BAB 32

12.6K 1.2K 37
                                    






"Lalalalalala, eh kau ada cakap apa-apa ke?"






*****

"Doktor, macam mana dengan Afrina?" tanya Adrian sebaik sahaja doktor yang merawat Afrina keluar daripada wad kecemasan.

"Tengku Afrina okay je. Cuma tangan dia luka sebab terhentak pada tempat yang tajam. Tak ada apa-apa yang serius," kata doktor tersebut.

"Ha Tengku?!" tanya 5A'Prince serentak. 

Sekarang masih waktu sekolah, dan Princesz masih di sekolah tau. Cuma 5A'Prince je yang pandai-pandai ponteng awal ramai-ramai.

"Weh bro," Idlan dan Idham berlari anak mendekati 5A'Prince.

"Adik aku macam mana?" tanya Idlan.

"Tangan dia luka sebab terhantuk, tu je," jawab Adrian.

"Iqram tahu tak pasal benda ni?" tanya Idham. Adrian sekadar mengangkat bahu.

"Gosh, baik kau suruh Umi bagitahu Iqram cepat. Tak pasal-pasal balik nanti kita mangsa tempias mengamuk dia," kata Idham kepada Idlan.

"Hmm yelah," Idlan beredar sambil mendail nombor seseorang.

"Pa," Idham menyenggol lengan papanya. Papa menunjukkan riak menyampah.

"Terima kasihlah Adrian sebab tolong anak saya tu. Dia memang menyusahkan orang je," sejurus ayat itu terlafaz, papa terus beredar.

5A'Prince yang lain dah terkejut. 

Afrina... Anak Tengku Umar? Serius??

"Maafkan papa ya, dia bad mood masalah pejabat," kata Idham bagi pihak papanya.

"Eh takpe," jawab Adrian.

"Dah aku dah bagitau Umi, dalam 10 minit Iqram datang," kata Idlan yang baru tiba.

"Kau bagi tahu mama sekali ke?" tanya Idham mengingatkan.

"Mama orang first aku bagitahu. Lek, nanti dia datang," kata Idlan.

"Korang nak masuk sekali ke?" tanya Idlan kepada 5A'Prince yang tercongok tak tau nak buat apa.

"Err boleh jugak," jawab Ariq bagi pihak yang lain.

Pintu wad tersebut ditolak. Kelihatan Afrina yang sedang duduk bersandar di atas katil jauh termenung.

"Af," panggil Idham. Afrina menoleh.

"Oh, along, angah. Err, korang," sapa Afrina. Idham mengambil tempat di sebelah Afrina, Idlan berdiri di sisi Idham, manakala 5A'Prince duduk di sofa.

"Okay tak? Sakit lagi kat mana-mana ke?" tanya Idham. Afrina menggeleng.

"Benda kecil je," kata Afrina.

"Macam mana boleh jadi macam tu? Kau ada musuh ke? Kau kena buli eh? Bagitahu aku siapa yang buli kau, biar aku saman dorang," kata Idlan.

Stay With MeWhere stories live. Discover now