BAB 86

11K 533 36
                                    

"ISKANDAR..." panggil Inaya sebaik sahaja sampai ke rumah mereka. Iskandar yang berjalan mendahuluinya memusingkan badan menghadap Inaya.

"Iskandar saya rasa kita perlu berpisah dengan segera tak boleh tangguh lagi," kata Inaya. Iskandar menggulingkan matanya ke atas.

"Aku tak mahu bercakap kalau soal cerai," putus Iskandar lalu memusingkan badannya kembali untuk berjalan ke arah biliknya.

"Awak ni ada split personality ke? Dulu awak nak sangat lepaskan saya! Tapi kenapa sekarang awak lengah-lengahkan? Kenapa perlu seksa saya macam ini?" soal Inaya dengan mata berkaca.

Iskandar mengeluh lalu menggenggam penumbuknya. Dia memusingkan badannya lagi menghadap Inaya. "Aku mahu kau tanggung apa yang kau dah buat."

"Saya akan tanggung semua tu apabila saya berpisah dengan awak. Awak mahu saya sakit, saya akan sakit sebab perpisahan kita. Awak mahu saya bersedih, saya akan bersedih untuk awak. Sampai bila awak nak seksa diri mahu bersama saya? Perempuan yang awak benci dan hina di hadapan kawan-kawan awak?" soal Inaya. Dadanya sakit mengingati itu semua. Airmatanya menitis menjatuhi pipi.

Iskandar melangkah mendekati Inaya. Inaya pantas mengundur. "Berhenti hina saya, Iskandar. Kalau awak nak ketawa, ketawalah. Jangan hina saya lagi! Jangan pijak maruah saya lagi."

"Kau cintakan aku, kan?" soal Iskandar. Inaya membisu. Mata mereka saling bertentangan.

"Ya! Sebab saya cintakan awaklah. Saya mahu kita berpisah! Saya tak nak awak terus terluka sebab saya. Biarlah saya seorang sahaja yang terluka! Cinta saya tak layak pun untuk awak Iskandar. Cinta saya hanya untuk dipijak-pijak sahaja oleh awak," tangis Inaya teresak-esak.

Iskandar menggenggam kedua belah bahu Inaya. "Inaya stop it!"

"Lafaz cerai di tangan awak Iskandar! Ceraikan saya atau awak mahu saya minta fasa..."

Bicara Inaya terhenti apabila Iskandar menyatukan bibir mereka. Inaya kaku. Bibir lelaki itu tidak lepas dari bibirnya. Dia lemah dan lemah lagi. Kenapa seorang Inaya begitu bodoh? Kenapa terlampau mudah untuk cair kepada Iskandar Zulkarnain?

Bab ni jangan pos dekat tiktok lagi tau🥺 biarkan saya pos dulu😌🤣

Terima kasih❤️

Jangan lupa votes & comments tau.

Yang belum follow acc wattpad saya. Silala follow ya.

MEMORIESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang