Jangan lupa votes & comments ❤️
Inaya mengeluh kasar.
"Sepupu awak tu ada masalah mental ke?" soal Inaya geram.
"Saya rasa dia ada," balas Haydar.
Gelak Inaya terburai. Geram bercampur dengan lawak mendengar balasan Haydar.
Dia membongkokkan badannya untuk mengambil iPhone nya yang sudah pecah itu. Sudahlah itu phone yang baru sahaja dia beli sebulan yang lepas!
"Ganas juga ya Iskandar," komen Haydar.
"Dia ganas dan kasar dengan saya je dengan girlfriend dia boleh pula berlembut," keluh Inaya.
"Nanti awak jadi isteri dia berubahlah tu. Siapa je yang tak sayang isterikan?" pujuk Haydar
"Orang lain memang sayang bini tapi saya rasa Iskandar tu kalau saya mati pun belum tentu dia kesah," balas Inaya.
"Ish apa cakap macam tu. Lelaki ni bila perempuan tu jadi milik dia, dia akan lindungi tau," kata Haydar.
"Kalau isteri yang dia sayang memang ya kalau isteri yang dia benci memang tak akanlah," bantah Inaya.
Haydar tergelak. Inaya merenung Haydar tajam apa yang lawaknya pun dia tak tahu.
"Saya tak akan menangkan? Jadi jom saya hantar awak,"
Ig: floradaniella_
Tiktok: floradaniella_

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMORIES
Romance[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Berharap yang aku dapat lupuskan dia dalam memori aku" -Iskandar Short story© 21/03/21 -11/02/2024