BAB 22

4K 191 2
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

Inaya menyeluk tangannya ke dalam beg tangan untuk mencari iPhone miliknya. Namun tiada. Dia mengeluh berat mesti dia tertinggal di mana-mana. Itulah kelemahannya cuai dan suka tertinggal barang merata-rata kan sekarang dah susah.

Dia berjalan menuju ke arah eskalator dan turun ke tingkat paling bawah. Nampaknya dia terpaksalah menyekat teksi di tempat menunggu teksi.

Sebaik sahaja melangkah beberapa langkah menjauhi eskalator, lengannya dipegang seseorang. Dia kaku akibat terkejut.

"Nak apa lagi?" soal Inaya sambil mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.

Iskandar mengangkat iPhone milik Inaya tepat di hadapan wajah gadis itu.

"Lain kali jangan cuai sangat sampai tinggalkan barang dalam kereta aku!" pesan Iskandar.

"Maaflah, saya tak perasaan pun tertinggal dalam kereta awak," balas Inaya.

Iskandar tersenyum sinis.

"Kau sengajakan?"

Ig: floradaniella_
Tiktok: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now