BAB 108

3.5K 427 11
                                    

Jangan lupa votes dan comments 🌼

ISKANDAR merenung beg tangan yang Inaya tinggalkan di sisinya. Wanita itu meminta diri ke tandas tadi. Beg tangan itu tidak tertutup dan terdapat buku nota berwarna coklat di dalam beg itu.

Iskandar segera menarik buku nota itu lalu dia mengusap lembut permukaan kulit buku itu yang terdapat nama Inaya di sisi kanan yang diukir cantik.

Dia membelek isi buku nota itu dan membaca setiap tulisan yang terdapat dalam buku nota tersebut. Semakin dibaca semakin pedih. Tanpa sedar airmata Iskandar mengalir.

Pagi tadi aku dapat keputusan dari doktor. Aku menghidap dementia tahap 2 seperti mama. Itu yang Iskandar mahu. Doa dia dimakbulkan. Aku harap dia gembira.

Iskandar tak suka aku sentuh dia. Dia jijik dengan aku. Jadi aku perlu ingat itu! Jangan lupa.

Aku dah mula rasa keliru untuk membezakan sesuatu. Nampaknya penyakit aku makin kuat menyerang. Aku perlu tulis apa yang aku ingat supaya aku tak lupa dan sedar diri yang Iskandar sangat bencikan aku.

Cinta itu tak salah tapi aku yang salah. Aku memaksa dia sebab itu Iskandar malukan aku dihadapan kawan-kawan dia dan berjanji yang dia tak akan pernah jatuh cinta kepada perempuan murahan seperti aku.

Dia pilih Aileen. Selama-lamanya Iskandar Zulkarnain akan tetap pilih Aileen bukan kau, Inaya Fareeha.

Airmata Iskandar jatuh membaca buku nota itu. Dia menangis teresak-esak. Buku nota Inaya itu dia peluk erat. 

"Ada perempuan menangis dekat depan tandas!" kata seorang wanita yang baru sahaja berjalan dari arah tandas.

Iskandar segera bangun dari duduknya. Beg tangan Inaya dibawa sekali lalu dia segera melangkah ke arah tandas perempuan. Dia segera mendekati Inaya yang sedang duduk di bangku berhadapan dengan tandas sambil menangis teresak-esak.

"Inaya..." panggil Iskandar lembut.

Inaya mengangkat wajahnya memandang Iskandar. Wajahnya lencun dengan airmata.

"Iskandar..." Inaya menangis teresak-esak.

Iskandar mengambil tempat duduk di sisi isterinya lalu tubuh wanita itu dipeluk erat. Belakang badan isterinya dia usap lembut.

"Saya tak ingat Iskandar," adu Inaya dalam tangisannya. "Saya langsung tak nampak jalan mana saya guna untuk ke tandas. Saya keliru."

"Tak apa Inaya. Aku ada. Aku akan cari kau sampai jumpa. Jangan menangis ya," pujuk Iskandar lembut.

Pujukan Iskandar seperti tiada kesan kepada Inaya. Wanita itu menangis tanpa henti. Airmata Iskandar turut mengalir melihat keadaan Inaya sebegitu. Dialah lelaki yang menyeksa Inaya selama ini.

Happy Eid Mubarak guys 🤍

MEMORIESWhere stories live. Discover now