BAB 21

13.1K 1K 57
                                    






"If you met someone that bright your days, don't let them go,"






*****

Afrina sedang melangkah turun ke ruang makan. Sarapan sebelum ke sekolah tu penting ya! Pesanan ikhlas daripada Afrina yang kiut miut.

Kelihatan papa, mama, Idham, Idlan dan Iqram sudahpun berada di meja makan.

"Mama dah siapkan bekal kamu. Kamu nak pergi awal kan?" tanya mama sambil menghulurkan bekal kepada Afrina.

Semalam Afrina dapat mesej daripada unknown number, 'Datang sekolah esok sebelum pukul 7.20.. Kau lambat nahas kau,'

Btw, sekolah dorang start belajar pukul 8.30.. 

"Af pergi dulu ya mama," Afrina menyalam tangan mamanya, kemudian beralih kepada Idham, Idlan dan akhirnya papa.

Namun papa tidak menyambut huluran tangannya. Afrina hanya senyum nipis.

"Af pergi dulu ya papa," kata Afrina perlahan.

Iqram yang memerhatikan Afrina terus meletakkan sudu garfunya.

"Iqram dah siap makan. Akak, tunggu Iqram, Iqram nak pergi dengan kakak," kata Iqram lalu berjalan ke singki. Sedangkan nasi gorengnya masih berbaki hampir separuh pinggan.

Iqram menyalam semua ahli keluarganya.

"Jom kak, naik motor kesayangan aku," kata Iqram sambil mengambil kunci motor miliknya.

Mata Afrina bersinar.

"Seriuslah? Wow jarang-jarang," kata Afrina lalu memaut tangan Iqram.

.

.

.

.

.

Iqram mem'park'kan motornya di tempat letak motor paling hujung sekali. Semua mata memandang ingin tahu siapa yang membonceng motor kesayangan pengawas hot tu. Hot lah sangat.

Bukannya tak tahu tu motor kesayangan Iqram. Tak pernah ada sesiapa pun sentuh or naik motor tu even Azri sekalipun. Pernah sekali tu ada perempuan tu sentuh motor dia, Iqram tengking sampai menangis perempuan tu dibuatnya.

Afrina membuka helmetnya selamba. Langsung tak ambil pusing apa-apa yang dikatakan oleh warga ELHS tentang dirinya.

"Hish perempuan tu berani lagi nak tunjuk muka kat sekolah,"

"Jalang betul perempuan tu. Harap je senior,"

"Habis Iqram aku digodanya. Hish, murahan,"

Dalam hati Afrina sudah tergelak terbahak-bahak. 'Rindulah SMKEM, nak jadi rulebreaker,' getusnya.

Afrina memaut lengan Iqram. Kepalanya disandarkan ke lengan sasa Iqram yang lebih tinggi daripadanya.

Afrina ni pendek tau. Tumbesaran terbantut sebab tak suka minum susu.

Iqram pada mulanya terkejut dengan tindakan Afrina namun hanya membiarkan. Sebab dia kenal Afrina siapa dekat SMKEM. Dia tau Afrina boleh adapt dan tangkis semua kata-kata kejian tu. Afrina bukan jenis yang tak fikir risiko. Dia akan fikir lebih 2 kali sebelum buat sesuatu.

"Bye Harith, nanti balik nanti balik sama-sama tau," ujar Afrina dengan suara yang sengaja dikuatkan.

"Okay Af, bye," Iqram juga turut menjayakan lakonan drama pagi.

Dan sekali lagi warga ELHS melopong.

"Tak pernah-pernah ada orang panggil abang Iqram, Harith tau,"

"Hey baby aku tu!!"

"Ingat tak sorang senior panggil abang Iqram dengan nama Harith, habis senior tu kena tengking,"

Makin merahlah muka Afrina menahan tawa yang mahu diletuskan. Namun cepat-cepat dia cover dengan muka ayu.

Iqram berjalan ke kelasnya, 3 Sc 1, manakala Afrina pula melangkah ke kelasnya.

Kelas 5 Sc 1 masih kosong tanpa penghuni. Afrina berjalan ke tempat duduknya. 

Memandangkan kelas tengah kosong, jadi dia ambil peluang memerhatikan sekiranya ada benda yang pelik. Dan ternyata ianya adalah kerusinya sendiri.

Kerusinya sudah dilumurkan dengan gam. Afrina menggeleng sendirian. Dia mengalihkan kerusi itu ke tempat Adrian manakala kerusi Adrian pula dibawa ke tempatnya.

Glitter dari beg kecilnya dikeluarkan lalu ditabur di kerusi Adrian.

Bagi mengaburi mata 5A'Prince yang menanti dirinya dimalukan, dia basahkan sedikit kerusinya dengan air masak.

Afrina mengeluarkan telefonnya. Nombor Lia dicari.

"Hello,"

"Yes Af,"

"Kau tahu kan apa nak buat?" tanya Afrina sambil matanya memerhatikan sekeliling. Takut-takut ada orang memerhati.

"Roger that, Zif,"

Talian dimatikan.

"Dia sepatutnya tahu dengan siapa dia cari gaduh," gumam Afrina lalu melangkah keluar ke cafe sekolah.



Stay With MeOn viuen les histories. Descobreix ara