BAB 78

6.7K 412 32
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️
Follow acc wattpad saya sekali tau🥺

"Mummy nak jumpa awak di presidential suite tempat keluarga awak selalu menginap," kata Inaya. "Pergilah. Selesaikan segalanya. Bagitahu segalanya tentang Aileen dan awak dan juga hubungan kita yang tak akan ke mana," sambung Inaya. Iskandar merenung isterinya lama.

"Kau cintakan aku?" soal Iskandar. Inaya tersenyum tawar.

"Penting ke jawapan saya sekarang? Semuanya akan berakhir nanti," balas Inaya selamba. Mereka saling merenung. "Jangan risau tentang saya. Perasaan itu akan pergi. Pergi jauh dari hidup saya. Saya dah bersedia dengan perkara ini. Saya tetap akan dibuang oleh awak," balas Inaya.

Iskandar terdiam. Matanya tidak lepas memandang Inaya yang tenang. "Saya balik dulu," pamit Inaya sebelum melangkah pergi.

"Kau lepaskan aku bersama Aileen sebab kau cintakan aku?" soal Iskandar. Langkah Inaya terhenti. Dia memusingkan badannya menghadap Iskandar.

"Saya juga mahu awak bahagia," balas Inaya sambil tersenyum ikhlas. Kali ini dia melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Airmata yang ditahan juga gugur. Dia hanya membiarkan airmatanya jatuh ke pipi. Pergilah... pergilah luka.

Follow ig saya floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now