BAB 16

13.5K 1K 20
                                    






"I promise, I will always be there for you," 






*****

"Hai Iq. Kakak bawa makanan untuk Iq," kata Afrina sebaik sahaja masuk ke dalam wad Iqram. 

Iqram sepatutnya dah boleh keluar wad, tapi Afrina sendiri arahkan doktor untuk tahan Iqram untuk beberapa hari sebab risaukan Iqram. 

"Apa dia?" tanya Iqram yang masih dengan rajuknya. Afrina tersenyum. Merajuk, tapi makanan still nombor satu!

"Laksa Johor," ujar Afrina sambil menayang bekas lut sinar itu manakala Iqram sudah tersenyum lebar.

"Nak!! Kau masak ke?!" Iqram mengambil bekas itu.

"Haah, bersyukurlah sikit kakak kau yang seorang ni rajin nak masakkan," ujar Afrina.

"Kau nak tak kak?" tanya Iqram sambil menyuakan sesudu laksa itu. Afrina mendekatkan diri dan membuka mulutnya. Laksa itu disuap ke dalam mulut Afrina. Afrina makan dengan penuh selera.

"Weh kak, tak boleh ke kalau aku nak discharge?" tanya Iqram berharap.

"No, stay sini untuk beberapa hari. Kau tu bukan boleh percaya. Esok keluar lusanya pergi fight. Nanti jahitan tu terbuka semula, macam mana? Kau fikir doktor tu hamak sangat ke tengok muka tak siap kau ni?" ujar Afrina pedas.

"Eh banyak cantik kau. Muka hensem aku kau kata muka tak siap? Oh muka kau tu siap sangat kan?" tangan ke bahu, mata ke atas. Itulah tindak balas refleks si Iqram.

"Alhamdulillah muka aku memang cantik. Sebab tu ramai tergilakan aku," kata Afrina. Masuk bakul angkat sendiri.

"Weh, kau goreng apa kat mama dengan abang?" tanya Iqram dengan mulut penuh. Afrina mencubit perlahan lengan Iqram yang sihat walafiat.

"Habiskan dulu makanan dalam mulut tu," tegur Afrina. Afrina tergeleng. Teringatlah pulak dekat Princesz.

"Aku cakap kat mama yang kau stay kat rumah kawan beberapa hari sebab kerja pengawas berlambak. Azri pun tolong aku," kata Afrina. Iqram mengangguk.


Mother, don't worry, I'm fine
Promise to see you this summer
This time there will be no delay
Mother, how are you today?
I found the man of my dreams
Next time you will get to know him
Many things happened while I was away~~


Afrina mengangkat panggilan tersebut. Ringtone caller yang Af tetapkan hanya untuk mama. Sempat dia meminta Iqram untuk diam.


"Assalamualaikum mama,"

"Waalaikumussalam. Af kat mana sayang? Kenapa tak balik lagi?" ada nada risau dalam pertanyaan mama.

"Maaf mama, Af lupa nak bagitahu yang Af singgah lepak rumah kawan. Ada misi sikit ni hehe~"

"Hmm, ni mama nak tanya. Laksa Johor ni Af yang masak ke?"

"Oh haah. Mama makanlah dengan angah. Dalam pukul 9 malam ni Af balik,"

"Oh okay. Jangan lupa balik tau. Mama ada benda penting nak cakap,"

"Alright mama, bye. Love you, muah,"


Talian ditamatkan.

"Wow misi?" Iqram menepuk tangan sekadar hendak mengusik kakaknya.

"Haah, misi mentarbiahkan kau. Biar sedar diri sikit, tengah sakit ada hati nak discharge awal," balas Afrina.

"Alah lek lah kak. Macam tak biasa," kata Iqram sedikit sebanyak menceriakan sedikit hati Afrina yang sedang gundah gulana.

"You know what? Jared ada beritahu aku two bad news. Wanna hear?" tanya Afrina. Iqram mengangguk.

"First thing, 'dia' akan balik," ujar Afrina menyentakkan Iqram. Iqram melihat ke dalam mata Afrina. Jelas terpancar kebahagiaan yang dipalsukan. Atau lebih tepat kesedihan yang disorokkan.

"Jangan risau kak. Aku akan protect kau," ujar Iqram sambil menarik tubuh Afrina dan dipeluk erat.

"Aku takut Iq. Please, aku takut," rintih Afrina dalam dakapan Iqram.

Iqram menggosok perlahan belakang Afrina. 

"I promise, I will always be there for you," 


Stay With MeWhere stories live. Discover now