BAB 33

5.9K 257 7
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️🌼

Inaya melangkah keluar dari kereta setelah memarkir keretanya di hadapan rumah. Rumah banglo dua tingkat pemberian Tengku Ismail sempena pernikahan mereka.

Dia mengeluarkan bagasi dari bonet kereta. Barang-barangnya yang sudah bawa masuk ke dalam rumah tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka.

Inaya menarik bagasi memasuki rumah. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Iskandar yang memeluk tubuh memandang dirinya.

"Satu jam tiga puluh minit aku tunggu kau dekat sini," kata lelaki itu secara tiba-tiba memecah kesunyian antara mereka.

"Saya tak suruh awak tunggu saya pun," balas Inaya sambil mengerutkan dahinya.

"Eleh, aku tahulah sebab apa kau lambat!" Iskandar berkata sambil tersenyum sinis. Dia mengangkat punggungnya yang duduk di atas sofa tadi.

Inaya terdiam. Jadi lelaki itu tahu yang dia menangis setelah lelaki itu meninggalkan dirinya di bilik hotel tadi? Dan sekarang lelaki itu ingin mengejek dirinya?

Iskandar melangkah mendekati Inaya sehingga mereka berdiri bertentangan antara satu sama lain.

"Aku tahu yang kau berseronok dengan Haydar tanpa aku tadi,"

Btw selamat membenci Iskandar. Dia memang annoying banyak!

Ig: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now