BAB 121

1.9K 190 10
                                    

INAYA merenung wajah pucat milik suaminya sambil mengerutkan dahinya. "Abang sakit ke?" soal Inaya sambil menekapkan tangannya pada dahi milik suaminya yang baru sahaja melangkah masuk dari pintu utama rumah mereka.

Iskandar memeluk tubuh isterinya lalu dagunya disandarkan pada bahu Inaya. "Hari ini seharian abang muntah. Satu makanan pun tak boleh telan," adu Iskandar sambil menjarakkan tubuhnya dengan tubuh Inaya yang merenungnya penuh cinta.

Iskandar tersenyum melihat wajah gelisah isterinya. "Abang tak ada apa-apalah sayang..." kata Iskandar lalu menarik tangan isterinya supaya mengikuti ke sofa yang terdapat di ruang tamu di rumah mereka.

Mereka sama-sama duduk di sofa. Iskandar menyandarkan kepalanya pada bahu Inaya. Sungguh dia rasa sangat penat kerana seharian tidak dapat menerima makanan.

"Abang..." panggil Inaya lembut.

Iskandar mengangkat kepalanya lalu merenung wajah isterinya lama.

"Kenapa sayang?" soal Iskandar lembut.

"Saya rasa abang muntah-muntah tu sebab saya," balas Inaya sambil merenung suaminya yang mengerutkan dahi mendengar ucapannya.

"Sayang salah masak lauk ke semalam?" soal Iskandar lembut. Inaya pantas menggelengkan kepalanya.

"Habis tu?" soal Iskandar lagi.

Inaya mengusap lembut perutnya.

"Sayang sakit perut dan muntah-muntah juga?" soal Iskandar lagi sambil merenung isterinya penuh perhatian.

"Kenapa tak call abang kalau sakit?" soal Iskandar penuh kerisauan.

"Saya pregnantlah abang..."

Iskandar mengangkat keningnya. "Hah?" soal Iskandar seakan-akan blur dengan situasi.

"Saya mengandung tujuh minggu," jelas Inaya apabila lelaki itu seakan-akan terkesima.

Mulut Iskandar terngangga. Airmatanya jantannya perlahan-lahan mengalir menjatuhi pipi. Sebak. Tidak sangka isterinya yang dia cinta namun pernah dia kecewakan dahulu mengandungkan anak kepada lelaki sekerdilnya.

"Abang kenapa menangis ni?" soal Inaya sambil mengesat airmata suaminya dengan jari-jemarinya. Khusyuk dia mengelap airmatanya sehingga tidak sedar pinggangnya dipeluk erat oleh Iskandar. Wajah Iskandar disembamkan pada perutnya.

"Terima kasih sayang.... terima kasih sebab sudi kandungkan zuriat dari lelaki yang tak sempurna seperti abang," ucap Iskandar sebak.

Inaya mengusap lembut rerambut suaminya penuh kasih sayang. Sungguh dia tidak jangka yang dia akan mendapat cinta lelaki yang dia cintai sejak dulu.

"Saya pun jauh dari sempurna tapi kita akan saling lengkapi kekurangan kita. Terima kasih abang sebab terima anak kita dengan baik," ucap Inaya lembut. Iskandar diam dalam keadaan memeluk pinggangnya untuk beberapa detik. Dia pula tidak henti mengusap kepala suaminya.

Iskandar mengangkat badannya lalu merenung wajah isterinya lama.

"Jadi abang terkena morning sickness lah ni?" soal Iskandar sambil mengangkat keningnya.

"Ya kut. Tak pernah-pernah abang macam ni," balas Inaya sambil tergelak. Tidak dia sangka yang suaminya terkena alahan sedangkan dia yang mengandung.

"Nakal ya anak daddy. Dari dalam perut dah kenakan daddy dia," kata Iskandar sambil mengusap perut isterinya yang masih kecil itu.

Inaya tersenyum sendiri melihat telatah Iskandar kepada anak mereka yang masih berada di dalam perut. Memori ini... memori yang mahu dia simpan rapi dalam ingatannya.... itu sahaja yang dia mahu.

Semoga FloraDaniella menjadi seorang penulis yang berjaya. Aminnn🤍❤️

Instagram: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now