BAB 87

7.4K 483 21
                                    

Jangan lupa votes & comments 🌼

Follow acc wattpad saya sekali tau untuk yang belum follow

INAYA tersedar. Dia segera menolak tubuh Iskandar jauh darinya. Bibirnya yang ditindih oleh bibir Iskandar tadi terus dilap.

Iskandar tersenyum sinis memandang isterinya. "Kau suka, aku tahu," kata Iskandar.

"You trapped me, Iskandar!" balas Inaya. "Awak gunakan cinta saya untuk terus kecewakan saya," kata Inaya dengan suara yang lirih. Kecewa dan pilu menyapa dirinya. Sakit. Kenapa dia bodoh kerana mudah untuk cair kepada lelaki seperti Iskandar?

"Kau tahu yang semua perkara yang terjadi sekarang bermula dari kau? Jadi sekarang kau kena ikut kehendak aku!" tegas Iskandar.

"Kehendak awak sejak dulu adalah ceraikan saya!" tambah Inaya.

Iskandar mendekati Inaya sehingga hanya beberapa centimeter jarak antara mereka. "Sekarang aku tak mahu bercerai. Aku mahu nikmati apa yang ada depan mata aku sekarang walaupun tanpa cinta."

Inaya menggigit bibirnya menahan tangis namun airmatanya tetap gugur di hadapan lelaki itu.

"I hate myself because I can't hate you and still love you like a stupido!" kata Inaya diikuti esakan lalu dia menundukkan kepalanya dan mengelap airmatanya.

"Teruskanlah dengan cinta kau itu. Aku mahu lihat apa yang akan jadi pada aku nanti," kata Iskandar perlahan sambil merenung wajah isterinya.

"Saya tahu awak mahu saya benci awak, kan?" soal Inaya. Iskandar hanya diam. "Awak mahu saya terasa lebih hina dan buat saya lari sendiri, kan?"

"Ya! Aku mahu kau sedar mana tempat kau sebenarnya dalam hati aku," balas Iskandar tanpa perasaan.

"Awak buatlah apa pun untuk saya benci awak, saya tetap tak boleh but.... I really upsets with you. I'm hurt! This too much Iskandar!" Jerit Inaya.

"Awak cium saya sesuka hati awak dan melarang saya untuk pegang awak! Saya ni hanya mainan sahaja bagi awak. Tak apalah Iskandar. Awak buatlah apa yang awak nak buat sampai awak bosan. Saya rasa diri saya pun dah hilang sekarang. Awak tetap memilih untuk terus sakiti saya," sambung Inaya dengan mata berkaca.

Iskandar diam sambil merenung wajah isterinya.

1 bab je tau update. Busy sangat sekarang ni🥺

MEMORIESWhere stories live. Discover now