...Maaf. Ss..Sebab... Rahsiakan... Daripada kau... Kau... Berhak tahu. Aku...yang salah," ujar Azrina tersekat-sekat.

"Tak! Aku tak kisah! Aku faham kau tak nak aku sedih! Tapi tolong jangan tinggalkan aku! Kau akan buat aku lagi sedih!" rayu Afrina. Orang ramai yang berkerumun di sekelilingnya dihiraukan.

Stay With MeWhere stories live. Discover now