BAB 19

13.2K 1K 44
                                    






"Being strong outside while you're hurting inside is the worst pain ever,"








*****

"Af okay tak? Ada sakit mana-mana ke? Nak angah tumbukkan budak yang buat Af macam ni tak?" tanya Idlan risau sambil membelek tubuh adik kesayangannya itu.

Eww perasan je kau Afrina.

"Af okay je lah, Af dah bagi penumbuk dah dekat orang tu," kata Afrina selamba mengejutkan Idlan.

"Af...tumbuk orang tu?" tanya Idlan tergagap-gagap.

Afrina mengangguk. Kepala disengetkan "Kenapa?"

Idlan tergelak besar.

"Kau tumbuk muka ke perut dia?" tanya Idlan.

"Muka, bahagian pipi," makin kuat gelakannya.

"Kau ni kenapa ngah?" tanya Afrina pelik.

"Aku jamin, seminggu pun belum tentu  baik. Mesti ada lebam, then gigi dia boleh ada yang goyang, paling kurang pun sakit nak mengunyah untuk seminggu ni," Idlan ketawa lagi.

"Kau nak kena jugak ke ngah?" tanya Afrina sambil menayangkan penumbuknya.

Idlan segera menyilangkan tangannya membuat tanda X sambil berundur ke belakang.

"Woo taubat taubat. Hari tu punya pun ambil masa seminggu lebih nak sembuh, habis rosak muka hensem aku," ujar Idlan, sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Afrina menurunkan tangannya.

"Hari ni hari Jumaat kan?" tanya Afrina. Suaranya seakan-akan lemah.

"Haah, kenapa dik?" tanya Idlan dengan kening terangkat.

Afrina hanya menggeleng.

"Happy happy ah dik. Esok along balik kot. Kan abang kesayangan kau tu," kata Idlan.

Seketika baru dia tersedar keterlanjurannya.

"Ss..sorry dik," ujar Idlan serba salah.

Giliran Afrina pula ketawa melihat muka pucat Idlan.

"Hahahahaha lek ah ngah. Muka kau macam ayam berak kapur je duh," ujar Afrina.

Idlan mengusap kepala Afrina.

'Such a strong princess,' bisik hati Idlan.

.

.

.

.

.

DI AIRPORT

"Hish mana along ni? Lembab gila, mesti menggatal dengan pramugari ni," rungut Afrina sambil mengipas-ngipas dirinya. Lagaknya seperti diva.

Iqram di sebelahnya hanya mampu menggeleng mendengar rungutan kakaknya.

Oh ya, Iqram dah keluar hospital dua hari lepas. Itupun tak nak timbulkan rasa pelik kat mama dengan abang. Kalau ikutkan hati Afrina, memang dia nak kurung Iqram dekat dalam wad tu sampai bila-bila.

"Lek ah, berani dia nak menggatal. Kita bagitahu kat Kak Sofia, confirm kena luku kepala dia," ujar Iqram.

"Weh tu along!!" ujar Iqram sambil menunjuk ke satu arah. Semua berpaling.

Muka Iqram, Idlan dan mama terpancar bahagia, namun tidak bagi Afrina. Namun cepat-cepat ditutup rasa sebaknya dengan senyuman lebarnya.

"Hai semua!" ujar Idham sambil melambai. Begnya pula dibawa oleh pembantu peribadi. Di sebelahnya ada seorang lelaki dewasa lingkungan 50-an.

"Ya Allah abang!!" ujar mama ceria sambil memeluk lelaki dewasa itu.

"Papa," tegur Idlan dan Iqram sambil menyalam tangan lelaki dewasa itu.

Afrina hanya tersenyum nipis sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam, namun huluran salamnya tidak disambut.

Along yang memerhatikan Afrina segera menyambut huluran salam Afrina dan memeluk Afrina erat.

"Ya Allah my baby!! Along beli souvenirs untuk Af. Ha dengan macaron sekali. Kat rumah along bagi," kata Idham teruja.

"Oh ya ke? Terima kasih," ucap Afrina, namun nadanya tidak seceria selalu.

Mama memimpin papa ke dalam kereta, diikuti Afrina, abang-abangnya dan Iqram.

Iqram memaut lengan Afrina.

"Mama, Iqram ada barang nak belilah. Iqram nak culik Afrina sekali boleh tak?" tanya Iqram manja. Mama mengangguk tersenyum manakala papa hanya menjeling.

"Thanks ma! Love you!" ujar Iqram sambil membuat flying kiss. Baru mama nak sambut, papa terlebih dahulu menghalang sambil menjelirkan lidahnya.

"Mama, papa punyalah. Sibuk je," kata papa ditujukan kepada Iqram.

"Eleh, papa nak tahu tak, sepanjang papa tak ada kat Malaysia, setiap malam Iqram peluk mama," Iqram membalas dendam.

"Hish sibuk je curi orang punya. Pergi cari girlfriend lah," kata Papa. Iqram segera berlari meninggalkan papanya sambil menarik tangan Afrina supaya mengikutinya.

Afrina menangis di dalam hati manakala luarannya pula tersenyum nipis.

'Papa, Af rindu papa,'


Stay With MeWhere stories live. Discover now