BAB 97

5.6K 727 105
                                    

Maaf ya lambat update tengah study untuk exam🤍

Semoga Ezety lulus semua subjek yang diambil untuk semester ini dan dapat graduate tahun ini. Amin!!!

Terima kasih atas doa.

INAYA mengelap airmatanya apabila merasa dirinya lebih tenang dari tadi. Dia perlu pulang ke rumah kerana Iskandar mahu dia pulang terus ke rumah.

Dia memberi signal ke kiri untuk naik ke jalan raya namun dia keliru. Keliru dengan jalan yang terdapat simpang ke kiri dan ke kanan dengan jarak 200 meter dari tempat dia berhenti.

Simpang mana yang perlu dia masuk. Inaya meraup wajahnya. Dia sedar ingatannya sekarang semakin memburuk. Dia kembali melihat jalan namun dia masih keliru.

Airmatanya Inaya mengalir lagi. Dia menangis teresak-esak. Dia memang tidak berguna! Untuk teruskan kehidupannya sendiri pun dia tak mampu.

Tangan Inaya mula menggigil. Dia mencapai iPhone miliknya di dalam beg tangan kemudian dia segera mendail nombor papanya. iPhone ditekap pada telinga.

Esakan Inaya kedengaran apabila papanya mengambil masa untuk mengangkat panggilan. Dia takut. Dia takut ditinggal sendiri dalam situasi begitu.

"Assalamualaikum Inaya..."

"Papa! Papa! Tolong Inaya!" tangis Inaya.

"Ya Allah sayang. Kenapa ni?" soal Tan Sri Faris gusar.

"Inaya dalam penjalanan balik ke rumah. Tapi Inaya keliru dan tak boleh fikir simpang mana nak masuk rumah. Inaya tak ingat papa," tangis Inaya teresak-esak.

"Inaya tenangkan diri ya sayang. Kejap lagi papa datang dengan Pak Mail." Tan Sri Faris cuba memujuk anaknya. Nasib anaknya tidak seindah anak muda lain. Dia tahu itu. Anaknya sangat memerlukan dirinya sekarang!

"TU kereta kau," ujar Haydar di sebelah Iskandar sambil menunjukkan kereta Iskandar yang tersadar di tepi jalan.

Iskandar segera memberi isyarat ke kanan lalu memarkir kereta Haydar yang dipandunya di belakang keretanya. Dia segera membuka pintu kereta dan melangkah ke arah keretanya. Enjin kereta masih hidup. Dia mengetuk cermin tingkap yang gelap di bahagian pemandu.

Pintu kereta dibuka dari dalam. Dia melihat wajah Inaya yang lencun dengan airmata. Wanita itu menangis teresak-esak. Iskandar segera duduk menundukkan badannya. Pipi isterinya disentuh.

"Inaya kau kenapa ni?" soal Iskandar risau. Dia tidak pernah melihat Inaya menangis sebegitu sekali. Inaya tidak memberi sebarang respon dan hanya menangis.

Iskandar menarik Inaya ke dalam pelukannya lalu belakang tubuh isterinya diusap lembut. "Maafkan aku Inaya sebab biarkan kau balik sendiri," kata Iskandar perlahan. Dahi Inaya dikucup lembut. Dia dapat rasai gigilan pada tubuh isterinya. Dia tahu yang Inaya dalam ketakutan.

KERETA mewah diparkir di hadapan kereta miliknya. Iskandar kenal kereta itu. Kereta milik ayah mertuanya. Tan Sri Faris segera keluar dari kereta dan menerpa ke arah mereka.

"Inaya...." panggil Tan Sri Faris.

"Papa..." sahut Inaya.

Iskandar mula melepaskan pelukan pada tubuh isterinya dan memberi ruang kepada ayah mertuanya untuk menenangkan isterinya.

Inaya memaut lengan Tan Sri Faris. "Papa... Inaya tak ingat papa," tangis Inaya sambil merenung wajah papanya.

Airmata Tan Sri Faris jatuh. Dia memeluk tubuh anaknya yang rapuh itu erat. "Papa ada sayang. Papa ada. Inaya tenang ya..." pujuk Tan Sri Faris.

Iskandar termangu di hadapan mereka berdua. Hatinya terusik dan sedih melihat situasi itu. Inaya lebih rasa selamat bersama papa berbanding dirinya yang merupakan suami Inaya.

Suami jenis apakah dia? Keadaan Inaya sebegitu pun dia tak mampu pujuk.

Haydar yang berdiri di belakang Iskandar sejak tadi menepuk bahu sepupunya lembut untuk menenangkan sepupunya. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran Iskandar saat itu.

645 VOTES & 100 COMMENTS TO UNLOCK 🔓 NEXT CHAPTER.

MEMORIESWhere stories live. Discover now