BAB 80

11.7K 911 80
                                    






"Don't promise anything if you can't keep the promise,"






*****

Afrina melangkah longlai ke perkarangan sekolah.

Pelajar-pelajar ELHS menghadiahkannya pelbagai jenis umpatan, cacian, makian serta penghinaan sempena kejayaannya meraih juara dalam semua acara yang dipertandingkan sewaktu Korea Sport Tournament.

"Berani lagi dia nak tunjuk muka lepas apa yang dah jadi?"

"Dia fikir sekarang ni dia bertudung orang takkan salahkan dia?"

"Kau rasa kan, parents dia pun tak ngaku dia ni anak dorang. Yelah kan, perempuan malang,"

"Nasib baik kakak aku bukan macam dia,"

"Kakak jenis apa dia ni? Adik sendiri pun boleh terfikir nak bunuh?"

"Dasar perempuan jalang. Entah berapa ramai lelaki yang dah tidur dengan dia,"

Afrina hiraukan segala 'hadiah'nya itu. Apa yang bermain difikirannya hanyalah wajah Iqram. Seraut wajah Iqram yang terbaring lesu, bersama bunyi mesin yang menjadi latar bunyi.

Wajah itu yang tersenyum ketika mendengar nyanyiannya. Wajah itu yang tersenyum taktala mendengar tentang kejayaan dan pencapaiannya.

Wajah itu. Senyuman itu. Mata itu. Itulah yang paling dirinduinya. Lelaki yang bergelar adik kesayangannya, takkan pernah lupus dari ingatannya.

Masuk sahaja ke kelas, dia dicampak dengan telur, tepung dan batu.

"Blah lah! Kelas ni tak terima pelacur macam kau!"

"Pergi dari kelas ni! Manusia tak berhati perut!"

"Kakak tak guna!"

Afrina memejam matanya taktala sebiji telur mengena wajahnya.

"Penunggang agama. Kau fikir kau pakai tudung ni nak tunjuk kau ni baiklah ya?!"

Afrina mengeluh. Dia mengangkat tangan. Terdiam semua orang yang melihat.

Padahal sebenarnya Afrina memberi isyarat kepada Elly supaya jangan datang membantu. Dia risau jika Elly terkena tempiasnya.

"Tolong, diam. Aku tengah penat ni. Kalau rasa nak jadi punching bag aku yang hidup, tunggu bila aku ada tenaga. Sekarang, bagi aku rehat," ujar Afrina tenang.

Dia mengeluh melihat mejanya yang penuh dengan contengan kata-kata yang tidak elok, bangkai tikus dan lain-lain.

Afrina menarik kerusinya lalu dibawa ke belakang kelas. Dia duduk di situ, kemudian melelapkan matanya buat seketika tanpa menghiraukan bajunya yang basah dan busuk.

Terkedu rakan sekelasnya apabila Afrina mula membahasakan diri sebagai aku.

Elly mengeluh melihat perubahan ketara Afrina yang dulu dengan Afrina yang sekarang.

Stay With MeWhere stories live. Discover now