BAB 111

3.4K 392 20
                                    

Jangan lupa votes dan comments 🌼

ISKANDAR meletakkan bagasi di birai katil. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dia akan menaiki kapal terbang pada pukul 8 pagi nanti tetapi dia sengaja bertolak awal supaya sebaik sahaja Inaya sedar dari lenanya dia sudah tiada di sisi wanita itu.

Dia melangkah mendekati Inaya lalu mengambil tempat di birai katil. Wajah isterinya dia tenung penuh minat. Mereka akan berjumpa lagi nanti kerana keluarga mereka berjiran namun status mereka akan berubah dan Inaya juga pasti tidak mahu melihat dirinya lagi.

Rambut Inaya yang jatuh menutup wajah ditolak lembut ke belakang. "Sayang... abang dah terlambatkan?" bisik Iskandar perlahan. Airmatanya jatuh lagi. Wajah isterinya tetap direnung walaupun pandangannya kabur kerana airmata.

"Ini mungkin ini kali terakhir abang tengok Inaya Fareeha, isteri abang sedekat ini. Jaga diri sayang dan selalu bahagia tanpa abang ya..." Iskandar berkata perlahan. Sakit dadanya kerana perpisahan ini sungguh berat baginya.

"Maafkan abang sebab lambat sedar perasaan abang sendiri pada sayang. Abang cintakan Inaya dan selamanya hati abang untuk Inaya walaupun sayang bukan milik abang lagi," ucap Iskandar. Menggigil badannya menahan esakan sendiri.

Sebaik sahaja dia dapat mengawal kesedihannya, wajah jelita isterinya itu dikucup lembut. Kedua belah pipi kemudian beralih ke dahi. Dia mengambil masa beberapa saat untuk melepaskan kucupan pada dahi Inaya.

Dia merenung wajah Inaya lagi. Untuk kali terakhir sebelum perpisahan mereka. "Selamat tinggal sayang..."

INAYA mencelikkan matanya sebaik sahaja Iskandar keluar dari bilik tidur itu. Airmata yang di tahan jatuh jua. Dia menangis teresak-esak. Sakit... sakit sangat.

Dia bangun dari pembaringan lalu berjalan ke arah jendela bilik itu. Enjin kereta sudah dipanaskan oleh Pak Tam. Iskandar sudah bersedia untuk pergi.

Inaya membawa tangan kirinya ke dada. Dia menangis teresak-esak. Dia melihat Iskandar melangkah masuk ke dalam kereta tanpa berpaling lagi.

"Ini yang kau mahu Inaya..." Inaya memujuk dirinya sendiri namun esakannya semakin kuat.

Inaya jatuh terduduk apabila melihat kereta itu mula bergerak keluar dari pagar. Dia cintakan Iskandar. Dia sangat cintakan lelaki itu namun dia tidak mampu untuk jaga dirinya sendiri dan dia juga tidak mahu lelaki itu menanggung bebannya.

Inaya menundukkan kepalanya lalu menangis teresak-esak. Sesak dadanya dengan tangisan sendiri. Tangannya digenggam erat.

"Awak terus bahagia ya Iskandar.... terus bahagia tanpa saya. Lupakan Inaya Fareeha..." Tangis Inaya sendiri. Dia hanya mahu lelaki itu bahagia.

Jangan lupa votes guys 🤍

Instagram: floradaniella_

Tiktok: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now